Showing posts with label kisah rendang. Show all posts
Showing posts with label kisah rendang. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

RENDANG DAN KENANGAN

Assalamualaikum


Hari ni masak daging qurban lagi.
kali ni acik buat rendang.
bila buat rendang ni tadi
acik teringat la pulak.
Dulu masa dirumah mertua
masa tu pak dan mak mertua dah tak de.
keduanya meninggal selang seratus hari je
AlFatihah buat keduanya.

Acik sambung cerita
masa nak raya..acik masak rendang


macam ni rupa rendang yang acik masak
memang hitam.
masa tu adik ipar tak cakap apa pun
diam je.
Masa makan baru dia bersuara

"tengok rupa hitam legam
tapi bila makan sedap rupanya."

Dia orang mana la biasa tengok rendang yang hitam macam ni kan
nasib baik dia nak rasa
buatnya dikutuk acik dalam hati je dan tak nak rasa
sampai sekarang la agaknya dia tak tahu
rendang hitam acik tu sedap(he he bukan puji diri sendiri ni
saja buat cerita).

Ada tak kawan disini yang tak lalu nak makan 
bila tengok rendang hitam ni

Acik tak berani nak kata rendang orang Negori 
memang hitam.
sebab masa diklia..ada kawan2 acik yang sama2 
dari N9..tapi daerah lain pun
tanya ngan acik
macam mana rendang acik hitam..dia buat tak jadi
masa tu acik main2 je jawab.
acik buat dalam kuali yang hitam.
dia boleh percaya pulak tu
"ooo patutlah kak buat tak hitam
sebab masak rendang dalam periuk"
katanya.sakit perut acik gelak masa tu
boleh dia percaya.

Oklah..panjang pulak acik melalut pasal rendang ni.
Insyaallah jumpa lagi.