Pages

Monday, April 30, 2012

SAJA JE BUAT RIBUT...

 
Assalamualaikum.

Hari Sabtu dan Ahad biasanya adalah hari2 yang acik ada kelapangan untuk menjelajah kesemua N3 yang ada dibloglist acik.
tapi minggu ni tak dapat acik nak buat macam tu
laptop acik masih dikedai.mesti banyak cerita2 yang menarik dari kawan2 yang takdapat acik baca.Tapi tak pe nanti acik khatamkan semuanya bila laptop acik dah baik dari sengugutnya.

Apahal pulak gambar kunci kete tu ye.
tu le dia kan
kisahnya..hari jumaat lepas
kawan opis acik melilau cari kunci kete dia..
habis suruh acik tengok dalam beg acik kot ada  termasukkan.tapi tak de jugak.
dia dah panggil kawan opis yang lelaki mintak tolong bukakan pintu dengan apa cara pun.
sekali acik cuba tanya en.suami acik.
ada nampak ke kunci kete mar.
terus dia pi ke laci yang terdapat banyak kunci2 
kenderaan jabatan.
kunci ini ke..katanya..
dia ingatkan kunci kete jabatan.
tah sapa lah yang letak merata rata..kalau hilang
 nanti kan susah..katanya.

ooo alahai..kecoh satu opis dibuatnya.

ok lah..jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, April 25, 2012

TETAMU DATANG BAWA REZEKI

Assalamualaikum
 Petang tadi..dekat nak maghrib pun
abang dari Segamat sampai
nasi dan ayam masak kicap dah masak
tinggal nak tambah nasi dan goreng sayur je.
kejap tu adik pulak telefon..
tak payah masak  la
nanti dia belikan nasi arab damsyik..katanya
rupanya abang dah telefon dia bagi tau abang 
ada dirumah acik..
 Alhamdulillah rezeki..makan nasi arab la lepas maghrib tadi.
sebenarnya acik pening la tengok blog sendiri sekarang ni.blogspot ke buat macam tu.
acik memang tak tahu.
dah jadi lain kalau buka new post.tercari cari pulak.
tak faham acik.

ok lah jumpa lagi,Insyaallah.

Tuesday, April 24, 2012

BEGINI LAH NASIB DIRIKU YANG MALANG..

Assalamualaikum

Terbuang..
kesian kan..comel sangat acik tengok
sape la punya kerja buang kat opis.
mana ada makanan.
biskut kering ada la.kot ia pun buang la
 dikawasan yang ada rumah.

apa kesalahan dia agaknya.
sampai kena buang negeri macam tu.

Monday, April 23, 2012

NAK YANG BAIK DAN MURAH..ADA KE

Assalamualaikum


Laptop makin serius..perlu segera masuk wad
tapi pengganti belum ada.
kalau diopis..kadang tu..sambil2 jugak..masalahnya line tenet pulak selalu tenat.

Tengok2 jugak pengganti..tapi budak2 ni kemain lagi
"mak beli la ipad..laptop kan dah ada katanya"
hamboi..sedapnya sebut..ingat mak cop duit ke..he he
tapi kan..boleh ke..ok ke ipad tu..ke makin menyusahkan.
kalau touch skrin ni..acik memang lomah..tak pandai lansung.

anak acik cakap.ipad pun ada keyboard..betul ke.
ke saja dia nak temberang maknya yang tak tau apa2 ni

mana lebih baik..acik nak yang mudah..senang untuk kerja dan 
senang acik nak melawat blog kawan2.

agak2 kalau acik tukarkan laptop acik ni laku ke..he he
ambik sikit pun oklah kan.boleh jugak membantu.

oklah sebelum acik merapu baik
berhenti disini,lagi pun seksa betul nak menaip.
huruf A dah ok..
shif..m....j..dan k..pulak buat hal.
jenuh jari jemari acik.

jumpa lagi,Insyaallah.


Sunday, April 22, 2012

NASI MINYAK CAMPUR.

