Pages

Wednesday, February 29, 2012

MAK AI..MARAH KE

Assalamualaikum

Siang tadi masa acik baca blog yus..
dengan menggunakan handphone pun
gigih yus nak update jugak pada tarikh 
yang hanya jumpa 4 tahun sekali.
sebab tu acik pun teringin jugak nak mengabadikan
 tarikh hari ini diblog acik

Sabo je acik menanti hujan berhenti dan line tenet  
kembali berfungsi.
selalunya kalau hujan memang slow sangat kan

Pagi tadi acik cuma sarapan roti canai sekeping.
tengahari tak keluar makan.
masa dalam kereta dalam perjalanan balik
acik bagi tau cik abang..yang acik rasa lapar sangat.
 kami terus kekedai makan dulu
sekali kan..ha..ambik ko

mula2 dia belikan acik cendol
kemudian char kuey tiaw
bila acik hampir siap makan..dia kata  chicken chop kejap lagi sampai.
mak ai..mana nak sumbat lagi ni
macam perli je he he.

Jadi kan..kalau banyak baju acik yang dah tak boleh pakai
dalam almari tu..jangan salah kan acik ye.
belikan aje yang baru.
 acik risau jugak ni..makin rosak timbang acik tu
tapi nak buat macam mana.
sejak acik kena sakit perut yang hampir dok wad tu
sampai sekarang..asek naik je bacaan nya
tak turun2.

ok lah dah mengantuk sangat pulak
kenyang sangat kot.
Jumpa lagi..Insyaallah

Monday, February 27, 2012

KESESUAIAN NASI DAN LAUK

Assalamualaikum

Acik bukan tukang masak
Tapi rasanya tau jugak memadankan
lauk dan nasi
kalau nasi minyak ke beriani ke hujan panas ke
ada lauk yang sesuai
  
Semalam dirumah acik ada kenduri sikit
menunya dah ada dalam perancangan acik
nak masak lomak telur itik, ikan patin masak tempoyak
sambal belacan dengan ulam, sayur campur 
goreng ayam berempah dan goreng ikan kering
pemanisnya cendol

dah siap perancangan pi rumah abang  dicuai
abang yang paling kuat merajuk sejak2 dah pencen ni.
bila acik kata adik dan abang yang dipucung nak buat kenduri yassin dan tahlil arwah dirumah acik
terus dia cakap.buat nasi minyak la..lepas tu tukar lagi
buat nasi hujan panas la..dulu arwah fakar
suka makan katanya
kemudian tu..sayurnya buat pindang pucuk cemperai,arwah mak suka makan katanya lagi

Alamak..lari betul ni..menu yang acik dah rancang
lansung tak sesuai makan dengan nasi minyak tu.

Tapi acik tak boleh nak tolak..takut abang merajuk
sudahnya acik buat tambahan menu
tambah ayam percik(tempah) masak nenas dan rendang itik
sudahnya penuh meja ..punya la banyak lauk jadinya.
Nasi putih jugak acik masak sedikit.

Apa2 pun Alhamdulillah semunya telah selesai 
semua abang2 acik seramai 5 orang yang 
datang berpuas hati

Pada yang datang dan bertanya semalam..harap berpuas hati dengan penjelasan acik
semalam ada kawan yang bertanya tentang lauk yang kurang sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak
acik cuma menjawab.."panjang ceritanya: he he 

Terima kasih jugak pada semua yang hadir.

Friday, February 24, 2012

MENGASUH CUCU

Assalamualaikum


Minggu ni acik sibuk sikit
Ada nak buat kenduri sikit dirumah
dah 2 minggu dirancang
jadinya tetap kena teruskan

Anak sedara acik alang talipun
disebabkan ika belum keluar hospital
dia tanya boleh ke hantar icha kerumah acik
mulanya acik risau jugak sebab
icha susu ibu sepenuhnya
tapi kesian jugak dengan ibu dia orang ni
tadi abang acik talipun dia yang mengasuh 
icha sorang2 katanya(wan icha kakak ipar acik
dah meninggal 2 tahun lepas dan tokma(kelantan)
dah balik kekelantan pagi tadi)

alahai kesian pulak
acik dah minta dia bawa balik icha kemari tak ape lah
nanti kakak kakak ipar ada menolong acik masak kan
hari ni pun acik dah mula kupas bawang 

semoga semuanya berjalan lancar
sesiapa yang tau rumah acik tu jemput la datang 
hari ahad tengahari.
malam ni insyaallah icha sampai
semoga dipermudahkan wan nak mengasuh cucu yang sorang ni.

