Pages

Thursday, October 29, 2015

MACAM MACAM CERITA

Assalamualaikum
acik nak kongsi seronoknya 
bila dah pandai buat sendiri
ada je tetamu nak datang..
waktu petang.
cepat2 je buat pizza..
selain dari kenyang..
buat pun mudah
tak perlu tunggu 
naik dulu macam buat roti

kawan sekolah datang bawak cucu sedara dia
acik buatkan pizza..guna 250gm tepung
dapat dua pizza guna pan 10 inci.
buat juga cinnamon rolls
ni gambar belum bakar..
dah bakar lupa terus nak ambil gambar
bun manis inti jem nenas
suka kawan acik makan.
.susah nak jumpa
orang jual roti jem nenas katanya
ni roti sosej..acik tak guna sosej biasa tu
tapi guna sate kebab akmal.
ok  acik nak sambung cerita hero bongsu acik ni
sem ni dia dah kena duduk luar
rumah sewa.
Alhamdulillah acik bersyukur sangat
walau pun ramai sangat yang kata
hero acik ni manja..
tapi manja2 hero acik dia boleh buat kerja rumah
sebab dia yang rajin tolong acik dirumah.

rakan serumah 5 orang..6 la termasuk hero bongsu acik
mula2 acik rajin telefon tanya
6 orang tu..cuma dia berdua dengan kawan yang dari Muar je
yang boleh buat kerja dapur
makna kata boleh masak nasi.. goreng telur.mula2 dia buatkan katanya
lepas tu..dia cakap sape nak makan goreng telur sendiri
he he..lucu bila dia cerita.
campak telur dalam kuali panas
masing2 semua lari ha ha...adui ai
nasib la dirumah acik memang suruh hero ni buat sendiri
kalau goreng telur ke nugget ke..
masak nasi goreng.
acik pun dah bekalkan pes semua tu
dah dua kali juga kero acik buat rendang.
siap tunjuk licin pinggan lauk
serdak pun tak tinggal.
ok la dah panjang pulak
sesekalin dapt pinjam laptop
kemain panjang kan.
ok jumpa lagi in syaa ALLAH



Tuesday, October 20, 2015

APA KHABAR SEMUA..LAMA TAK BERSUA

Assalamualaikum
Apa khabar kawan2 alam maya acik..
didoakan semuanya sihat.
Lama betul acik
 tak menulis..5 bulan..lama tu
Masaalah tak de laptop
Dua dua anak guna
ni pun acik cuba2 menulis
 guna telefon cenonet acik ni.
Gambar2 yang acik kongsikan disini 
ialah xtvt acik selama 5 bulan ni.
Kursus buat kek.kursus roti..buat kuih talam.
kuih tak de gambar..gambar cik gu je
 dan sempat juga pi tengok hero bongsu
 dan makan nasi lemak che chom yang popular tu di Batu Pahat.
kursus buat kek  dan roti cik gu nya zalin zalina
boleh melawat blog dia







cik gu ajar buat talam
nasi lemak che chom hero bongsu yang punya
lauk sotong acik punya
en.suami lauk ikan siakap sekor.
rindu jugak acik nak baca cerita ..tapi guna telefon..
kadang2 boleh..ada masaya menyakit kan mata acik
kecik tulisannya ka
ok lah..ada masa dan umur panjang jumpa lagi
in syaa ALLAH

Thursday, June 18, 2015

SIAN BUJANG OMAK


Assalamualaikum
Dapat mesej dari hero bongsu



Ha ha..sabo je la dik.

Monday, June 15, 2015

SEBELUM DAN SELEPAS..

Assalamualaikum
bawah ni gambar sebelum
yang ni pula gambar  selepas
ada nampak beza tak
acik memang malas nak beli
taugeh kasar ni
sebab acik cuma makan kepala dia
yang warna kuning tu.
yang lain tak makan.
dah tadi en.suami yang belikan
nak buat camana..
dah TER membazir je kan.
agak agak ada tak  kawan  disini
yang makan macam acik makan ni.