Assalamualaikum
Menu hari ni,masak nasi minyak
goreng sayur kacang buncis,goreng ayam
 dan sambal telur puyuh.
hero acik kata..mak masak nasi minyak hari ahad..
aimi tak puas makan.
oo alahai..anak.anak..ada ada je kan.

masa dia nak balik..acik masuk kan dalam tupperware buat nasi campur je
letak semua dalam satu bekas.

bila dia dah simpan barang semua
acik teman dia makan di wakaf yang ada disediakan disekolah tu.

nak pujuk tu kena la ikutkan ye tak.

oklah.jumpa lagi..insyaallah.

PELIK BIN AJAIB..

Assalamualaikum


Setiap kali balik..mesti hero acik bawak 
cerita yang sama
kalau talipun pun macam tu
tapi acik tak ambik kisah sangat..sebab selalu acik dengar
orang kata biasa la tu dok asrama
mesti selalu hilang duit kena curi
hero kedua acik dulu pun pernah cerita..
tapi tak la seteruk ini

malam tadi dia cerita lagi..kesian kawan mak katanya
dah makin ramai yang hilang duit..
kalau baru balik dari kampung lagi la dia kata.

lagi buat aduan..lagi menjadi jadi dia kata.
heran betul acik..kenapa tak boleh dihentikan.
kenapa tak ada tindakan
mak bapak hantar kesekolah suruh belajar..
bukan mencuri sian mak ayah.

acik cuma geram dan kesian kan budak yang kehilangan duit tu.nasib baik ada dewan makan kan.
waktu rehat jam sepuluh tak makan
 la budak2 tu.


pencuri tu bukan ambil duit je..
sesiapa bawak maggi pun hilang,
tapi biskut pencuri tak ambik katanya

baru baru ni..budak2 tingkatan 4 buat aduan ramai2 .esoknya tu..lagi teruk..lagi ramai yang hilang dan tak tinggalkan satu sen pun.
sebelum aduan dibuat..kalau duit 60 dia tinggalkan sepuluh ringgit ...sekarang ni habis licin dia kata.

hairan ..betul2 acik hairan. sekolah dah nak bercuti 
kali kedua dah.masaalah pencuri dikalangan murid masih tak dapat diatasi.

 acik selalu  pesan..walaupun nak ke toilet..purse jangan ditinggalkan.bawak purse masuk dalam poket seluar dan letak pulak dalam plastik supaya tak basah..

hero pernah bagi tau kawan dia..tapi masing2 kata susah nak bawak..sebab kawan2 pi bilik air 
pakai tuala je dia kata.

panjang pulak acik bebel..buka apa..acik kesian ngan budak2 tu dan ngan mak ayah nya.
kalau yang banyak duit tu lain la..
kalau macam acik ni  parah jugak asek nak hantar  duit  bagi anak..sebab tiap minggu duit
 hilang.

Jumpa lagi,Insyaallah.

Saturday, April 21, 2012

CEMAS SEKEJAP..

Assalamualaikum


selalunya acik tak pernah mengikut pi ambik baju kotor hero bongsu.
setiap hari jumaat petang memang pi ambik baju 
dia untuk bawak balik basuh.

tah macam mana..petang semalam teringin 
sangat nak ikut sama.
masa nampak hero bongsu..acik tanya.
.apasal nampak pucat sangat
dia jawab letih..kemudian baru dia kata 
'aimi buang air besar berdarah'katanya.
darah yang keluar mengalir katanya.
aduhai budak ini..ada ada aje sejak tinggal diasrama.

dalam kereta masa balik.suami acik diam je..
acik tau dia pun risau..selalunya dia yang cakap ngan acik..jangan risau..tak ada apa2 tu.

pagi tadi pergi sekolah..cik gu benarkan bawak balik 
untuk hantar keklinik.
suami acik bawak pi klinik satu malaysia.
menurut kata pembantu perubatan tu..tak ada apa2 yang serius..mungkin  sembelit sebab tak makan sayur katanya...acik pun berharap jugak moga tiada yang serius..

adanya hero bongsu balik 
dapat la dia menggodek laptop acik ni
alhamdulillah dapat jugak beroperasi malam ni,
walaupun dah banyak huruf yang 
amat susah untuk ditekan

jumpa lagi.insyaallah.

DAH TENAT..