Semoga juga ibu icha dan ika tabah menghadapi ujian ini
dan ika cepat sembuh.

Wednesday, February 22, 2012

FROM JAPAN WITH LOVE

Assalamualaikum

Hari  ni tak jadi RTK sebab teruja sangat
dapat  kiriman hadiah "from japan with love"

Terima kasih banyak KAMALIA. dan suami
yang bersusah mengirimkan hadiah ni pada acik.
ini rupanya tikar yang biasa acik tengok ditv.
 Ni pulak botol yang boleh buat roti jala kata lia
roti jala yang jadi cantik tu.
 Buang kulit buah cantik jugak
 Chopstick siap dengan bekasnya cantik sungguh
 Ini pun sama amat berguna  sebab siap ada angka
untuk letak tarikh bila expired
Terima kasih sekali lagi lia.
bila dah balik mesia nanti jangan lupa datang
 kerumah acik ye.

Tuesday, February 21, 2012

SEMOGA CEPAT SEMBUH 2

Assalamualaikum

Terima kasih  pada semua kawan2 yang turut sama mendoakan ika

Seharian hari ni acik di Hospital Serdang
Ika ada adik yang baru berumur 7 bulan
jadi acik tolong jagakan adik ika dilobi
sementera ibu ika menemani ika diatas.
acik nak bawak adik ika balik pun tak boleh sebab
icha minum susu ibu..mana pulak acik nak carikan 
kena lah tunggu dilobi
alhamdulillah icha ni budak baik..lansung tak menangis
 memang mudah kerja wan nya menjaga.cucu.
 main2 ngan wan

dah penat tidur..atas kerusi di lobi je
tak patut wan icha
apa pun tak bawak ..lupa 
dah puas tidur..mandi..
tu yang dah tukar baju
 Ika bukan sebelah tangan..dua2 sekali
sian ika
sampai nurse pun cakap
kesian Nur Farah Atikah katanya
dua2 tangan berbalut
satu bersimen..satu berbalut sebab ada yang koyak
otot ke apa acik pun tak pandai nak sebut
Yang sebelah lagi tu
dibahagian siku dah tercabut terus
tu yang buat pembedahan
untuk menyambung semula menggunakan sekeru.

Macam mana ika jatuh pun tak tau
petang semalam mak sedara ika(adik ayah ika)
bawak dia ketaman
ibu ika dirumah mandikan icha
tiba2 mak sedara dia bawak balik dengan ika menangis2 bagi tau ibu dia sakit

Bila ditanya ibu sedara ika tak bagi tau
macam mana cara  ika jatuh sampai dua2 tangan teruk macam tu.

Semuanya dah ditakdirkan nak buat macam manakan.
wan doakan semoga  ika cepat sembuh.


p/s
maaf ye acik tak dapat nak kerumah kawan2 semua hari ni..letih jugak melayan cucu ni.macam tu la kalau umur dah meningkat ni kan.

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum

Malam tadi dapat panggilan dari abang yang tinggal diPucong.cucunya sekarang ni ada
 diwad kecemasan katanya
terkejut acik.
Pukul 2 pagi nanti doktor nak buat 
pembedahan nak masukkan sekeru disiku
katanya lagi.
Ya Allah..teruk sangat ke jatuhnya
sampai patah tangan macam tu.
sian ika,mesti meraung kesakitan
baru berumur 3 tahun.
Doakan Ika cepat sembuh ye
terima kasih dari acik

Tengahari ni acik nak pi melawat Ika
 di Hospital Serdang.

Monday, February 20, 2012

MAI TENGOK GAMBAR..ADA SESIAPA TAU?

Assalamualaikum

"PANCO" 
orang negeri acik la namakan ni
jangan tanya acik mana dapat nama tu
acik tak tau.
Saja acik kongsikan disini
seronok pulak tengok.
yang ni..isi dengan wajik durian
lepas tu cucuk kan telur tu

Yang ni pulak isi pulut kuning
kemudian cucuk kan telur jugak
kemudian di bawak pergi ke rumah pengantin lelaki
mengiring pengantin la ni.
sekarang ni kalau pasangan nya orang luar dari N9 tak perlu bawak 'panco' ni.
masa perkahwinan anak sedara acik baru2 ni
kena bawak jugak..sebab 
kenduri dibuat dirumah atuk pengantin lelaki.

