Pages

Tuesday, November 29, 2011

REZEKI JANGAN DITOLAK

Assalamualaikum

Lebih kurang jam 5.30 tadi acik dapat sms 
dari sedara acik yang tinggal satu taman
Dia tanya..nak nasi impit goreng tak?
dah tentu la acik nak kan..
sape nak tolak
kecik tapak tangan dulang acik tadahkan.
Memang tengah lapar pun hujan2 ni
Alhamdulillah..
Terima Kasih Pah.
Sedara acik ni la..'cik gu' yang mengajar 
acik buat nasi impit goreng ni.
ok jumpa lagi..
Insyaallah
acik nak makan nasi impit goreng jap.

Monday, November 28, 2011

MAKAAAAAN AJE..KEJE LAIN TAK DEK..

Assalamualaikum

Cerita makan lagi
maaf ye kawan kawan..anak2 dan adik2 semua
dah nak buat macam mana
memang tak de cerita lain kalau bercuti 
sebab cuma dok dirumah aje.
kalau pi bercuti ke mana mana ke ada lah cerita kan
acik minta maaf ye.
 Hari ni..masak lauk ayam kampung
lomak cili api la kan.
 Buat bubur jagung durian sikit.
Dah siap bancuhan cekodok jagung acik ni
tapi tak digoreng lagi
petang nanti baru goreng
boleh makan panas2 cicah cili sos.

Ok jumpa lagi.
Insyaallah.

RESIPI LEPAT PISANG BERINTI

Assalamualaikum

Semalam ada jugak  yang mintak acik tuliskan resipi 
lepat pisang yang acik buat tu 
disebabkan acik ni jenih yang masak
tak pernah bersukat
main lebur je.
jadi acik tunjukkan bahan2 yang perlu aje ye..
Pisang..wajib la ada kan.he he
macam acik bagi tau..yang paling sedap dan ada bau wangi
pisang kapas lah.
Tepung Pulut.
alamak..mana pulak peginya gambar tepung pulut ni.
Tapi tak pe lah..semua kenal tepung pulut cap gajah tu kan.
 Daun pisang dilayur atas api dilap bersih dan
 dipotong macam gambar ni.
Inti jugak mesti ada.

cara
mula2 mesti lah sediakan inti kelapa dulu kan
bahan yang mesti ada..
kelapa muda yang sesuai untuk dibuat inti diparut.
air kelapa
gula kabung
gula pasir dan daun pandan
masukkan semuanya kedalam kuali kacau sampai kering.

untuk buat lepat pisang berinti
pisang  
di hancurkan 
acik guna ini je.sebab kalau dblend..nanti pisang hancur sangat
bila dah macam tu akan banyak guna tepung.
tepung pulut.dicampurkan kedalam
pisang yang dah hancur tadi
gaulkan sampai..tepung tu boleh dibentuk 
daun pisang sapukan sedikit minyak
supaya kuih tidak melekat pada daun
sebelum letak tepung dan inti

macam mana nak bentuk tak perlu la acik cerita..mesti semua dah tau.dah siap semua dibungkus
kukus selama satu jam.

Acik harap semua yang nak mencuba boleh faham..
sebab acik tau masak je..tapi tak tau nak tulis resipi..he he

selamat mencuba pada yang teringin nak buat sendiri.
satu yang paling penting acik nak ingatkan
Bancuhan  lepat ni pisang dan tepung pulut.tanpa air walaupun sedikit.
nanti lepat jadi keras.

Sunday, November 27, 2011

BILA CUTI..XTVT YANG PASTI..

Assalamualaikum
Malam semalam cuba buat ini
Pagi tadi baru potong.
macam biasa memang rupa tak de kalau acik yang buat.