Assalamualaikum


2 hari acik tak dapat nak komen
ish..tak tau la salah lappy ke..salah line tenet ni.
nak hantar kedai repair jugak la ni
dah lama acik tak dapat balas komen.
acik suka menjawab komen..bila jawab tu rasanya 
macam acik borak2 la dengan kawan2 yang tinggalkan komen.
tapi line ke lappy ke ni lembab ya amat
geram je rasanya..
acik  beli awal tahun 2008..agak2 dah sampai masa ke ni

ok lah..nak cuba jalan2 kerumah kawan pulak harap2 dapat tinggalkan komen.

Jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, April 18, 2012

MASAK LEMAK CILI API BETIK+AYAM

Assalamualaikum

Acik bagi cara nak masak betik disini
pada Rosaliza dan sesiapa yang nak mencuba boleh la buat
pada acik dan anak2 dirumah ni suka..sedap..pedas2 manis la kan.
pedas cili api..yang manisnya betik.
 betik yang mengkal/belum masak sangat tapi dah ada warna merah sikit
 cincang/parut kasar macam ni-tengok gambar ye
 serai
 ayam..kalau dapat yang bahagian tulang2 je best
masukkan cili api..serai dan ayam.masak ayam sampai kering airnya .
 dah kering air ayam tu..baru masukkan santan,masak sampai mendidih santan baru masukkan betik yang dah siap diparut kasar/cincang tadi.masak la sampai pekat
ni la dia..masak lomak cili api betik campur ayam dah masak.
makan pulak dengan ikan pekasam.
jadinya jangan salahkan baju2 yang dah kecut dalam lemari tu ye.he he.

Selamat mencuba
jumpa lagi,Insyaallah.

.ALHAMDULILLAH.ADA GAK SEBIJI

Assalamualaikum
Punya la lamanya pokok betik ni..nak kata jantan..bunga betina yang keluar
dah nak tebang dah..tapi bunga banyak pulak
akhirnya ada la sebiji
jadila..boleh buat masak lomak cili api campur ayam.

ok lah tu kan..jumpa lagi,insyaallah

Tuesday, April 17, 2012

TIBA TIBA..MERAPU..

Assalamualaikum

Ahad baru ni..acik tukar langsir
"eh..apo kono cik cerito hal langsir pulak"
saja nak kongsi je..acik bukan rajin pun nak tukar2 langsir..setahun sekali je
basuh satu..gantikan yang satu lagi..tu je la kerja acik.
tu rajin sikit tu..masa dok kuaters dulu malas banyak..
keluar kan dari mesin basuh..terus gantungkan semula..kering jugak langsir tu kan.

rumah teres bukan banyak langsir pun.
belakang ngan depan je
tapi dah banyak kali jugak..mintak anak buatkan..tapi tak menjadi..
tak pandai dia nak masukkan pin tu
dah siap acik masukkan pin tolong gantungkan boleh.

sampai acik terfikir..kalau acik dah tak de lagi
didunia ni..mau langsir tu koyak rabak kan..
tu je la yang bergantungan bertahun tahun sebab tak de yang nak menurunkan nya.

macam ni le tak de anak dara kan..ada perkara yang anak lelaki tak boleh nak tolong buat.

Monday, April 16, 2012

SAYANGILAH NYAWA ANDA DAN ORANG LAIN

Assalamualaikum


terkejut betul acik tadi ...betul la budak budak ni
takut sangat bila nampak polis sampai tak sayang nyawa.

alkisahnya...tadi ada kete polis berhenti ditepi jalan..
dan ada sebiji motor
tak tau polis periksa apa ngan budak tu.
tiba tiba ada motor lain dari arah depan tiba2.melintas depan kete acik..nasib baik la suami acik tu slow and steady bawak kete sampai tahap boring la penumpang yang dok sebelah ni
alhamdulillah masih dilindungi dari bahaya
geram betul rasa hati..kalau pun takut kena saman..
jagalah keselamatan diri sendiri dan orang lain.

oklah tu je acik nak bebel arini.tokojut lagi ni.

jumpa lagi,insyaallah

Sunday, April 15, 2012

TERIMA KASIH Q DAN TERIMA KASIH SEMUA

Assalamualaikum


Terima kasih pada semua kawan2 yang meninggalkan komen
seronok baca komen Queenie yang menceritakan pengalaman dia tapi tiba tiba..kah kah kah..he he he
aduhai..telopeh golak bosa acik..
sebabnya nya..cuba baca dibawah ni..he he

"eh, ni blog saper nih, panajngnya citer...erk, balik dulu laa, tata!"


