Pages

Wednesday, July 31, 2013

PENYEJUK MATA..GERAMNYA TENGOK

Assalamualaikum.






Tuesday, July 30, 2013

MENU BERBUKA

Assalamualaikum


masak lomak cili api daging salai + pucuk ubi je
dan goreng cempedak
menu berbuka
hari sabtu.

Monday, July 29, 2013

SIAP JUGA AKHIRNYA

Assalamualaikum
untuk menyambut kedatangan syawal kali ni
awal lagi hero kedua acik dah sebut sebut
mak kali ni buat la kuih raya
kalau tak buat rasa macam tak raya
amboi..macam budak kecik la pulak
tapi tu la kan..dah anak..
memang dari kecik dia tau mak nya memang 
setiap tahun buat kuih.
cuma hero hero ni macam terlupa
bila dia dah besar..maknanyaya..mak dah tua he he
acik ikutkan jugak kali ni
ahkirnya siap jugak 8 jenis biskut raya
Alhamdulillah..sabtu Ahad kali ni
hero pertama dan kedua
tak kerja..hero2 ni lah yang menolong maknya
kerja acik cuma..adun dan terap
tang menghias..nak letak ceri ke apa
along..yang bakar 
dan simpan masuk bekas angah..
bila dah siap semua..
along basuh bekas yang digunakan
angah kemas..buang sampah dan mop lantai
Alhamdulillah..siap dah..puas hati hero2 acik.
oklah jumpa lagi,In syaa allah

Thursday, July 25, 2013

SEBUT IKUT SEDAP LIDAH

Assalamualaikum

(gambar dari blog asma..tumpang tayang gambar ye asma)
Suami acik suka kuih ni
semalam sampai dah jauh pun 
pusing semula.... nak jugak kuih ni
acik la  yang kena pi cari.
sebab kereta banyak sampai tak boleh nak parking
tapi dia dah tak berani nak sebut nama kuih ni
en.suami mesti cakap
beli kuih 3 segi tu he he
sebabnya..en.suami acik ni memang suka sebut
main sedap lidah dia je
bila anak anak gelak..bukan anak je.
.acik pun sama he he
selalunya bila dah beli kuih ni
dia cakap..makan la kuih a famosa tu..sedap..katanya
mesti lah anak2 gelak kan..
ni kuih samosa la yah..
bila dah selalu silap dia cakap..
ala..sama je la kuih tu..makan je la he he
acik tak ngata tau..
acik cerita je..he he
oklah jumpa lagi,In syaa Allah

Wednesday, July 24, 2013

TAHI LALAT YANG BERJASA

Assalamualaikum
(gambar acik masa muda sikit ni je yang nampak tahi lalat)
Hari Isnin..22hb.julai,2013
acik buka FB..acik tengok ada 
yang nak jadi kawan
acik cuba tengok nama dan gambar
Ya allah..seronoknya
kawan lama acik
dah lama mencari..tapi tak jumpa
tiba tiba dia pulak yang jumpa acik dulu..Alhamdulillah
acik cuba tanya dia..
ros..macam mana boleh jumpa saya ni,
ros kata..ada kawan dia yang like status acik
tu yang dia dapat tengok.katanya
sekali tengok gambar
memang betul kawan yang dia cari cari selama ni
kata Ros..selagi tahi lalat tu tak hilang
sampai bila bila pun..dia tetap kenal
aduhai..bukan Ros sorang yang kata macam tu
ramai lagi kawan sekolah kata perkara yang sama.
nasib baik acik tak buang dulu kan he he
acik memang nak buang..takut..tengok
makin besar..tapi arwah mak marah..bahaya katanya
ada juga jasa ko tahi lalat..he he
ok lah jumpa lagi,In syaa allah



Monday, July 22, 2013

KUIH ADA YANG TAK BOLEH DENGAR?

Assalamualaikum
Lepat pisang yang tak de inti
arwah mak acik
panggil "timpan pokak"
tak tau la acik 
mana datangnya nama tu
dulu2 bukan boleh tanya
bukan jawapan yang dapat nanti
kena marah ada la he he
yang ni namanya Timpan
dah selalu acik buat dan letak gambarkan
ulang tayang la ni.
tapi ni yang baru buat berbuka semalam
siang siang tayang gambar makanan 
tak apa kan..kuih lama acik ni
tak boleh buat orang terliur pun he he

Friday, July 19, 2013

KUIH MAK SALAH?