Acik ambik resipi ni dari dapur
hasue yang dah lama menyepi.
dah lama simpan baru mencuba

Kemudian pagi tadi jugak hero bongsu 
buat permintaan
nak makan kuih yang tak ada jual dimana mana pun katanya.
mak aje yang boleh buat.
aduhai sabo je la.
ni la dia..acik panggil 'timpan' pisang

hero bongsu sebut nak makan pagi tadi
apa benda pun tak de dirumah
kena pulak acik menjelajah
seremban hari ni nak cari pisang dan daun pisang
dan jugak tepung pulut.
pisang 'kapeh'(kapas)kata acik la.
ini je pisang yang sedap buat lepat ni.
kalau guna pisang lain kurang wangi.
percaya tak..penuh satu kukusan 
banyak macam ni pun boleh habis.tak tau le kan..kuat betul
orang dalam  rumah ni makan .
tu sebab bila dah sebut..maknya kena buatkan jugak.
tak sampai hati kalau tak buat.

Ok lah..jemput makan ye.
Insyaallah jumpa lagi

Saturday, November 26, 2011

SMOOTHIE STRAWBERRY - TERIMA KASIH AMIE.

Assalamualaikum


Semalam kawan bagi strawberry
biasanya hero acik suka makan dengan gula 

Tapi semasa baca blog Amie..ada pulak dia buat smoothie
acik panggil hero bongsu
dia salin resipi.
Hari ni..ajak ayah pi kedai beli susu segar dan yogurt..
yogurt asli tak de pulak dikedai tu..dia beli yang 
perasa strawberry

Ini lah hasilnya..
smoothie strawberry buatan hero bongsu.
suka betul dia..sedap..katanya.
nanti mak beli mangga ye
nak buat mangga pulak..dia kata.
 Jemput minum

Friday, November 25, 2011

KENAPO KO WAN..BAHAYA TU..

Assalamualaikum..

Entah apa lah kena ngan acik hari ni
Tadi keluar ke bank.
sementara suami berurusan di mesin..
acik dok dalam kereta.
terasa panas..buka pintu.

dah selesai..suami pun datang.
masuk je dalam kereta..dia terus bercerita
sambil memandu.sampai simpang.ada kereta..
tapi pemandunya beri isyarat..suruh jalan dulu.

bila suami belok je..pintu kereta terus terbukak.
acik pulak panik terus cepat2 nak capai pintu tu..konon nak tutup balik
nasib baik..acik ni memang setia dengan 
tali pinggang keledar.
jadi acik tersangkut la dengan tali pinggang tu.
tak le terjatuh
suami acik berhentikan kereta dan acik bukak tali pinggang..baru dapat tutup semula 
pintu kereta tu.

kemudian acik pi pejabat pos..dalam kepala tu asyik teringatkan pintu kereta yang terbuka tu..
bila keluar nombor..acik dengan selamba je 
bangun terus kekaunter.
tiba2 datang pulak sorang lagi..tunjuk nombor dia yang dipanggil tu.
alamak..acik dah potong Q..bukan nombor acik pun

..acik terus mintak maaf ngan dia.
rupanya..nombor yang yang acik ambik dari handbag tu.
nombor klinik yang acik pergi semalam 
yang acik belum buang lagi..aduhai..agaknya marah budak tu..
walaupun acik dah mintak maaf.menjeling je dia..siap cakap..no. tu no dia.

Berkali kali acik mintak maaf dengan kesilapan acik yang tidak disengajakan.sepatah pun dia tak respon..cuma bagi tau je..tu no.dia.nak kejar masa agaknya dia.
suami acik pulak..marah jugak agaknya..walaupun dia tak pernah marah ngan acik..
sebab dia cakap..mesti orang tu cakap..apalah uwan ni..sampai terbuka pintu kereta..katanya..
terasa pulak acik..macam suami nak bagi tau..
yang acik ni dah nyanyuk pulak.
dah tua2 ni sensitif sikit
tapi itulah pesen acik
suami tak kan tau acik terasa hati ke apa
sebab acik tak kan bagi tau.

sabo je la..

Wednesday, November 23, 2011

DAH PUTUS..