Terima kasih Q dan terima kasih semua 
komen kawan2 menceriakan hari acik...
maaf walau acik tak sempat jawab komen disini
tapi acik akan tinggalkan komen diblog kawan2 

jumpa lagi Insyaallah

APA LA MASAALAH DIA

Assalamualaikum
petang tadi dalam pukul 3..hero kedua 
pi pasaraya yang tak jauh dari rumah acik
balik dari pasaraya  dia cerita..cashier tu mak..
barang barang yang kita letak atas tu
dia main campak campak je ..katanya.
anak acik yang ni memang pantang dia orang kasar2 ni. 

 sakit hati bangah..bangah tinggal je dia
bangah pi ambil lain dah bayar dikaunter lain katanya.
acik tanya..abih tu..kan barang yang kamu beli tu 
dia dah scan.
biarlah katanya.aduhai..sabo je acik..dalam hati..acik fikir..sian jugak dengan cashier tu.

kebetulannya.lepas hantar hero bongsu tadi.acik singgah dipasaraya yang sama.
ada satu kaunter yang tak berapa ramai.acik pi kesitu.
sebelum acik tu da sorang perempuan melayu..tengah tunggu barang dia
acik tengok..cara  cashier tu kasar sungguh..main campak2 je barang dalam plastik..
berdentum dentam bunyinya..kuat sungguh.terus acik teringat apa yang bangah cerita sebelum tu.
masa acik nak bayar..acik beli dua barang je.
macam tu jugak.dicampak2 je dalam plastik tu.
masa nak pulangkan duit dan nak bagi resit ke acik..sampai  terjatuh..kutip ..dia nak letak balik..terjatuh lagi
terus acik tak ambik dah.tu la dia..tuhan nak tunjukkan.

tah apa la masaalah dia agaknya hari ni
ganas sungguh buat kerja.
perempuan tak elok buat perangai macam tu kan
muka kita pun tak mau pandang.

oklah jumpa lagi..insyaallah

Saturday, April 14, 2012

PADAN MUKO..

Assalamualaikum..


semalam acik ada cerita tentan perkataan yang kawan acik selalu guna..(nek moyang dan gilo)
maaf la ye pada sesiapa yang kurang faham

ari ni acik sambung lagi..
kalau kak cik tu suka sebut nek moyang..acik pulak..dulu2 suka sebut 'mampuih'
bunyinya kasar kan..tapi sebenarnya untuk mengatakan yang tersangat/terlampau..
contohnya..'sodap nak mampuih'.maknanya  tersangat la sedap
'.podeh nak mampus'.tersangat la pedas.

masa acik dok Tanjung karang dulu..acik masih lagi suka sebut perkataan tu
sampai kawan acik cakap ngan acik

'Na kau tau tak kenapa orang n9 kurang katanya..
acik kata la tak tau..kawan acik kata..mana tak nya sedap mampus..pedas mampus..sakit lebih lagi lah..katanya..aduhai terkena acik..

sehingga lah..suatu hari  dibulan puasa..13 tahun dulu..
masa tu acik dok kuaters klia..kerja pun diklia.
.acik kerja pagi..
kalau masa  kerja pagi..balik petang..
juadah berbuka suami acik beli je
masa tu..lauk yang dibeli..tersangat la pedasnya..acik pun terus cakap..'mak ai podeh  nak mampuih'
masa tu hero bongsu acik baru berumur 3 tahun.(hero bongsu umur 1 tahun dah boleh bercakap)
.dia terus cakap..mak ni  sikit sikit nak mampus..sikit sikit nak mampus..tengok la nanti..sampai raya pun tak mampus mampus dia kata..
terkejut semua orang..suami acik pun terkejut..
eh..apa adik kata mak macam tu katanya..
acik mulanya terdiam ..tapi lepas tu tak boleh tahan..acik..gelak guling guling la 
bahasa budak2 sekarang ni..he he..padan muka acik..
masa tu dia pun tak tau apa dia cakap
 main sebut  je..
selepas insiden tu la..acik tak sebut lagi dah..
tak elok  untuk anak2.

kalau ada yang tak faham..boleh tanya
kawan2 yang asal dari  n9 ye..

jumpa lagi,Insyaallah


ADA KE YANG TAK SUKA?