Acik tak pernah pulak 'google' kot ada benda ni he he
kalau nak tau lebih lanjut cuba la cari ye.
kot ada la..
acik cuma kongsi gambar aje.
kak long tau tak ni..boleh bantu tak.

sampai disini dulu
jumpa lagi..Insyaallah.

APA YANG KITA RASA.

Assalamualaikum

Di satu kedai..selepas habis makan
cik abang kebelakang untuk basuh tangan
ada seorang pekerja sedang makan
Cik Abang yang memang peramah menegur
makan itu je ke 
spontan dia jawab
SAYA MUSLIM
cik abang terkejut "HAAH'
pekerja pun terkejut sama dan
terus berkata..you punya makan mahal..(alasan)
saya makan murah

Apa agaknya yang kita rasa
dan mau ke kita masuk kesitu lagi
Macam ada sesuatu disitu.

Apa pendapat/pandangan 
kawan semua.

Didahului dengan ucapan terima kasih
jumpa lagi Insyaallah.

Sunday, February 19, 2012

KESAL..

Assalamualaikum


Setiap minggu ada kenduri
sampaikan tak sempat acik nak basuh lantai
lantai porch le ..dah situ la letak kereta..letak motor kan
mana la tak hitam dengan minyak.

Dah siap semua tu..acik rasa nak melelapkan mata sekejap
kedengaran talipun rumah berbunyi

kemudian hero bongsu acik panggil
Ya Allah tak tau acik nak kata apa
memang salah acik.
tapi tak tau lah..mungkin kesibukan dengan kenduri dirumah abang
kemudian kenduri disebelah pihak lelaki 
membuatkan acik terleka
kesal sungguh.

Sebenarnya panggilan tu dari suami
 sepupu acik yang baru meninggal
bila terdengar je suara acik..terus dia menangis
menangis sungguh2.acik pun ikut sedih.
dia bertanya kenapa acik tak datang kenduri arwah dirumahnya malam tu
siang acik dah ke kenduri pihak lelaki.
kemudian singgah pulak kerumah abang yang di rembau.
abang acik yang sorang ni kalau dah sebulan 
acik tak pi jumpa dia
alahai..susah acik dibuatnya..merajuk.

sampai rumah dah nak maghrib
suami acik pulak ada mesyuarat KRT malam tu.
Itulah antara sebab sebabnya.

Kesian betul acik..lama dia menangis..
sampai tak dapat bercakap
Acik minta maaf dengannya..kalau acik cerita alasan2 acik pun rasanya tak sesuai
semuanya dah berlalu..Insyaallah ada masa
 acik akan pi jumpa dia
semasa hayatnya acik ngan sepupu suami isteri
 memang rapat
kalau acik tak talipun arwah akan menalipun acik.
suami arwah sedih sangat..mungkin dia fikir
bila arwah dah tak ada acik akan melupakan dia.

Insyaallah semua tu tidak akan berlaku
acik akan sentiasa ingatkan jasa baiknya dia ngan arwah yang banyak membantu  masa acik sekolah dulu.

semoga selepas ini acik akan sentiasa berhati hati
dan tidak akan membuatkan bang cik bersedih.

jumpa lagi Insyaallah.

Saturday, February 18, 2012

MAJLIS BERTANDANG

Assalamualaikum


Gambar gambar dimajlis bertandang
Kali ni acik letak gambar pasangan pengantin
di N3 yang lepas ada yang bertanyakan gambar pengantin
acik minta maaf masa tu kan jadi tuan rumah
sibuk sikit tak sempat nak ambil gambar
 Pasangan Pengantin Ejat dan Su
 Pengantin di Meja makan 
 DiPelamin
 Bersama keluarga
 Acik ngan pengantin(anak sedara acik)
Pengantin ngan ucu(adik acik)

Penuh lagi program acik hari ni

Terima kasih pada semua yang mendoakan hero acik
Alhamdulillah..demam dah baik
cuma batuk dan selsema yang belum baik
Insyaallah dengan izin Allah dan doa semua
hero akan sembuh sepenuhnya.

Sampai jumpa lagi
Terima kasih pada semua.