Assalamualaikum
 
Putus la pulak.
sayangnya dah lama guna
Cuba sambung balik
tak menjadi pulak nampaknya.
Acik suka guna tasbih ni..
selesa.sayang nya dah putus la pulak.
dan bila cuba sambung balik
ada yang kurang....kena buat semula..

Insyaallah jumpa lagi..
asalnya nak buat WW
tapi tak menjadi..

Monday, November 21, 2011

KALAU DAH NAK MALANG..

Assalamualaikum

Bahaya jugak rupanya makan ubat untuk kurus jika tak mengikut cara yang betul
Kawan opis acik ni..nak kawen bulan 12 nanti..
masa pergi tempah baju dan pelamin bagai di tempat dia..orang tu siap
bagi ubat untuk menurunkan berat badan
sebab berat dia terlebih sudah.

Masa mula2 dia bagi tau..acik dah cakap ngan dia..kalau boleh jangan la makan
dia kata dah terdesak ni kak..katanya..nanti baju pengantin semua tak muat

Baru 22 hari dia makan..memang berat badan dia turun 3 kg.
acik pun nampak dia dah kurus..

Tapi tadi dia datang opis..jumpa acik
dia mengadu..semalam jatuh..katanya..dah dua kali dia jatuh kata dia
dia dah pi klinik..doktor dah marah dia katanya
doktor lelaki tu kak..tapi macam2 dia kata ngadu nya lagi
acik pun bagi tau..tu la..kan dah bagi tau..cakap orang tua tak nak dengar..

sejak dia makan ubat tu..dia tak de selera makan..kalau makan rasa nak muntah..katanya
sampai dia tak de tenaga..tak boleh kontrol.
tak boleh imbang badan
sampai terjatuh  dibilik air.
muka pun pucat je..mata tak de cahaya..
memang takut acik tengok
dia tunjuk tadi lebam2 badan dia asek terjatuh.
acik dah tolong setakat yang termampu..sian kan..
mak dia jauh..
acik dah sapukan ubat..masak kan air panas..dan tolong tuamkan kebadan dia 
yang lebam2 dan dimana yang sakit..
alhamdulillah..dah petang tadi nampak  dah lega sikit .

Ada tak yang pernah makan ubat2 macam ni..
boleh kongsikan disini..
boleh jugak acik bantu dia.
tadi puas dah..acik "basuh" dia..he he..acik kata..
kalau kuruskan pun nanti masa sanding ko pengsan
nak buat apa.

Nasib baik dia tak marah dengan mulut 'laser' acik tadi.

Acik harap kawan acik cepat sihat..sebulan aje lagi majlis dia..banyak benda yang perlu diselesaikan.

Sunday, November 20, 2011

SIANG TERKENANG MALAM TERMIMPI2-ADUHAI..CENDOL..

Assalamualaikum


Cuti sekolah dah bermula
begitu jugak dengan jemputan kenduri.

Hari ni acik cuma dapat menghadiri 
satu jemputan aje
sebab jauh..dikampung Sri Tiram Jaya,Tanjung karang.

Kalau acik  tak pergi mau merajuk kawan acik ni.
Dia dah selalu cakap.
kak ina tak datang2 rumah saya katanya.
dah sampai kurus dah ayam yang saya kurong tu.apa saya nak buat dengan ayam2 tu.
.nak lepaskan balik ke..katanya
.he he tu la ayat dia
bila acik jumpa dirumah kawan2 yang lain tapi tak pergi kerumah dia.

