Pages

Tuesday, January 31, 2017

NILAI 5 SEN

Assalamualaikum.
cuti dah habis kan..kemana kawan kawan semua
balik kampung ke
tempuh jalan jem ke
acik tak kemana
cuma pi kenduri tu pun kena juga jalan jem
patut 30 minit boleh sampai
dah jadi 3 jam.
semalam hero bongsu kekedai
balik dia bebel ngan maknya
 
bila acik fikirkan ada betulnya juga
apa yang dia cakap.
bukan nak berkira dengan 5 sen
tapi kenapa setiap kali tak de duit 5 sen
cashier akan ambik genap
contoh 75..
dia tak de 5sen 
dia akan ambil 80 sen.
sebab tiada wang tukar
 kita yang kena bayar lebih 5 sen
kenapa kita pembeli yang 
selalu kena tanggung kan
selalu juga acik terkena macam ni tapi senyap je
tapi bila terkena ngan hero bongsu
dia bebel ..
tu la baru acik terfikir.
oklah la pagi2 dah bebel kan..jumpa lagi
in shaa Allah


Wednesday, January 25, 2017

IMPIAN

Assalamualaikum
 
semoga ada rezeki dan dijemput untuk kesana lagi

Tuesday, January 24, 2017

KEPERLUAN DIMUSIM HUJAN

Assalamualaikum
mesin yang diperlukan
sejak semalam hujan turun
mesin kain dirumah
keringkan di kedai.
kalau tak. tak cukup penyidai
macam la ramai beno kan .
hero bongsu bercuti
boleh la dia tolong
kalau mak ayah sama sama
tak rajin nak kekedai dobi
ada kawan2 disini yang sama 
buat perangai macam acik ni
ok jumpa lagi.in shaa Allah..

Friday, January 20, 2017

HERO BONGSU

Assalamualaikum
Masa tahun akhir diploma ni
hero bongsu acik banyak guna duit
sebagai mak yang dah tak bergaji
kita tetap kena sedia kan
 keperluan anak nak belajar kan
tapi tu la kadang hero bongsu ni
boleh buat airmata mak "ketepi" je .
ni salah satu mesej dia yang buatkan
mak susah nak 
kawal kesedihan.
 "Ok mak..terima kasih mak..
minta maaf ye mak bnyk emi minta duit..hehe"
 dah minta duit minta maaf..aduhai
sebenarnya hero bongsu acik ni susah sangat
nak minta duit kecuali dia dah terpaksa
biasanya acik je tanya.
satu kelemahan hero acik ni..bila kerja
kumpulan susah sangat nak minta duit ngan kawan2
biasanya dia yang banyak tanggung
kertas..ink printer macam2 lagi lah
dia nak buat yang terbaik
contoh yang paling mudah
kawan serumah tumpang naik motor untuk
ke kelas..topi keledar pun
dia yang sediakan.
aduhai la anak
tapi acik selalu fikir..
tak pe la dik..mudah2an dengan kemurahan hati adik
Allah permudahkan dan bukakan pintu hati 
untuk belajar..
dan Alhamdulillah..
semalam bila tengok dia melompat kesukaan
sambil jerit..maaakkk
semua kerja yang Aimi buat dapat A+
syukur 3 kerja dia tiga tiga A+
Alhamdulillah.
 

Thursday, January 19, 2017

HIKMAHNYA SAKIT.

Assalamualaikum
acik kongsikan disini
yang acik terima dari group whatsApp.
bila dah mengalaminya sungguh terkesan dihati.
PERKONGSIAN HARI INI.      

 HIKMAHNYA SAKIT.

Sahabat-sahabat ku  Muslimin dan Muslimat.....Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:
1) Sakit itu Zikrullah.
 Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. 
Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.
3) Sakit itu juga Muhasabah.
 Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.
4) Sakit itu Jihad.
 Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.
5) Sakit itu Ilmu.
 Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.
6) Sakit itu juga Nasihat.
 Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.
7) Sakit itu Silaturrahim. 
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.
8) Sakit itu gugur dosa. 
Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.
9) Sakit itu Mustajab Doa. 
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.
10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. 
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
 Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
 Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.
13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, 

Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.
Semoga perkongsian  ini bermunafa'at.

