Pages

Wednesday, June 25, 2014

WW..

Assalamualaikum

Friday, June 20, 2014

SABUN ..TERCEMAR.CERITANYA.DAH HILANG

Assalamualaikum


Terima kasih acik lupakanje
yang dapat cari semula n3 sabun tercemar acik yang hilang
ni la ceritanya..yang tulisan merah tu.
gambarnya sama
SABUN TERCEMAR.!!! BESI?? 
*Assalamualaikum* *acik nak kongsi je* *acik beli sabun mandi* *yang ada macam2 la katanya* *masa guna..terasa pedih kulit* *apahal lak ni* *ooo..kulit kayu manis kot* *sebab katanya sabun tu ada kulit kayu manis* *esoknya kena lagi..pedih..sampai berlubang2 kulit dan berdarah* *pedih bila kena air..* *pusing kan yang sebelahnya.ok* *tapi petang semalam dah tak tahan dah* *pi belek2 sabun tu..nampak berkilat je* *apahal pulak berkilat ni* *acik ambil pisau tarik keluar* *tu la bendanya..besi apa tah* *camana lah kilang sabun ni buat kerja kan* *boleh masuk bahan2 tercemar gini.* *sakit.....
Acik minta ampun dan maaf
berjuta kali..
sayang betul kisah sabun tercemar dan
komen2 yang acik suka baca dan besemangat
dah lesap..hilang
nasib baik gambar bahan tercemar dalam sabun yang telah melukakan acik tu ada lagi  dalam simpanan
tu la dia..kalau tak pandai jangan suka memandai mandai kata lagu tukan.
kisahnya..acik cuba nak tengok ditelefon
kemudian..acik tengok dia tulis draf..
tengok komputer dah publish
oklah kan..jadi bila tengok ditelefon tu..acik tekan la gambar tong sampah tu..
rupanya hilang terus 
Terima kasih pada yang tinggalkan komen
dan acik mohon maaf sebab dah terhapuskan N3 tu.
nak cari balik dah pandai.
TAPI,,hilang macam mana pun
sabun ni tetap dah tercemar 
dah telah membuatkan kulit acik luka dan berdarah..
pedih dan sakit.
nanti acik cari bungkusannya baru boleh kongsi
kalau dah bercampur bahan yang tak sepatutnya
dah tentu tak bersihkan..
harap tiada yang terkena lagi.

Sunday, June 15, 2014

JEMPUTAN KENDURI

Assalamualaikum
Tengahari tadi acik menghadiri
 jemputan kenduri kawen 
di Dewan Majlis Perbandaran Nilai.
acik dah lama mengenali
ibubapa pengantin ni..
rasanya dari tahun 2000 lagi
tuan punya kedai makan dan kek
dia dah kirimkan kad
disusuli pulak dengan sms
takut kad tak sampai katanya.
pertama kali acik jumpa macam ni
ada 2 tempat makanan
satu set makanan kampung...
dan satu lagi set nasi beriani
tapi acik tengok
dikiri kanan dewan tu..
semua tuju yang set makanan kampung
nasi putih
lauknya..ayam masak lomak cili api + nangka
yang paling sodap ni..sambal bilis tempoyak
sampaikan acik tak makan lauk lain dah
 ikan keli goreng cili
sambal terung
dan ni buah tangannya
biskut raya.
biskut raya dia memang sedap2 semua
sampaikan acik jadi pelanggan tetap dari tahun 2000 la.
oklah jumpa lagi,In Syaa allah.

Wednesday, June 11, 2014

DAH BAIK..ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum
Alhamdulillah..
Bang Ngah dah baik dari demam
kalau dah mak tu kan
anak dah besar panjang kalau demam pun
risau kemain sampai tak boleh tidur
hari ni Bang Ngah dah boleh pi kerja.
dari hari Sabtu dia demam
hari Ahad..malam tu asek muntah2
dah pi klinik tak baik
hari isnin pegi lagi.
budak ni dari kecik kalau demam
memang tak pandai merengek mau pun menangis
dia diam dan tidur je.
tu sebab masa kecik kalau dia demam
acik berjaga dok ngadap dia..
kejap2 rasa badan dia panas lagi ke tidak
dari ahad mak dia pun sama sakit perut.
Bangah dah sihat hari ni
perut acik pun dah baik jugak
Alhamdulillah.