Assalamualaikum
Mulanya memang nak buat badak berendam ni
dapat 10 ekor pun jadi lah

 lepas tu teringin pulak nak makan puteri mandi
lama dah rasanya tak makan.
jual banyak je di pasar ramadhan tu
tapi tak sanggup pulak nak beli
bila dah siap semua
siap hidang atas meja..tutup dengan tudung saji
dekat2 nak buka
hero kedua acik buka tudung saji
mak..kuih ni mak salah buat ke
inti dia ada kat luar ni
he he..selama ni dia tau mak buat kuih mesti inti ada kat dalam
adoi ai..ada2 je budak ni
memandai je kata kuih mak salah ye
kuih ni memang macam tu.
cuma dulu2 arwah wan buat putih je
mak buat..mak warnakan hijau.
acik memang letak sikit je inti tu
 tak nak bagi rasa kuih tu manis sangat.
dah berbuka..bila makan..haa..suka pulak he he.
oklah jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, July 18, 2013

TOLONG..PERLUKAN BANTUAN

Assalamualaikum


Dari Ahad acik dengar bunyi anak  kucing
bila acik bagi tau ngan hero kedua
tu bunyi tikus la mak..katanya
pelik jugak acik..
tak kan acik tak tau bunyi anak  kucing ngan tikus
semalam..aci sebelah tu datang
minta tolong ngan anak acik panjat atap rumah dia..
rupanya betul ada anak  kucing..
anak acik panjat  cuba keluarkan..tapi tak dapat
sebab lubang nya kecil..
dia masuk bawah atap rumah aci tu yang dah tertanggal sikit.
cuba cuba tak berjaya..
waktu dah nak berbuka..anak acik balik dulu
dah malam lagi la susah kan
tak nampak..kesian anak  kucing tu
macam mana lah boleh naik kat atas tu..
apa lah yang dimakannya
hari ni kalau masih..tak boleh nak turunkan
acik bagi tau suami acik.tolong aci tu panggilkan bomba
suami acik boleh gelakkan acik.
boleh kan..panggil bomba tolong kucing tu
bomba penyelamat kan..pandai panjat2 macam tu
kesian nanti kalau mati kelaparan..
tak habis fikir lagi ni
macam mana la boleh naik sampai kebumbung
dalam lubang yang kecil pulak tu
harap2 ada jalan penyelesaian,cara mana
nak bawak anak kucing tu turun.
oklah jumpa lagi,In syaa Allah

Tuesday, July 16, 2013

MAU SATU KAMPUNG SEDONDON

Assalamualaikum
sehari sebelum puasa
acik kononya nak jugak cari baju raya kan
bukan nak raya macam budak budak
tapi nak pergi solat sunat raya
nak pakai baju baru..he he
acik pergi dua negeri termasuk negeri acik dah jadi tiga
selangor,melaka dan negeri acik la
yang tak cukup satu sepuloh tu.
sepasang pun acik tak dapat
acik memang biasa beli siap..
dah acik sorang je pompuan kat rumah tu kan
kali ni pelik acik tengok
macam sama je..warna je yang lain
sampai kedai last tu acik tanya
dik..tak de ke yang lain..
kalau macam ni..mau satu kampung 
sama nanti..sampai budak tu gelak besar.
dah memang tahun ni
baju macam ni je yang sampai katanya.
tapi tak de gambar..takut juga acik nak
tayang gambar.
oklah..jumpa lagi,In syaa allah.

Sunday, July 14, 2013

MAAF TENGOK GAMBAR AJE YE

Assalamualaikum


Alhamdulillah bekalan hero bongsu 
bawak balik semalam.
kata hero acik
kalau diasrama..hadap satu pinggan je mak
dirumah satu meja.
acik kata..kalau adik tak de..mak beli je sikit
adik ada dirumah baru mak masak.
nanti diasrama tak de la dia bayangkan
 apa yang mak dia masak kan he he.
bulan puasa pun tak sempat dia nak telefon maknya
jam 7 cik gu dah arah kekelas untuk tadarus selama
50 minit..7.00 pagi sampai 7.50
kemudian baru kelas bermula.
Alhamdulillah acik suka
sehari dapat satu juzuk je mak..katanya.
oklah..jumpa lagi,In syaa allah.

KALAU DAH REZEKI

Assalamualaikum
Petang sabtu..hujan ribut 
angin kuat ditempat acik
sampai bocor la ..air masuk dalam rumah
diporch jangan cakap la..banjir
tapi masa tu acik tak terfikirkan rumah sendiri
memang suka sibuk acik ni kan
acik cuma kesiankan peniaga2 ditepi jalan 
depan rumah acik tu
ramai yang berniaga
kesian sampai acik dok kat tingkap
memerhati mereka memegang payung
sambil mulut tak berhenti bercakap
kesian nya..kesian nya..cepat lah ribut berhenti
kemudian lepas solat asar..anak acik panggil
mak tengok mak..depan rumah kita dah 
macam pasar Ramadhan
atas ni gambar yang dia ambil
dah kurang sikit..kalau tak sampai depan 
rumah orang parking
Alhamdulillah..ada juga rezeki..mereka.