Tuesday, June 9, 2015

KURSUS LAGI...

Assalamualaikum
n3 lepas acik ada letak gambar kan
amboi  MD mintak acik lentok ye
dulu2 pun tak pernah lentok MD.
apa lagi dah tua ni he he.
tujuan acik untuk menghadiri kursus ni le
di adakan di Pulau Langkawi.
bos dah kata..akak pegi naik flight
kenderaan jabatan akan digunakan untuk
program lain..berdebo juga acik yang penakut
 naik kapai terobang ni.acik penakut naik ni dah lama ye
bukan baru 2..ke 3 tahun ni.
en.suami acik tak payah ajak pun
dia dah tau dah...dah tentu kena teman acik
kalau tak nanti ada yang meraung..katanya.
amboii..sedapnya ngata ye.
sepanjang masa 45 minit penerbangan tu..berdebo je 
en,suami acik pulak suka nyakat.
suruh acik tengok luar la..
ada kapai terobang lain la
ce tengok..kapal apa tu katanya..geram je acik
tengok luar pun tak boleh.
nampak awan tu..pening terus.
boleh pulak sesedap mulut je dia kata
masa pergi..tengok la luar..
dah sampai pantai cenang katanya
masa balik buat lagi..ce tengok luar
dah sampai lukut..katanya..
dulu masa naik dengan anak2
kurang la sikit
hero bongsu acik memang pandai
buat maknya lupa ..
dipasang mp3 ngaji la..
sumbat ke telinga maknya ni
tak dengar ayahnya nyakat.
aduhai tu baru 45 minit
macam mana la kalau lama nanti..
acik teringin sangat nak ke
Mekah Madinah tu.tak kan tak pergi kan..
mau acik makan ubat tido nanti..biau lelap je
sepanjang masa penerbangan.

oklah jumpa lagi,Insyaa allah

Thursday, June 4, 2015

JUMPA NANTI YE

Tuesday, June 2, 2015

"TER..KOYAK"

Assalamualaikum
ni gambar tudung acik
semalam punya cerita
masa gosok seterika terpanas
habis la berlubang.
gosok waktu pagi pulak tu
acik malas nak gosok yang lain
pakai la jugak.
punya la ramai yang menegur
bila acik kata dah lambat
ada yang menjawab jugak tu
selalunya kalau lambat pun mana pernah
akak pakai tudung dah koyak macam ni.
acik jawab balik
orang tua dah nak pencen gitu le
bukan peduli lagi dah he he he
jawapan selamat..

Friday, May 29, 2015

MERAJUK...

Assalamualaikum

cerita hero kedua acik ni
hari sabtu lepas  diopis dia ada buat gotong royong
memang selalu kalau ada gotong royong
memang bos suruh dia yang uruskan
acik dah faham dah hero kedua ni
kalau buat kerja dirumah pun
mulut dia bising juga.
kalau tidak kerja tak jalan.
bos dah biasa tengok..sampai tanya dia..
pernah jaga stor ke
sebab stor yang berterabur..memang boleh kemas
hero acik jawab..tak pernah bos..
tapi dah orang susah kan..
dah biasa buat kerja susah jawabnya.
yang acik nak cerita bukan tu sebenar nya
cuma acik kesian sangat ngan hero acik
dia cerita masa gotong royong dah nak siap
dia ngan sorang kawan lagi..
kena pi hantar sampah2 kotak2 buang
dah 4 kali angkut sampai berpeluh2
balik opis..dia tengok ada kotak pizza yang dah kosong
rupanya bos belanja pizza..
dan kawan2 yang tinggal diopis dah habis kan semua.
bukan tak pernah makan pizza dia kata
tapi kecik sangat rasa hati
kita yang berpeluh2 buat kerja..orang lain
yang makan tak ingat nak tinggalkan 
untuk dia dan kawannya.
sebagai mak..acik pun ikut terasa..kesian sangat
dia bagi tau bos..bos kata
alaaa itu pun nak merajuk
hari isnin baru ni..
hero acik hantar surat 
perletakan jawatan notis sebulan
masa tu la bos cakap..
ala takan sebab tak dapat makan pizza 
merajuk
sampai letak jawatan..
mai kita bincang katanya
berapa gaji yang awak nak..he he..
seharian bos bebel2 kat pejabat katanya
orang yang boleh buat kerja semua nak berhenti.
sebenarnya anak acik dah dapat dapat tawaran 
belajar lagi
Alhamdulillah syukur..
saja..je dia bagi surat selepas 
dia kecik hati pasal pizza.
bukan sebab makan pizza..
tapi sikap yang tak ingat kawan.
doa acik semoga hero kedua berjaya 
dalam bidang yang dipilihnya nanti.

