Pages

Sunday, December 22, 2013

DAH 6 KALI??


Assalamualaikum
dah 6 kali acik buat ni
jangan tengok pada rupa hi hi
tak sangka pulak anak ngan ayah sama2 suka.
mak je tak berapa nak lalu makan
sebab banyak cheese.
resepi acik ikut dari blog norsecubitgaram
terima kasih nor.

Wednesday, December 18, 2013

LENGKUAS VS SENGKUANG

Assalamualaikum
(gambar ehsan google)
 ni gambar sengkuang kan
ni pulak gambar lengkuas

yang acik suruh hero sulong acik beli lengkuas
yang dibawak balik sengkuang
jauhnya la hai anak oii
sabo je laaa.bukan salah dia
tak kenal antara sengkuang dan lengkuas
acik tak tunjuk gambar.

Monday, December 16, 2013

RESEPI 1- NASI GORENG

Assalamualaikum

Habis je periksa 5hb 12 tu..
hero bongsu acik kata nak belajar masak
tapi..disebabkan Sabtu Ahad sibuk ngan kenduri
rancangan tergendala sebentar
cuma semalam baru berkesempatan
permintaan dia nak belajar masak nasi goreng
semalam bermula la resepi pertama dia
acik cuma sebut..cili api banyak mana..
bawang putih berapa biji
bawang merah berapa biji
ikan bilis banyak mana dan telur berapa biji
semua hero acik sediakan..
sampai la ke menumbuk
acik bagi tau dia..nasi goreng nak sedap 
semua kena tumbuk..
tak boleh guna blender ha ha..dia ikut je.
.mula2 acik kata tumbuk cili..
kemudian masukkan bawang putih
bawang merah dan last ikan bilis..tumbuk kasar.
semua dia buat..acik cakap je..best betul..
dah siap tumbuk..keluarkan cili tu..letak air sikit kat lesung..kemudian
tuangkan air dari dalam lesung batu tu kedalam cili tadi.
tu petua nak masakan jadi sedap..
adui..lucu pulak..tu petua mak acik dulu..
acik pun turun kan ke anak acik pulak..hi hi..dia ikut semua
dah siap ajar semua minyak banyak mana
marjerin tambah 2 sudu.
acik tengok dia menggoreng
mengacau..lepas tu..
mak..lengoh..katanya ..ha..tu la..tau pun adik
masak bukan senang tau..
dah masak..terus makan..seronoknya dia
sedap mak...sama rasa macam mak masak..katanya
kemudian dia kata..lepas ni nak belajar
buat lepat pisang..badak berendam
ish ish ish..biar betul hero acik ni
belajar le buat kek ke..cupcake ke
ini tidak..kuih2 lama tu yang dia nak belajar
ok dik siap..bila2 lapang tak de kenduri
kita mulakan operasi..
oklah la..nanti bila jadi acik kongsikan
jumpa lagi,in syaa allah

Saturday, December 14, 2013

SAMBUT MENANTU

Assalamualaikum
Majlis sambut menantu
Tapi bukan acik..acik belum lagi
 Sibuk kenduri disebelah lelaki (along)
Sikecik ni pun ikut sibuk.

Thursday, December 12, 2013

SAHABAT

Assalamualaikum
Sumber dari instagram

Wednesday, December 11, 2013

SERAI/PEHA AYAM

Assalamualaikum
serai peha ayam
ce tengok peha ayam tu..sama tak

Tuesday, December 10, 2013

KENANGAN YANG TAK BOLEH DILUPA

Assalamualaikum
cerita hero acik lagi.
untuk kenangan dia juga nanti
dia kata..lain lak rasanya 
dah 3 hari tak pegang pen.
acik tau..dia mula rindu suasana di dorm
sedih pulak acik tengok
Tu la dik..dulu mula2 suruh dok asrama
kemain susah..sekarang tau
seronoknya ramai kawan
mula2 berpisah..memang la rindu
tak pe..adik sibukkan diri dok rumah
sapu lantai..mop
sidai kain..lipat kain
mak bukan ambik kesempatan tau hi hi






Gambar rakan rakan sekelas
masa study dibilik LK
masa hari graduasi..bermain gitar..





di UPM hari konvo cik gu kelas 
dia bawak satu kelas
untuk bagi semangat.
ok lah jumpa lagi,in syaa allah.

Monday, December 9, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU ALONG

Assalamualaikum


Alhamdulillah dah selamat along bergelar suami
along anak sulong abang acik
anak sedara acik le

Friday, December 6, 2013

MERDEKA

Assalamualaikum



(habis baju sekolah diconteng)
Merdeka dah hero acik
semalam dah ambik
tiba tiba malam tadi maknya lena tidur.

Wednesday, December 4, 2013

SEMOGA DILINDUNGI

Assalamualaikum
Hari Jumaat lepas..ada kakitangan
 diopis acik meninggal  AlFatihah
Tiba tiba tadi ada staff dari kementerian kesihatan
 datang masing masing dah risau.
apahal ni.denggi ke
tak kan datang tengahari..
rupa rupanya..arwah ada tibi..
jadi semua staff diopis acik kena buat saringan
kena xray la katanya
risau jugakan..mudah2an kami semua dilindungi.
jumpa lagi,In syaa Allah