Tuesday, January 17, 2017

KENANGAN..

Assalamualaikum
 
gambar kenangan 
yang dah lama simpan dalam draf
sejuk nyaman katanya
tapi bukan acik yang minum
hero bongsu yang minum

Monday, January 16, 2017

IKAN PATIN PUN BOLEH BELI ONLINE

Assalamualaikum
walaupun duduk dirumah je sekarang ni
tapi macam macam juga boleh beli kan
semuanya dihujung jari
en.suami acik suka sangat ikan patin
dulu ada anak sedara kerja di jerantut
dapat la selalu kirim ngan dia beli ikan.
dah rezeki dia dapat pindah ke N9.
tak de la dapat beli lagi
 baru baru ni acik ada nampak
 di FB orang jual ikan patin
acik pun terus la PM
ikan dah habis katanya..
tunggu dia balik kampung 
di Pahang hari Ahad nanti
dan ini la dia.
.akhirnya dapat juga acik ikan patin 
kegemaran en.suami.acik beli 2 ekor 
boleh la 3kali masak nanti.
acik bukan tak suka..
tapi en.suami acik terlebih suka 
patin masak tempoyak ni
Alhamdulillah
seronok rasa hati dapat beli ikan kesukaan dia,
oklah jom kita makan ikan patin masak tempoyak
jumpa lagi..In shaa allah.
 

Saturday, January 14, 2017

INILAH HASILNYA

Assalamualaikum
sejak keadaan kesihatan acik 
kurang mengizinkan
acik jarang masak
bila rasa sihat teringin nak masak
en.suami acik tak izinkan
dia risau kan keadaan acik
tapi bila ada hero bongsu dirumah
ayahnya kalah la juga
tadi dia kata..
aimi nak makan masak kicap ayam
yang macam mak buat.
acik tunjukkan cara..hero bongsu yang buat
semuanya sampai masak
dah siap masak..
cepat ambik gambar mak katanya
itulah dia hasilnya..
masak kicap ayam hero bongsu acik .
oklah itu je crita acik hari ni
in shaa Allah jumpa lagi.

Wednesday, January 11, 2017

YANG DI TUNGGU DAH SAMPAI

Assalamualaikum

 

Alhamdulillah yang di tunggu dah sampai

Monday, January 9, 2017

ADA TV BOLEH BELI..KATANYA..

Assalamualaikum

Acik ni sejak ada program
 membelibelah di tv ni
 terjebak jugak
terutamanya goshop
baru2 ni teringin nak beli di cjwowshop
tak pernah lagi dapat beli
kali ni acik dapat la telefon
tapi...mak ai lamanya
dah hampir 2 minggu
 barang tak sampai2 lagi
ada tak kawan2 alam maya
 acik ni pernah beli
berapa lama barang baru sampai
kalau goshop tu
tak sampai 5 hari mesti dah sampai
boleh cerita ngan acik
nanti la la tertunggu tunggu

Saturday, January 7, 2017

APA KHABAR SEMUA

Assalamualaikum
 Apa khabar semua
  
ada yang masih ingat ngan acik
.lama tak menulis
laptop anak2 guna
dugaan buat acik kesihatan pun tidak berapa
mengizinkan
bila usia dah meningkat macam tu la kan
ada yang Alhamdulillah sihat
dan ada yang diduga
Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ni kan.
hari Khamis 5.1.17 acik ke Batu Pahat
ambil hero bongsu dan bawak barang2 balik
Alhamdulillah tamat sudah Diploma sibongsu
menunggu untuk sambung degree
yang tak tau dimana pulak nanti
kalau di tempat yang sama UTHM awal Februari
dah boleh sambung..tapi kalau dia nak tunggu UPU
lama la cuti nya.
acik cuma ikutkan sahaja kehendak nya
sebab yang nak belajar pun hero bongsu kan
doa kan yang terbaik untuk dia.
ok la boleh menulis sikit pun Alhamdulillah
doakan acik terus sihat dan bertenaga
walau pun dah dimamah usia.
jumpa lagi..In shaa Allah.