Wednesday, November 15, 2017

DARIPADANYA KITA DATANG....

Assallamualaikum
28.10.2017 acik dikejut dengan berita. Abang acik kemalangan..gas dirumahnya meletup.masa adik telefon bagi tahu..dah hampir zohor.acik tak terus pergi..tunggu jugak waktu melawat.
Bila tengok keadaan abang di hospital dari kepala muka dah hitam dan bengkak..tapi abang acik masih boleh bercerita..bagaimana kejadian.sempat lagi dia tarik dan padam kan api..halau keluar cucu2 dan baru padam kan api dibadan..kerana baju dan seluar juga habis terbakar.
Setiap hari acik tengok dia di hospital.bila hari adik off..adik pulak yang ulang tengok abang.hari isnin..selasa acik tak pergi juga kena ada appt.hari khamis anak abang telefon..bagitau..ayah dah keluar wad..along (anak abang yang sulung) bawa balik pasoh katanya.
Tapi...kita tak tahu apa yang Allah dah tentukan..dan perancangan Allah ada lah yang terbaik.
Pagi Ahad 12.11.17..anak sedara telefon..menangis bagi tahu.."ayah dah tak de".sungguh  acik sangat2 terkejut.apa yang diusik..apa yang di pegang..semua tak kena.sungguh tak disangka..abang acik telah pergi dahulu.anak bongsu abang baru berumur 14 tahun dah yatim piatu.
Ok la nanti lain masa sambung in shaa Allah..tak sanggup nak tulis lagi.

Sunday, November 5, 2017

HERO BONGSU

Assallamualaikum
Rasanya semua mak mak yang anak pi mencari ilmu..dok jauh ni macam acik kan.
Bila anak share gambar apa yang dia makan tu sedih sangat rasanya.
Hero acik ni pulak rajin share gambar apa yang dia makan.
Bila di tanya..makan tu je dik..nanti jawab nya..tu je la mak.nanti kalau order yang goreng2 dah la lama tunggu..bila makan tak sedap..alahai..cerewet tekak hero acik ni.macam la mak dia tu pandai masak..alahai anak.