Pages

Friday, May 31, 2013

JAM DAN UMUR

Assalamualaikum
sebelum tu minta maaf ye
acik bukan nak menunjuk nunjuk
cuma nak bercerita.
acik ni memang peminat jam tangan
dari dulu..tapi banyak yang dah rosak
dari gambar ni pun ada 2 yang dah tak boleh guna.
bukan semua beli..ada yang hadiah
hadiah berpindah..hari hadiah hari lahir
hadiah ulangtahun perkahwenan
makin meningkat umur
makin besar jam yang kena pakai
dah mata tak berapa nak nampak kan
jam dibawah ni..acik sayang..simpan je la
walaupun dah terbergerak jarumnya
kecik je kan
 kemudian besar skit..jam ni pun dah bermasaalah
tak nampak jarum jamnya dah
nak tengok pukui berapa pun tak nampak jelas
 yang ni besar sikit dah cermin nya senang jugak la nak tengok
yang last ni yang best..besor gedabak..senang nak tengok
kawan kawan kata sejak ada telefon tangan yang ada jam
tak perlu pakai dah..katanya
tapi acik tak boleh
rasa tak lengkap kalau tak tengok jam
oklah jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, May 29, 2013

SABOOO JEE LAAA

Assalamualaikum
Acik tak berapa nak suka
kalau naik kete..suka bunyikan hon.
bunyikan hon ni ada banyak sebab 
jawabnya bila ditegur
sebab bagi salam..ucap terima kasih
dan tegur..jangan la tiba tiba je nak cilok..
kot tak sempat brek camana..

aduhai..sabo je la..

Monday, May 27, 2013

XTVT HARI SABTU

Assalamualaikum
xtvt wajib cuti sekolah
memenuhi jemputan kenduri

 Kot ada yang rindu dah lama tak tengok senyuman manis 
sedara acik ni
hari sabtu kenduri kawen anak sedara..
anak abang anymz my kitchen
majlis berlangsung di MPN..Nilai
dari Nilai terus ke Kampung Solok
rumah kawan sekolah acik yang menerima menantu .

 kenal tak pasangan yang sedang
menjamu selera ni.
mem ni pun sama sekolah ngan acik dulu ni.
 kawan baik acik dari sekolah rendah lagi
sampai la sekarang..
 Yang dibawah ni kawan sekolah juga..
dan ni la mak pengantin
ok lah..jumpa lagi,Insyaallah



Sunday, May 26, 2013

XTVT HARI JUMAAT

Assalamualaikum
Hari Khamis petang..hero bongsu 
bertanya.."mak..Jumaat,Sabtu dan Ahad
mak ada pi mana mana tak?
acik dah faham sangat dah..
terus acik tanya..adik nak pi mana?
dia kata nak pi Putrajaya
ok..hari Jumaat petang kita pergi
Sabtu dan Ahad mak ada jemputan kenduri
 Rupanya..sekolah dia ada menyertai pertandingan
membina bandar..ke apa tah
 nak bagi sokongan la kat kawan2
aimi tak pergi..tapi ada menyumbangkan idea katanya
kawan kawan dia pun..macam la dah lama tak jumpa
nampak je hero bongsu acik ni kemain seronok
semua nak bercakap..seronok pulak acik tengok


 ni la rupanya sekolah dia punya
Alhamdulillah..update terkini
hero bongsu acik kata
sekolah dia dapat tempat kedua.
oklah..jumpa lagi,Insyaallah



Thursday, May 23, 2013

SYOKNYA..SEDAP SANGAT..

Assalamualaikum
Cerita tentang rezeki
dapat dari kenduri kawen di Bangi
yang penting telur pindang kegemaran acik tu
belum sampai rumah
dalam kereta dah habis
sapa la punya perangai tu..ish ish ish.

Rezeki acik jugak dapat lagi buah harumanis
dan mangga chok anan
kiriman kawan yang di kedah
bila sampai ketangan acik masih lagi elok buahnya
sungguh manis

oklah..jumpa lagi,Insyaallah


Wednesday, May 22, 2013

3 RM5

Assalamualaikum




Tuesday, May 21, 2013

BATUK LAGII..

Assalamualaikum
Sabtu baru ni,jam 11 pagi hero bungsu telefon
Mak..Aimi batuk,demam
kelam kabut acik..minta en.suami
cepat2 pi ambik bawak klinik
bila doktor..dah periksa..
cuma batuk..lepas tu
boleh pulak doktor tu bisik..
budak ni anak manja ke.
he he..en.suami jawab..anak bungsu.


doktor jugak suruh beli karung kertas macam gambar ni
suruh hero acik tiup..acik pun tak faham kenapa..
Alhamdulillah...Ahad petang tu acik pi jumpa dah sihat
Periksa pun tak habis lagi..tu yang acik risau
kalau dia tak baik demam selsema dan batuk.
Oklah Jumpa lagi,Insyaallah

Monday, May 20, 2013

SEMOGA ALONG TABAH

Assalamualaikum
Hari  Jumaat jam hampir pukul 10 lebih  malam
anak sedara telefon.
bagi tau..suami dia baru je meninggal katanya
hari sabtu sebelum tu
dia telefon juga bagitau suami nya masuk icu
dan acik sempat juga melawatnya di hospital besar melaka
masa tu..dah tak boleh bercakap
cuma air matanya aja yang mengalir bila sedara mara bergilir datang melawatnya.
Alfatihah dan takziah along
semoga along tabah