LUAHAN HATI

Assalamualaikum
saja kongsi
kesian dengan sedara yang belum 2 tahun
masih pengantin baru kan
ni ibarat luahan hati dia
acik ambik di Fb dia.
acik pernah juga menunggu selama 5 tahun
tapi acik tak la rasa tertekan
sebab tak de orang yang tanya2
rupanya..en.suami yang kena
acik tau pun selepas
orang2 yang selalu mengenakan dia
ada masaalah yang sama pada
adik beradik sendiri
baru la en.suami acik cerita
dulu selalu ngata dia katanya
siap kata..
"kalau dah tak boleh "pawahkan je la"
ait..manusia ni..bukan lembu tau.
acik memahami dan simpati pada yang
 belum berpeluang ada anak sendiri
kalau la acik boleh membantu
cuma doa yang dipinta..semoga
mereka2 semua dapat
merasai pengalaman
mempunyai cahaya mata sendiri.

Monday, June 9, 2014

COMEL

Assalamualaikum

Thursday, June 5, 2014

WW..JAWAPAN NYA

Assalamualaikum

WW semalam
sebenarnya tu Quran acik
ada 2..satu memang acik letak diopis..
satu lagi dirumah
dah  berbelas tahun dah.
.jadi kulitnya nya
dah tak berapa cantik
nak balut..acik sayang nak letak cellotape tu
baru baru ni acik tengok kawan blog dan fb
Azyma ada jual cover novel dibuat dari kain
acik pun terus order 2 untuk acik
Quran anak2 ngan ayah anak
 tak yah la bersampulkan hi hi
bila dah sampai dan disarung kan ..
cantik sangat acik tengok..
tu yang acik kongsikan gambar
suka dan bertambah sayang acik 
ngan Quran yang dah berbaju baru tu.
masa gambar tu 
kan acik letak atas rehal
rupanya tak de yang perasankan rehal tu ye
oklah jumpa lagi,In syaa Allah

Wednesday, June 4, 2014

WW...

Assalamualaikum


Monday, June 2, 2014

"ITU PESEN LA MAK"

Assalamualaikum
semalam lepas pi kenduri ambil kesempatan
lagi untuk mencukupkan keperluan
 hero bongsu acik
terlepas pandang kemeja putih dan seluar hitam.
dah hero acik ni saiz..ada sikit besar
jadi susah nak cari dikedai2 biasa
dah sampai ke Tampin acik pergi
tak dapat jugak
kena la kekedai yang biasa pergi 
setahun sekali untuk beli baju seluar raya je.
Alhamdulillah dapat..ada la saiz dia
dah nama kedai tu FATTMANJEANS.
sambil2 menunggu seluar dipotong bawahnya acik ternampak la
seluar yang tergantung ni
acik pun cakap ngan hero bongsu,
"dik..lama betul dah agaknya seluar ni
tergantung kan
sampai dah lusuh dan nampak buruk sangat 
tak de orang nak beli"
ha ha ha..lucu pulak..
hero acik cakap..mak..seluar tu bukan buruk la
memang sampai nya macam tu..pesen katanya.
teringat la acik..seluar hero kedua acik dulu..
acik tengok apa la seluar ni koyak kat lutut..
lepas basuh beria acik cari seluar lama
potong dan tolong tampalkan tang koyak tu
masa nak pakai..terkejut dia..
mak jahit ke..
ha ah la dah seluar tu dah koyak pun kamu
pakai lagi..mak dah siap jahit kan dah..hi hi
dia diam je..tak cakap apa..
adik la yang bagi tahu..kemudian..
tu pesen la mak..adui ai..
okla jumpa lagi,In Syaa Allah