Friday, July 12, 2013

CERITA BERBUKA

Assalamualaikum

Cerita satu Ramadhan
semua juadah beli
masa makan..semua komplen
bukan tak bersyukur..tapi
memang tak boleh makan
hari kedua..... ....semalam
kena la masak jugak
acik masak..beehoon goreng
masak lemak cili api sotong
goreng ayam masak merah
kuih buah melaka
baru la licin..bersemangat 
masing masing makan
gambar tak de..sebab puasa..he he
tapi kaaaannn
acik rasa kalau nak bagi diet
orang2 dirumah acik tu
baik beli je..
sebab semua orang makan sikit.
hari ni tak sabar nak berbuka 
dengan hero bongsu acik
jumpa lagi,In syaa allah

Thursday, July 11, 2013

ADA YANG JUAL KUIH NI?

Assalamualaikum
Lama betul acik mencari kuih ni
baru kali ni acik jumpa di FB
dah pun tanya dengan tuan punya
tapi katanya dia tak jual
buat untuk makan sendiri sahaja.
terima kasih pada tuan punya gambar
acik masukkan disini ye
sebenarnya kuih ni acik jumpa 
masa baru2 kawen dulu
dirumah mertua..
ensuami suka sangat makan.
tapi selepas mertua meninggal..
dah tak jumpa dah
kesian sesekali ensuami menyebut
baru baru ni acik jumpa diFB 
ada yang sharekan resepi
acik dah simpan nak cuba buat..
dah beli kelapa
nak buat inti..tapi masa tu kan..
kawan acik meninggal
acik postpone dulu
sebenarnya tak berapa berani nak mencuba
takut rasa tak sedap 
kesian ensuami nanti
kot kawan2 disini tau 
kot ada sape2 yang jual..
boleh bagi tau acik ye
tart bengkulu katanya nama kuih ni.
ok lah..jumpa lagi.In syaa allah.

Wednesday, July 10, 2013

SAMPAI MENJILAT JARI

Assalamualaikum
Hari Sabtu pagi..buat jugak lemang
yang bakar lemang 
anak2 acik dengan tunjuk
ajar pak ndak nya
hero kedua acik tu la
pandai je menyebut..
nak buat hari mantai..
tak boleh sebab hari bekerja
tu yang buat jugak hari sabtu
dah siap semua..rendang acik dah masak
hantar ke sekolah hero bongsu
malamnya dia telefon
bagi tau berebut rebut mak..katanya.
sampai jilat jari..he he..hero sorang ni
memang pandai bodek
seronok acik dengar..bila kawan2 dia 
boleh merasa makan lemang dan rendang

oklah..jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, July 9, 2013

BUKAN SALAH BAPA MENGANDUNG..

Assalamualaikum

semasa ke Sekinchan hari Sabtu  dan Ahad
tu acik jumpa ramai kawan
sedih jugak kan..
kawan2 kata..biasa kita berjumpa
bila kenduri..tapi hari ni..kita berjumpa lagi
tapi keadaan berbeza..
tapi kalau dah namanya kawan2 kan..tetap juga sempat
mengusik..(maaf ye..acik cuma bercerita..tak de niat lain)
kawan2 yang lelaki..bertanya dengan en.suami
apasal bini ko lawa lagi ha..
dan ada pulak kawan yang lain menjawab
tu la..ko tak tau..dia ni suami mithali
ko tengok perut dia
isteri dia tak mengandung lagi
tapi dia yang mengandung..tu sebab bini dia lawa lagi..katanya
aduhai..acik tak rasa pun acik lawa
dah tua..tapi acik kesian ngan en.suami
walaupun acik tau tu cuma usikan
nak buat camanakan..bukan salah acik dia mengandung
bertahun tahun tapi tak bersalin salin tu
tengok la tu..seronoknya hero acik tu
 tepuk2 perut ayah dia.
dia lah yang tolong potongkan kuku kaki ayah dia
kalau masa mengandung kan
 kita tak boleh nak tunduk untuk potong kuku kaki.
.macam tu la suami acik sekarang ni
tapi hero acik ni rajin
bila balik dari asrama..dia akan 
tolong potongkan kuku kaki ayah dia
memang la masa acik mengandung dulu en.suami
yang potongkan kuku kaki.tapi bila
sampai giliran dia..bukan acik yang malas..
tapi hero acik yang rajin..
jadi bukan salah acik kan..
oklah..selamat menyambut bulan Ramadhan 
buat semua..In syaa allah jumpa lagi