Wednesday, May 27, 2015

4 TAHUN DULU..

Assalamualaikum
dalam proses mengemas..
jumpa la pulak gambar masa kurus ni
baru 4 tahun beza ngan sekarang 
tapi naiknya berkilo kilo
aduhai..rasanya memang 
dah tak boleh
nak turun lagi dah..
kalau gambar 4 series dulu 
rasanya lagi tak boleh banding
ni gambar 5 series jugak
boleh pun kuruskan..
tolong kami bantu.
tak larat nak bawak badan dah ni
eh..dah terikut MD pulak..
sebenarnya acik nak cerita lain
tadi..tertulis lain pulak.
insyaa allah esok la.
jumpa lagi,Insyaa allah

Wednesday, May 20, 2015

WW..HABIS PATAH..

Assalamualaikum

Monday, May 18, 2015

SEBAHAGIAN..

Assalamualaikum
internet slow sangat sejak dua menjak ni
yee..okje.acik ada je
cerita pun banyak je
tapi line internet ni tak mau kerja sama
unifi tu..dah bertahun2 makin 
perlahan pulak
putus2 tu yang buat tak tahan tu.
semalam kemas2 sebahagian tudung acik
tu sebahagian tu..
maknanya banyak kan he he
bila acik tengok..nanti bila dah tak kerja
banyak masa dok rumah
bila pulak masanya acik nak pakai tudung 
yang bertimbun ni.
ok lah jumpa lagi,Insyaa allah

Tuesday, May 5, 2015

MASAK..MAKAN..

Assalamualaikum
cuti 4 hari memang tak kemana 
pun dok rumah
masak makan je
 ..hero bongsu ada balik
 memang tak kemana la acik
ulang alik kedapur je.
masak dan makan
..tu je keje paling senang kan
bila baca/tengok jalan jem disemua arah
..memang tak rajin la
en.suami acik tu.
sampai hero bongsu balik ke BP 
pun ayah nya suruh naik bas.
nasib la tiket dah beli awal.
oklah junmpa lagi,Insyaa Allah

Thursday, April 30, 2015

RENDANG...CEPAT DAN SEDAP.

Assalamualaikum
rendang cili api Negeri Sembilan
cepat dimasak sedap dimakan
sedia kan pes rendang
pes ni tak ada jual dikedai ye..
daging
gaulkan dengan daging yang telah siap 
disiang dan dibasuh

letak 1kg daging + 1 kg santan
tambah air + garam
kacau la sampai kering
tu la resepi kita hari ni
jumpa lagi,Insyaa Allah