Along anak sedara acik.bersama anaknya
tinggal bersama suaminya di Felcra Ramuan Cina
Nurulizzah..baru berusia 3 tahun sebulan 
yang belum tau apa2.sangat petah bercakap
semua dan apa saja yang orang buat
dia bertanya..tak sanggup acik nak dengar.
 oklah jumpa lagi.Insyaallah

Friday, May 17, 2013

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum
Tajuk n3 ni..tajuk buku dibawah
mari kita membaca



Tuesday, May 14, 2013

SUSAH SANGAT KE NAK TUTUP

Assalamualaikum
Mari kita tengok jenis jenis tutup
tupperware melalui gambar dibawah ni







dah tengok kan..
susah sangat ke nak menutup dengan betul
menggunakan sebahagian dari
 tutup tutup tupperware yang acik ada ni.
Rasanya tak susah kan
senang je.."guna jari pun boleh"
Mood geram ni
semua tak reti nak tutup betul betul
gula masuk semut,biskut lemau,kurma pun bersemut
semua la..
sekarang ni guna yang dibawah ni je
haaa..ambik ko
ok lah..tu je nak bebel hari ni
Jumpa lagi,Insyaallah


Sunday, May 12, 2013

NASI TOMATO

Assalamualaikum
hari ni mencuba lagi masak nasi
kali ni nasi tomato,resepi dari
Q lagi .terima kasih Q
.ada rupa tak Q

 yang atas ni ambik gambar masa dirumah
dibawah..hero bungsu yang punya
makan masa disekolah dia.

Acik kongsi gambar makanan  ni sebab dah janji dengan Q
sungguh..acik waras lagi tau
walaupun acik tayang gambar makanan.

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Friday, May 10, 2013

ALAHAI..HARUMANIS..

Assalamualaikum
rasanya semua kenal ni kan
Alahai harumanis..pasal le mahal beno
harga nya sekarang ni
memang mahal betul sekarang ni.
ada pegawai yang pergi mensyuarat
ke Perlis..khususnya Bukit Bintang
Pusat pertanian yang ada tanam Harummanis ni
dulu kalau beli disini
harga murah sikit dari beli diluar
sekarang ni sama je kot
sebiji tu tadi acik timbang beratnya 378gm
ada 4 biji ni harganya RM30.00
Dulu masa acik pi kursus disana
tahun 2010 kot..gred A baru RM12.00 sekilo.
Jadi la untuk merasakan
Terima kasih pada kawan yang tolong belikan

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Monday, May 6, 2013

MACAM LA BERTUGAS

Assalamualaikum

Gambar ehsan google







Friday, May 3, 2013

TERUS BERUSAHA...

Assalamualaikum

Masa kecik..badan pun kecik
dah besar tak tau macam mana boleh jadi macam ni 
acik risau betul dan kesian
(macam tu la mak kan..tak abis2 ngan risau)
kesian sangat bila jadi bahan ejekan kawan kerja
sedih pun ada.
acik pernah buat n3 dulu
dan dah sebulan ni..dia mau pulak
mula jaga makan seronoknya acik.
bangah(hero kedua la yang menjadi peneman
alongnya ke gym
mula2 pergi..demam dia.
sekarang dah ok kata hero kedua
dulu kalau lari ditrek tu nak pengsan abang  mak
ceritanya..minggu lepas..abang dah dapat lari 3 round
elok je dia.katanya
Alhamdulillah..walaupun belum nampak kecik badannya
tapi baju dia ada yang dah longgar.
sebelum ni tekanan darah..kolesterol semua tinggi.
harapan acik lepas ni semua normal..
semoga usaha hero acik ni berjaya.

jumpa lagi,In shaa Allah



Thursday, May 2, 2013

KENANGAN

Assalamualaikum

Baru2 ni acik pi melawat kawan/jiran lama acik
masuk hospital Tanjung karang
Alhamdulillah..acik sampai tengahari petang nya dia dah boleh keluar..kurus dah kawan acik
perkembangan terkini katanya 
dah boleh boleh makan
Alhamdulillah..moga dia terus tabah
dan sembuh dari penyakitnya

kawan acik ni ada 4 orang anak
3 perempuan..yang bungsu lelaki
yang perempuan sulung ni
memang pandai bercakap
sesuai dengan kerja dia sebagai peguam kot
baru ni..acik jumpa apa yang 
kak long tulis diFB dia
acik copy 

Jangan jadi anak dara pemalas. 
raya tau bersolek je. men "jangok" dgn baju berpasang. 
tapi rumah... mcm TONGKANG PECAH, 
buat air x tahu, goreng2 mee or bihun pon x tau, 
apatah lagi nk sedia ketupat rendang. 
Ingat MAK tu org gaji di rumah?
semua mak buat. 
kawan dia dtg pon mak yg buat air n masak. 
Lawa je x guna, 
keje rumah satu pon x tau buat. 
Cuba la ringankan tulang tolong mak dgn keje umah. 
nak tunggu org suruh baru nak buat ke? 
dasar PAHAT DAN PENUKUL. pantang aku tgk anak dara pemalas
[quote dari mak].

acik kongsikan disini..untuk kenangan
sebenarnya..kenangan manis
acik berjiran ngan dia
apa yang kak long tulis..itulah juga yang
acik dengar sendiri
bila kawan acik bercerita ngan acik

banyak kenangan acik ngan dia..bila tengok 
kawan acik diwad 
rasa sedih..tapi dia tetap macam biasa 
bercerita dan bergurau macam tak de apa2

ok lah..sebelum acik melalut 
kita jumpa lagi,In shaa allah

Wednesday, May 1, 2013

TERINGIN..DAPAT MAKAN PANAS2..SEDAPNYA

Assalamualaikum