Monday, July 8, 2013

JASAMU DIKENANG-AL FATIHAH

Assalamualaikum


jam 2 pagi 7/7/13 telefon acik berbunyi
terkejut jugak kan..dah 2 pagi
kedengaran suara kak long..anak kawan merangkap jiran acik
masa di Tanjung karang dulu..
sebelum dia duduk dirumah sendiri di Sekinchan
"cik na..doktor suruh bawak balik mak
kata doktor dah tak ada harapan"..katanya.

selepas pi sekolah hero  bongsu
acik dan suami ke Sekinchan..dan jam 9.30 malam
kawan acik dijemput Illahi

kawan yang sangat banyak jasanya dengan acik
walaupun dah 15 tahun acik berpindah dari sana
tapi kami tak pernah putus hubungan
dari dia periksa darah..sampai dikesan ada kanser
acik tau..masuk hospital acik pi melawat

dah sampai masa kawan acik..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan
 dikalangan orang2 yang beriman.

Friday, July 5, 2013

BILA LAMPU ISYARAT ROSAK

Assalamualaikum
bila lampu Isyarat rosak
mula2 nampak ok je teratur  je..lepas tu
tiba tiba je penuh dengan kereta ditengah tengah
simpang tu..sampai semua tak boleh nak bergerak.
tu la kan..bila lampu tu elok..
patuhi la warna tu..
bila rosak ..warna kuning je yang berkelip kelip
kan dah tau susahnya..

Thursday, July 4, 2013

SEMOGA KITA DIBERI KESIHATAN DAN KEKUATAN

Assalamualaikum
 5 hari je lagi kita semua
akan mula berpuasa di bulan Ramadhan,
In syaa Allah
sekarang ni..ramai yang demam..
acik mula risau..dah rasa lain macam..
macam tak nak demam
sama sama la kita berdoa supaya
 dikurniakan kesihatan dan kekuatan
untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini
acik kerap juga demam dibulan puasa ni
dalam keadaan berpuasa..
demam panas memang rasa nak meletup kepala
Jumpa lagi,in syaa allah

Tuesday, July 2, 2013

MASANYA AKAN TIBA

Assalamualaikum

Acik baca di blog Dik Irfa
kenapa kita menulis blog
Irfa mesti tau..acik menulis mulanya dulu
sebab irfa dan Zino yang galakkan
acik fikirkan juga
apa yang nak ditulis
banyak blog yang dah kongsi macam2
pengetahuan agama..masakan dan banyak lagi
acik fikir lebih baik menulis apa saja
yang relak..santai
bila dah lama terfikir pulak..
lama2 jemu pulak orang nak baca
tulis main hentam je
tak de draf bagai..hati berkata tangan menulis
macam tu je kan.
apa yang menyebabkan
 acik susah untuk berhenti
sebab acik sayangkan kawan kawan blog semua
acik juga suka bila dapat tengok gambar anak2 kecil
yang comel2 dan bijak2
walaupun tidak pernah berjumpa
(ada juga yang dah jumpa)
bila baca blog..tinggalkan komen..
rasa macam kita dah kenal lama
walaupun melalui tulisan..
rasa macam berbual santai
tu yang rasa sayang..
nak berhenti menulis.
walaupun tiada ilmu yang
dikongsikan disini.

tak tau la camana nanti..
masanya akan tiba jugak nanti kan.
oklah..jumpa lagi,In syaa allah

Monday, July 1, 2013

64 KE 49...49..KE 64 SEMULA

Assalamualaikum
(boleh ke tajuk tu he he)
Selalu baca ulasan di blog Tihara
bila Tiha baca majalah
kali ni kebetulan acik ada kekedai buku
beli sendiri untuk dibaca
tapi kan..kecewa betul acik
sedang bersemangat baca
dari muka surat  64..terus jadi muka surat 49 semula
tak betul la pulak..ada ulangan muka surat 49 hingga ke 64
malas la pulak acik nak kekedai tu semula..
terus baca yang ni pulak
nasib baik ada beli majalah yang ni
Tapi rasa macam tak puas hati je kan
tapi tak pe..In syaa allah 
kalau ada keluar lagi nanti
acik beli lagi satu ...nak bagi puas hati

jumpa lagi,In syaa allah