Wednesday, April 29, 2015

WW..BUKAN PINGGAN KITA

Assalamualaikum

Friday, April 3, 2015

TIMBANG YANG TAK MAU BEKERJASAMA

Assalamualaikum
Esok ada jemputan kenduri dari kawan/jiran acik
masa dok kuaters pertanian Sg.Burung dulu
susah payah dia mencari no.telefon acik
untuk menjemput datang 
ke kenduri kahwen anak sulung dia
Insyaa Allah acik akan pergi
tapi tu la..hati risau jugak
nanti jumpa ngan kawan2 lain..
mesti dia orang terkejut 
tengok acik..kembang semacam je
dulu masa berjiran..43kg je..
sekarang dah 70kg
malu pulak rasanya nak jumpa kawan2.
tu la kan..timbang acik dirumah tu pun 
tak mau bekerja sama
asal naik je..angkanya meningkat
timbang pun nak kena kan GST ngan acik
(Gemuk Sampai Tua).
tapi tak pe la..tawakkal je la..sian kawan
yang dah bersusah payah dapat kan no.telefon acik
oklah..jumpa lagi,Insyaa Allah

Tuesday, March 31, 2015

YES?????OOO NO... NO... NO..

Assalamualaikum
Masa beli dulu kata ok
Dah 2 kali bayar bil dah
Tapi lansung tak yes
No manjang..geram je rasanya..
Rasa nak baling je..
Tapi kalau baling sape yang rugi..
aciiikkk juga..
Tak baik marah2 kan
.tapi macam mana tak marah
Tak de liputan manjang.
Ish3...menyusahkan orang betul..
Tapi nak salahkan sape kan
Salah sendiri..
Kot en.suami yang belikan
Boleh jugak acik bebel kat dia.
.ni beli sendiri..bebel kat blog je la.
Ok lah jumpa lagi
Insyaa Allah

Thursday, March 26, 2015

BERAPA KALI ANDA PERNAH BELI POWERBANK.

Assalamualaikum

sejak mula ada telefon bimbit
acik tak pernah guna powerbank
2013..acik mula beli satu..sebab nak
pergi jauh sikit..takut telefon kehabisan bateri
balik kerumah tu..
tak de la acik guna..dirumah boleh caj telefon
kemudian tu..hero kedua..tanya.
mak tak guna ke power bank 
bang ngah nak guna..mak senang je jawab..ambik la..
kemudian tu..beli la satu lagi..
hero bongsu pulak nak guna..
ambik le dik..
mak beli lagi satu untuk diri sendiri la konon
hero kedua kata..power bank yang mak beri dah pecah
ok lah nak..ambik le yang mak baru  beli tu.
baru baru ni..acik beli lagi satu..
sebab nak pergi seminar ke langkawi tu kan..
tak tau la..kekal dengan mak ke tidak tu..
rasanya cukup la..dah kerja mak asek beli powerbank je..
apasal acik cerita powerbank tetiba ni kan
sebabnya semalam..
en suami nak guna powerbank
dia tak tanya acik..dia tanya ngan orang
yang orang tu kata..
nak guna powerbank kena ada
wayer dia..
en.suami kata ye ke..tak de pulak ni
tak boleh guna la ye..katanya
masuk dalam kete.dia tanya acik
benda alah ni kena ada wayer ke
macam mana nak guna kalau
tak de wayer..he he..
oooo...alahai..mesti la ada ..
baru la acik tunjuk wayer yang dok tepi tu je..
tu le ..ada juga yang ketinggalan lagi
yang acik niii  sampai 4..5 kali beli
en.suami acik nak guna pun tak tau kan
tak patut..tak patut..
oklah tu je acik nak bebel hari ni
jumpa lagi.Insyaa allah.

Wednesday, March 25, 2015

WW..BERANGAN NAK BELI SATU

Tuesday, March 17, 2015

PAJERI TERUNG????