Tadi.jumpa je..anak dia terus datang
dah memang bapak kaki bergurau kan..ade ke depan2 anaknya dia boleh cakap
kak ina..tolong carikan..saya dah tak sabo nak bermenantu ni..kata nya..ish2 bertuah betul la bapak budak ni
anak dara dia gelak aje..lama tak tengok anak dara dia..makin cantik acik tengok
Tadi tu ..kenduri berkhatan..anak bungsu dia
meriah dan ramai orang macam kenduri kawen 
Tapi tu la dia..dah siap2 bawak kamera dah..
dah lama tak jumpa isteri dan anak2 dia nak ambik gambar le kononnya.tapi kamera dalam beg..tak teringat lansung nak bergambar.padahalnya ramai je kawan2 yang sama2 kerja diKlia dan diTanjung Karang dulu acik jumpa tadi.
Masa perjalanan balik tu..acik nampak

benda alah diatas ni..bagi tau en.suami..
"eh..cendol durian la."
suami acik terus berhenti.

Ni acik punya cendol durian + keladi
Ayah ngan anak order yang sama cendol special 

Kalau la acik lapar lagi..acik mesti buat muka tak malu
order dua mangkuk untuk acik sorang.
sedap betul..
lidah dan tekak tua acik ni tak pernah gagal dalam 
menilai kesedapan cendol.
(Amboi mak..ayat kemain he he)

Acik memang peminat cendol dari dulu lagi
"Tijah kek somban tak do cendol
sesodap cendol ni jah.."

Acik belum pernah jumpa dimana mana
cendol + durian + keladi
Cendol labu
kalau jagung,kacang ,pulut tu biasa kan.

Tah bila la acik dapat makan lagi cendol ni
jauh sangat.
nak pergi ke K.Selangor pulak.

Jangan acik tidur bermimpi 
makan cendol sedap ni dah le..

Ok jumpa lagi Insyaallah.


Thursday, November 17, 2011

CEKODOK UDANG

Assalamualaikum


Petang ni hujan lagi.
Hujan2 ni buat cekodok 
sedap ni kan..
makan cicah cili sos.
ala cekodok rengkas je
cekodok udang
sedap makan panas panas

Dah siap cekodok acik.memang betul betul lapar
budak budak ni.
ade ke patut..
tak nampak banyak cekodok maknya ni
angkat dari kuali..lesap
angkat lagi..pun macam tu
Ish3..
Alhamdulillah.
Jom makan cekodok panas ni..sedap..
acik nak makan cekodok jap.

Jumpa lagi ye
Insyaallah.

Wednesday, November 16, 2011

APO NAK DIKATO.

Assalamualaikum..


Sekarang ni dah mula musim hujan balik kan.
setiap hari hujan..
acik bukan marahkan hujan..
hujan rahmat..
tapi kan..
line tenet slow bebeno
asterok pun tak de gambau
apa nak buat.
membaca je la jawabnya.

ni aje bebelan acik hari ni
Insyaallah bila semuanya ok..
kita jumpa lagi..

Sunday, November 13, 2011

RENDANG DAN KENANGAN

Assalamualaikum


Hari ni masak daging qurban lagi.
kali ni acik buat rendang.
bila buat rendang ni tadi
acik teringat la pulak.
Dulu masa dirumah mertua
masa tu pak dan mak mertua dah tak de.
keduanya meninggal selang seratus hari je
AlFatihah buat keduanya.

Acik sambung cerita
masa nak raya..acik masak rendang


macam ni rupa rendang yang acik masak
memang hitam.
masa tu adik ipar tak cakap apa pun
diam je.
Masa makan baru dia bersuara

"tengok rupa hitam legam
tapi bila makan sedap rupanya."

Dia orang mana la biasa tengok rendang yang hitam macam ni kan
nasib baik dia nak rasa
buatnya dikutuk acik dalam hati je dan tak nak rasa
sampai sekarang la agaknya dia tak tahu
rendang hitam acik tu sedap(he he bukan puji diri sendiri ni
saja buat cerita).