Thursday, February 16, 2012

DEMAM

Assalamualaikum


Dah beberapa hari hero bongsu talipun kata demam selsema dan batuk.
Acik pesan ngan dia suruh cari warden
sebab dah ada pengalaman masa
 hero kedua demam diasrama..
bila talipun laju je kita pergi 
mintak keluar nak bawak ke klinik
lepas tu kena tegur..kena bagi tau wrden dan biar warden uruskan katanya

2 hari hero bongsu bertahan.tak jumpa warden katanya
semalam dia dah tak boleh tahan
pergi kepejabat sekolah
ambik surat sendiri
dan talipun acik mintak hantar keklinik.

bila doktor periksa panas sangat
terus bagi MC 2 hari
hari ni dengan esok

acik balik semula ke sekolah
minta jaga carikan warden
akhirnya jumpa jugak warden.
dia datang ke pondok jaga tu.
bila cik abang bagi tau 2 hari cari tak jumpa..
warden kata dia keluar bawak budak2 bersukan..
ooo alahai..
anak acik kata hampir semua yang diasrama tu demam
sian budak2 yang mak bapa jauh tapi demam tu kan
acik pulak rasa nak bawak budak2 tu pi klinik.

Malam tadi kurang tidur la acik
pantau jugak hero ni..takut panas sangat
hari ni alhamdulillah dah berkurangan.

Acik harap hero bongsu cepat sembuh
sayang tak kesekolah 2 hari katanya.

ok lah jumpa lagi.Insyaallah.

Wednesday, February 15, 2012

WW

Assalamualaikum
 Sebelum dikukus
Selepas

p/s terima kasih pada yang sudi meninggalkan komen
gambar ni kaka ipar acik kata namanya kuih ku
inti kacang hijau.buat beramai ramai masa pernikahan anak abang hari sabtu lepas.

Monday, February 13, 2012

ALFATIHAH

Assalamualaikum

AlFatihah

Hari Jumaat 10/2/2012
dalam perjalanan acik nak kerumah abang
sebab nak menolong apa yang patut
acik dapat panggilan talipun dari anak sedara 
yang tinggal di Bukit Jalil.
Bila acik jawab..yang kedengaran hanyalah tangisan
acik minta dia bersabar dan mengucap
serta beristighfar

dan cuba bagi tau kenapa
selepas beberapa minit mendengar suara tangisan nya..
dan acik tetap dengan kata2 pujukan mintak dia bersabar
barulah kedengaran suara dia.
"mama dah tak de"
dan menangis lagi

terus acik putuskan talian dan talipun pulak zino.
acik bagi tau dia apa yang dah terjadi dan mintak dia pi rumah anak sedara 
untuk menolong menenangkan
anak sedara dan ayahnya.

Yang meninggal dipagi jumaat yang mulia 
ia lah sepupu acik,dan telah selamat disemadikan
dikampung kota.
acik pernah buat N3 tentang arwah 
yang menghidap kanser otak.
Arwah ni dulu kerja 'nurse'
masa di wad tengok la tu.kalau nurse datang nak ganti cadar dia akan menolong sama.
gambar acik dapat dari fb anaknya.

AlFatihah buat Hajjah zainon binti Ahmad..semoga rohnya ditempatkan 
dikalangan orang orang yang beriman

Saturday, February 11, 2012

CERITA BERGAMBAR

Assalamualaikum
Rasa letih belum hilang
tapi nak jugak kongsikan
gambar sempena perkahwinan anak saudara.
anak abang yang tinggal diastana raja
tapi baru pertama kali terima menantu
anak sulong lelaki belum kawin.
anak kedua perempuan yang berkahwin dahulu
2 hari sebelum penuh rumah
 Bunga telur
 Lagi
 Sebahagian dari barang hantaran
 Kelambu dibilik pengantin
 1000 biji telur dah siap di rebus
 Telur asin untuk bunga pahar
 antara tetamu masa malam akad nikah
 Dua orang kakak ipar sedang menjamu selera
 Antara tetamu yang hadir dihari lansung


cucu wan yang dah mengantuk dah kepanasan.

Acik ucapkan berbanyak terima kasih
pada kawan2 yang meninggalkan komen diN3 yang dulu
maaf kerana acik belum berkesempatan menjawab dan membuat kunjungan

sampai disini dulu..
Insyaallah jumpa lagi

Tuesday, February 7, 2012

MENU HARI NI

Assalamualaikum


 Nasi ayam
lauknya dan tentu ada sup ayam dan ayam goreng
 Tapi nak jugak masak burung puyuh salai 
masak lomak cili api.
Pecal lagi.
kuah pecal letak tak banyak sebab pedas.

itu la..menu acik hari ni.

Masak macam2 untuk hero bongsu..
dia kata
"diasrama aimi makan sekali je sehari dah kenyang"
"tapi kalau dirumah aimi makan 5 kali sehari tak kenyang2"
Apa apa je la dik ..janji makan.

Kejap lagi nanti nak hantar balik asrama

Ok sampai disini dulu
jumpa lagi..Insyaallah.