Assalamualaikum

Hari minggu baru ni
tiba tiba..hero sulung cakap
mak nanti buat pajeri terung ye
Allah hai..anak...anak..
maknya ni makan pajeri terung pun tak pernah
apa lagi nak masak,
anak punya pasal..tanya jugak la cik google
ikut sebiji2 resepi tu..
tak tau lah apa rasanya..jadi ke tidak
tak tanya pun yang makan
masa anak2 makan tak berani nak dekat
tak makan sama pun..
seriau..takut2 nanti dikata rasa sambal terung je
tapi tengok2 habis jugak.
tapi acik confirm bukan rasa pajeri
sebab yang makan senyap je hi hi
anak acik kan acik tau la
kalau sedap memang terus cakap je..
kot makan senyap je..
sah sah la rasa sambal terung je
kot ada kawan2..anak2..adik kakak
yang dah pernah buat dan sedap
share la ngan acik ye
resepi pajeri terung tu.
nanti acik cuba buatkan lagi 
untuk hero acik 
tah mana dia makan pajeri terung 
tu tak tau lah
kalau nak kata makan kenduri 
rumah mak sedara dia tu
tu bukan pajeri..tapi masak taucu terung.
acik pun tak tanya..
tapi acik bagi tau juga.
acik tak pernah buat dan rasa pun tak tau.
acik bukan tak makan terung...
cuma tak pernah makan pajeri terung.

Monday, March 2, 2015

MACAM MACAM CERITA

Assalamualaikum
apa khabar semua
acik harap semua kawan2 
anak2 dan adik2 baik2
semuanya ye.
lama acik tak baca khabar semua
minggu ni insyaa Allah acik nak 
khatamkan semua
yang tertinggal tu
kali ni acik buat cerita bergambar je ye
semua sekali tak de episod ..hi hi.
cuti Tahun Baru Cina acik
memenuhi jemputan sedara acik
untuk sama ikut rombongan
menghantar anak ketiganya
nikah di Pontian
tapi acik ketinggalan..sebab 
nak singgah Batu Pahat dulu
untuk daftar sem 2..hero bongsu acik
dah ambik kunci bilik asrama
dan tinggalkan barang2 dia baru
acik gerak ke Pontian.
 Nasib baik la Abah Zino sedara acik tu
hantar gambar masjid ni
mudah la acik kan
acik singgah di masjid ni
untuk Solat.
 rehat sekejap..tumpang bahu hero bongsu
 Ni la dia bapak pengantin dan bapa sedara nya
 malam selepas nikah
pengantin bersama kedua2 ibu dan ayah
dibawah gambar pengantin lelaki bersama keluarga.
 Balik dari pontian..hantar hero bongsu ke asrama.
Ahad sampai rumah
bersiap2 pulak nak ke Langkawi
ada seminar teknikal
ni 6 orang punya barang ni ye 
bukan acik sorang  hi hi
sikit je kan..

masa makan di hotel penginapan ada menu laksa

  Pertama kali acik makan laksa
yang halus laksa dia..sedap la pulak
Balik dari Langkawi
semasa di Kuala kedah
jumpa pulak kawan kastam yang sama2 kerja
di KLIA dulu
sekarang dah bertukar di Kedah
bila dia tengok acik update status
berada di Langkawi
siap bagi no.Telefon di fb
minta acik telefon dia bila sampai
di Kuala kedah
dia bawak la acik jalan2 dan dapat le
merasa makan ABC dalam kelapa gitu.

rombongan  seminar ke langkawi
ada 6 orang.
tak terus balik
kami semua bermalam semalam di Alor Star
sebab kenderaan jabatan
pecah cermin nya
semasa ditinggalkan,,kena la diuruskan
dulu esok paginya tu..
dah selesai semua jam 12.15 tengahari
baru la kami semua dapat bertolak balik
Seremban.

hari  Sabtu Ahad pulak 
memenuhi jemputan kenduri
akhirnya..acik la melepek
makan macam2..apa lagi kan
perut pun tak boleh nak terima 
kena juga keklinik selepas asik mengulang bilik air
terkejut jugak la acik..
tak pernah keklinik hari minggu
mak ai..sampai dekat 100 ringgit
biasa acik kena memang tak lebih dari 50 ringgit.
oklah..dah panjang rasannya 
acik bebel ni..
jumpa lagi,Insyaa allah