Ada tak kawan disini yang tak lalu nak makan 
bila tengok rendang hitam ni

Acik tak berani nak kata rendang orang Negori 
memang hitam.
sebab masa diklia..ada kawan2 acik yang sama2 
dari N9..tapi daerah lain pun
tanya ngan acik
macam mana rendang acik hitam..dia buat tak jadi
masa tu acik main2 je jawab.
acik buat dalam kuali yang hitam.
dia boleh percaya pulak tu
"ooo patutlah kak buat tak hitam
sebab masak rendang dalam periuk"
katanya.sakit perut acik gelak masa tu
boleh dia percaya.

Oklah..panjang pulak acik melalut pasal rendang ni.
Insyaallah jumpa lagi.

Saturday, November 12, 2011

MENU MAKAN TENGAHARI

Assalamualaikum


Semalam..masa hari anugerah kecemerlangan 
sekolah hero bongsu

Untuk murid murid dibagi 2 ketul kuih dan air masak.
Hidangan untuk ibubapa dan vip pulak nasi tomato.
Yang menyampaikan hadiah semalam MB.

sebab hero bongsu asek menyebut je(walaupun maknya tak makan pun nasi tu)
acik pun bagi tau le..nanti mak buatkan..baru diam
Jadinya hari ni..tu la menu acik.
nasi tomato dan ayam goreng pedas.

Gambar ayam masak pedas..nampak sambal je kan
sebab lupa nak ambil gambar.
dah siap makan baru teringat.tu la yang tinggal sambal aje he he

kebetulan anak sedara dan adik pun ada datang
ramai dah meriah la makan tengah hari acik hari ni
 tambah satu lagi lauk acik tadi..
ni dia

masak lomak cili api tulang 
pencuci mulut..puding tauhu dimakan masa dah sejuk..memang nyaman tekak

Alhamdulillah..syukur atas nikmat Allah.

Friday, November 11, 2011

MELEPAS KARI KEPALA IKAN

Assalamualaikum

Hari Rabu..abang yang di Pucong datang rumah..hantar ikan jenahak seekor
belum bersiang pulak tu
baru la acik dapat tengok  rupa ikan jenahak.besar jugak 
ikan nya..
acik tengok je suami menyiang ikan tu..
sisik ikan pun besar2 rasa acik ada sebesar duit 20sen.

dalam hati acik dah berangan.
kepala ikan nak buat kari.

Semalam acik balik kerja..keluarkan ikan yang suami dah siap simpan dalam peti ais..
sekali acik tengok..kepala ikan tak dak.
Acik tanya ngan .suami ...kepala ikan mana..
Dia jawap..keras sangat..dia buang je..
aduhai..dipancungnya aje kepala ikan tu dan buang dalam tong sampah.
acik tengok masa dia buang sisik je..lepas tu acik tinggalkan dan pi buat keja lain didalam..

Tak jadi le kari kepala ikan acik.
acik masak asam pedas dan buat sup ikan je.

Tapi tak de gambar..teringat  kak ngah pernah komen..
blogger tak berapa nak tegar acik  ni..he he..ye la tu kak ngah.
malas pulak nak ambik gambar lepas masak2 malam tadi.
sebabnya teruja tengok hero bongsu yang tak berapa nak makan masak2 asam ikan ni
kalau ayam memang laju je.Tengok dia makan..amboi..laju dan banyak kuah.Ikan pun habis sepotong dia makan.

Ni  sarapan acik pagi tadi

Raya haji hari tu..acik rebus 2 peket ketupat segera tu.
2 peket tu ada 66 bungkus kecik tu.
memang acik bercadang nak buat nasi impit goreng ni.
Acik suka makan
kalau acik buat ni..memang tak berenti acik makan 
selagi tak habis.
Tapi tu le dia..acik simpan dalam peti ais tu 
rasanya ada la 15 bungkus.
pagi tadi acik keluarkan nak goreng tinggal 7 aje.
tah bila kena makan lagi 8 bungkus tu.
7 pun 7 le..acik buat jugak
alhamdulillah dapat jugak makan nasi impit goreng pagi tadi.

Terima kasih pada kawan kawan yang tinggalkan komen pada N3 terdahulu ye.
terima kasih banyak banyak