Assalamualaikum
Cuti sekolah selama seminggu dah berakhir
seminggu jugak la acik bercuti.rasa cepat je masa berlalu kan.
Hari ni jugak acik kena hantar hero bongsu balik ke asrama
Pagi tadi semasa acik siap2kan bahan nak masak
tiba2 acik terdengar perbualan dua beranak ni.
Ayah: nanti ayah sorang je anta aimi balik ye,
sebab lepas anta aimi senang ayah nak
terus pergi main tenis
Anak : tak boleh..mak wajib anta aimi
Ayah :.Ala..tak payah la mak anta.sekarang ni pi
peluk mak kamu tu..biar ayah yang masak
Anak : tak mau mak wajib anta aimi
Acik dah mula geram dah..ayahnya mula la nak cari penyakit ni,suka je nak buat mood anak tu hilang
acik pandang muka hero bongsu..dah mula bersegi dah(muncung) he he
Acik pergi jugak antar..ada masalah pulak dengan loker dia tak boleh buka
memang sah ayah nya tak dapat pi main..ayah dan anak sama2 pendam rasa nampak nya ari ni.
Dan seperti yang acik dah jangkakan..memang lebat le hujan bila nak tinggalkan tadi
geram betul acik rasa nak rotankan ayahnya
suami acik ni memang hobi dia..dari anak kecik sampai la dah besar..suka sangat menyakat anak bagi menangis,
pernah sedara acik kata..agaknya suara anak menangis tu hiburan bagi pak cik katanya.
kalau sehari dia tak menyakat anak sampai
menangis tak sah.
Lepas ni bermula jugak la handphone acik berdering paling kurang 3 kali sehari.sebelum subuh jam 5.30/5.45pagi
jam 2.30/3.00petang dan jam 10.30/11.00malam.
bila acik kata ngan hero bongsu..sehari
sekali je la talipun mak.tak boleh katanya
kalau aimi susah hati..bila dengar suara mak hati rasa tenang.aduhai boto2 anak omak la budak sorang ni.
apa2 lah jang oi..janji belajar.