Assalamualaikum


Dah lama acik nak tulis ni..
tapi tak menjadi..baru hari ni memberanikan diri,
dalam kita menulis blog ni..rasanya ada tak tuan punya blog yang  tak suka kita datang meninggalkan komen
atau pun tak suka yang  bukan follower 
meninggalkan komen.
acik selalu risau tentang tu..
sebab acik ni suka membaca..bila dah baca tu..gatal je tangan nak menulis meninggalkan komen
kadang kadang..dah tulis acik padam semula..
Lagi pun  kebanyakan penulis blog sekarang ni muda2  semua..dan jauh lebih muda dari acik
walaupun muda muda tapi apa yang ditulis info2 yang menarik..tu la orang kata..kecik jangan disangka anak

tu yang bila dah baca..acik teringin nak tinggalkan jejak..tapi takut jugak..nanti kot ada yang kata..orang tua pun nak menyibuk..he he.
tapi ada jugak yang acik beranikan diri follow dan tinggalkan komen..bila dibalas komen tu..alhamdulillah
maknanya acik diterima dah anak2 tu tak kisah pun bebelan orang tua ni.

ok le sampai sini dulu ada masa kita sambung..
hari sabtu ni..tugas hakiki menunggu.
alhamdulillah.huruf 'A' acik dah pulih
hero bongsu ada dirumah dan dah selesaikan 
masaalah maknya
terima kasih dik

Thursday, April 12, 2012

APAHAL GELAK SORANG NI..

Assalamualaikum
Sebenarnya bukan la tujuan acik nak tunjuk gambar 
lama acik ni
Tapi dah tak jumpa gambar lain yang ada kawan acik yang sorang ni.Kawan yang acik panggil 'kak cik'
yang sebelah kiri tu..eh..kiri ke tu..kira kiri lah tu kan.
tajuk N3 acik lauk rebung tu..ayat yang 
suka kak cik gunakan
apa pun yang kak cik cakap..mesti ada perkataan .NEK MOYANG'
sedap ke..sakit ke..apa2 lah..lagi satu..GILO..
he he sambil menulis ni pun acik senyum sendiri
apa pun yang acik cakap dengan kak cik..kak cik akan kata 'GILO AMEK KAU NA'
aduhai kak cik..teringatkan kakcik pulak hari ni
kak cik pun dah beli rumah satu taman ngan acik..cuma belum pindah je.sebab kak cik masih lagi bekerja diklia..sedangkan acik dah berpindah hujung 2006 dulu.

ish3..asek gelak sorang pulak acik ni..
jumpa lagi ye..Insyaallah

NEK MOYANG SODAP E..

Assalamualaikum

semalam gambar belum masak....
kemudian..inilah hasilnya
rebung yang dah siap dimasak dengan daging tetel.
Pertama kali diperkenalkan dengan rebung ni..oleh kawan yang berasal dari perlis tu
Hari Isnin dia ada singgah ke opis acik..bagi rebung yang dah siap direbus dan disiang
tinggal masak je.acik suka sangat makan rebung ni..tu la yang kawan acik masih teringat 
dan sanggup hantarkan tu.rebung ni lansung tak ada bau macam rebung yang biasa dijual ditempat acik.

maaf ye  tunjuk gambar aje..pada yang suka makan rebung.

 jumpa lagi,Insyaallah.

Wednesday, April 11, 2012

WW-Jom kita masak..

Assalamualaikum


Tuesday, April 10, 2012

TAK MAU JADI TIKUS...(baiki labu)

Assalamualaikum

boleh nampak kan  gambar dibawah ni masih ada huruf 'A' tapi  dah tak berfungsi..susah sangat nak tekan
acik cuba baiki la konon....belek..belek..cuit cuit..tak mau jugak..
 akhirnya jadila macam gambar dibawah ni
terus tercabut.huruf 'A' nya nampaknya lappy ni dah hampir masuk wad lagi ni
Kalau ada tulisan acik yang ketingglan huruf 'A' atau pun masa tinggal komen diblog kawan2 pun macam tu
harap memahaminya ye..dah naik tumpul jari acik mengetuknya ni.

ok..jumpa lagi Insyaallah.

