Pages

Wednesday, December 31, 2014

DATANG DAN PERGI

Assalamualaikum

Baru dapat menulis..
sebelum tu cuti seminggu
kemudian berita banjir
walau pun tak terlibat tapi
hati tua acik ni
tak boleh tahan
sedih sebak..cengeng betul
nak keluar je air mata ni 
kesian sangat pada yang terlibat
lagi2 bila teringatkan kawan2 yang
 memang mak ayah nya masih lagi disana.
dikesempatan ini acik ucapkan
selamat berlalu tahun 2014 dan
Selamat  datang  Tahun baru 2015
panjang umur kita jumpa lagi.
In Syaa Allah


Thursday, December 18, 2014

TINGGAL KENANGAN

Assalamualaikum
Gambar kenangan
sebahagian dari kerja kerja acik 
sebelum di padam letak kat sini
apa perasaan mereka2 yang akan meninggalkan
perkhidmatan selepas berpuluh tahun kan...
acik in syaa allah
panjang umur tak sampai setahun lagi
belum tau apa perasaan acik lagi
lama tu tahun depan 35 tahun dah.
ok la jumpa lagi,In syaa allah

Wednesday, December 17, 2014

WW..BELUM TERLAMBAT KAN

Assalamualaiklum

Wednesday, December 10, 2014

WW-MENU MAKAN TENGAHARI

Assalamualaikum

Monday, December 8, 2014

"SEMOGA BERKEKALAN"

Assalamualaikum



Selamat Pengantin baru
semoga kekal bahagia selamanya.

Thursday, December 4, 2014

BELUM SETAHUN DAH ROBOH???

Assalamualaikum
malam tadi dapat gambar
ni..belum setahun nak oi..kasut dah roboh
acik tanya..dah roboh kasut tu
pi kelas pakai apa..
pakai je la kasut ni katanya
nampak nya minggu depan kena 
pi Batu Pahat jugak..
nak belikan dulu tak boleh
anak bertuah sorang ni
mak datuk cerewet
memilih..tah sapa la yang dia ikut
mak nya tak cerewet..
ok lah pepagi dah bebel kan
jumpa lagi,In syaa Allah.

Monday, December 1, 2014

ww

SUBWAY???

Assalamualaikum
Subway..acik biasa dengar hero kedua
sebut2 benda alah ni
kalau keje keluar
mesti kawan2 di opis akan kirim katanya
semalam acik keluar
ada benda nak cari
sekali acik nampak la kedai  tu
acik pun masuk la
walaupun tak pandai nak order
mak cik kan..mana la nak tau
acik pun tanya la kat budak2 tu
dah tau acik order dan
bungkus la bawak balik
sekali hero kedua nampak
mak beli kat subway?
dia terus ambil..buka dan makan
sambil tu cakap
bangah tak pernah makan ni mak
Ya Allah kesian nya acik
selama ni bangah cuma
belikan yang kawan2 kirim je 
katanya..adui ai..nasib baik
acik teringat nak beli
dan bawak balik
 kesian nya acik ngan budak bertuah sorang ni
dah berkali kali masuk dan belikan
kiriman orang tapi tak tau rasa.
tapi tu la hero kedua acik ni
memang  berjimat sungguh
sampai tak rasa pun tak pe
geram je acik..kesian...
memang masa belajar
dulu pun dia sanggup makan
kuah ngan telur goreng je..
ok lah tu je mak cik nak bebel hari ni
anak anak..macam macam ragam.