Monday, April 9, 2012

TIBA TIBA RASA SERAM

Assalamualaikum

tiba tiba rasa seram..
malam tadi jam 2 pagi terasa nak ke kamar kecil
tiba tiba la masa tu teringatkan masa baca blog mimi.
.kata bilik air adalah tempatnya
dan hero bongsu pulak bercerita.
.budak2 lelaki boleh mengilai dan menangis..
tapi suara yang kedengaran suara perempuan
.dan ustazah disekolah dia kena tepuk dari belakang dan ditanya..nak kemana tu..
sampaikan ustazah lari sambil angkat kain..katanya..
apahal la ko ni mak cik oi..dah tua2 penakut.
jangan salahkan acik ye..
sebagai manusia biasa..kadang2 apa yang dibaca dan
didengar boleh membuat kita teringat ingat dan mula la rasa seram..he he.

bak kata mimi ada hikmahnya
kalau lepas suboh biasanya baca quran 2 muka surat je
sekarang ni siap baca yassin sekali.

jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, April 8, 2012

BOLEH KE TAK BOLEH

Assalamualaikum

Tiba tiba pulak rasa nak sarapan cekodok hari ni.
ni la hasilnya..cekodok udang.
banyak jugak  setengah kilo tepung boleh habis tu.sah2 la dah lama tak buat sampaikan laju je makan sekejap je selesai Alhamdulillah.

Menu tengahari tak de..sebab hari ni ada jemputan kenduri kawen..
menunya memang menepati selera negori acik ni.sambal tempoyak daun kayu,masak lomak rebung dan perut,ayam masak kicap dan acar timun.Sedap semuanya.

Sebelum pergi tu acik dengar suara hero acik.
ayah..apa masuk kedalam tu..tak kena lah,tak boleh
ayahnya jawab.apa pulak tak kena,tak boleh..boleh aje.
anak tetap kata tak boleh,ayahnya masuk kebilik acik..dia kata..boleh je kan
bila  acik tengok..memang le tak kena..
patut  anaknya bising.
mana ada orang pakai baju batik masuk dalam macam tu..
tapi acik faham kenapa..anak aje yang tak faham..dah bahagian perut tak boleh nak butang lagi..he he
nasib baik le baju batik tu lengan pendek..

ok lah jumpa lagi..Insyaallah.

Saturday, April 7, 2012

TAH ANGIN APA YANG MELANDA

Assalamualaikum

Menu tengahari acik tadi
Nasi minyak.sebab semalam tengok didapur Doktor Ina.teringin pulak nak buat lagi pun bahan2 utama ada..
 hero bungsu pun ada balik pagi tadi..sebab semua diarahkan balik
mulanya pelajar perempuan sahaja yang dibenarkan balik
katanya..tapi tadi jam 11 dibenarkan pulak semua pelajar balik bermalam dirumah.

Dah siap masak nasi dan lauk ..(dah tentu ayam)
tah angin apa yang dah melanda acik hari ni dah siap masak nasi teringin nak buat biskut pulak
bahan bahan ada,acik buat je la kan resepi biskut acik ambil dari dapur Asma
sementara menunggu biskut acik buat pulak kek yang dah berkali kali acik buat ni..rasanya ada la 10 kali dah..sejak 2010.resepi kek ni jugak acik ambik dari dapur Asma.terima kasih ye Asma.
kek dan biskut ni memang sedap.biskut baru pertama kali buat dan insyaallah akan buat lagi.

(tadi tu semasa acik buat semua kerja ni..acik rasa pedih ulu  hati.makin lama makin teruk 
nasib baik semua dah siap tinggal nak masuk oven je.
suami acik tolong tengok kan
acik makan ubat dan rehat sekejap..tak mau hilang jugak.acik makan lagi sekali ubat.
sekarang ni Alhamdulillah dah berkurangan
acik mohon maaf pada azie azah..sebab tak dapat nak jumpa dia seperti yang dijanjikan..betul2 tak dapat).