Tuesday, January 20, 2015

SYAIR ORANG PENCEN

Assalamualaikum
Acik kongsikan syair orang pencen
acik 'copy' dari whatsapp
suami acik.ada kawan dia hantar.

Orang pencen hati gembira
Hidup aman sebagai pesara
kerja tak perlu hidup disara
Nilai prestasi sudah tak dikira

Cukup bulan dapat bayaran
Buat belanja lauk sayuran
Sekali sekala cari hiburan
pergi melancong bersama kawan

Bangun pagi tidak tergesa
Senaman ringan diri selesa
Sarapan sedikit sekadar rasa
Tahap kesihatan sering periksa

Makan dan pakai hanya ala kadar
Jangan la sampai masih tak sedar
Amalan yang buruk wajib dihindar
Jangan ditentang qada dan qadar

Perkara yang penting amal jariah
Menjaga kebajikan surau jariah
Anak dan cucu menambah meriah
Tiada masaalah bimbang tak payah

Orang pencen orang hormati
Teladan baik budi pekerti
Disana sini orang menanti
Mendengar cerita simpan dihati

Hidup bersara terasa lega
Tiada musykil serta curiga
Tak banyak hati perlu dijaga
Hanya bermesra jiran tetangga

Orang pencen anak dah besar
Cucu ramai sedang membesar
Rumah selesa biar tak besar
Yang penting tiada masaalah besar

Begitu kisahnya usia dah tua
Suami dan isteri tinggal berdua
Pengalaman hidup dirasa semua
Kepada Yang Esa berserah jua.


27 comments:

  1. Betullah AE....memang setuju sangat ..... Terer pulak sapa yg mengarang tu yek AE....AE dah join cik abe ke belum ni?
    Tak lama lagi dah jadi Pengantin Baru baliklah AE nampaknya haha

    ReplyDelete
  2. Seronok baca syair orang pencen. Yang tak seronoknya bila anak2 dah besar dan mempunyai kehidupan sendiri terasa sunyi.


    ReplyDelete
  3. Pandai yg menciptanya acik
    macam bertepatan apa yg dipaparkan
    Mesti en abe acik senyum bila baca ini.

    ReplyDelete
  4. setuju semuanya kecuali saya ada dua orang lagi anak yang masih bersekolah ..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...bersemoatan merasa suasana orang pencen... :)

    ReplyDelete
  6. Untuk orang yang berpencen memang tepatlah tu Acik. Tapi kok pencen opis swasta macam sey ni...poning gak kepalo agak eh...

    ReplyDelete
  7. pencen nnt bole honeymoon berdua... menjelajah negara org pula ;)

    ReplyDelete
  8. Saya yg tak berpencen ni Acik, kena lah cari jalan utk hasilkan pencen sendiri...huhuhuu

    ReplyDelete
  9. Hai, seronoknya baca syair untuk orang pencen ni, Acik. Saya ni bayangan perkataan pencen tu pun jauh lagi, Acik.... Kenalah bekerja keras membanting tulang empat kerat yang nak reput nih... Hehehe.

    ReplyDelete
  10. kalau yg swasta mcm suami saya ni, risau membayangkan pencen..loan rumah lama pulak tu. :(

    ReplyDelete
  11. lieya suke la kak puisi ni hehehh...nak bersyair tak sedap plak suara ekekeekekek

    lieya yg baru setahun jagung ni kene laa hadap kerja dan menanti usia utk pencen heheeheheh

    ReplyDelete
  12. suami sya dah nak pencen acik tapi nampknya tanggungjawapnya pada anak2 belum selesai sebab semuanya masih belajar.
    nmpknya tak sama lah puisi acik ni dgn kehidupnnya...

    ReplyDelete
  13. baca syair ni pun namapk jelas keseronokkannya..
    knor dh lama pencen..tapi tak pencen2 lagi..

    ReplyDelete
  14. Kena je dengan kak yang dah nok pencen.

    ReplyDelete
  15. Sesuai Sgt untuk suami acik syair pencen ni ye. Sebenarnya seronok org pencen ni

    ReplyDelete
  16. acik yang last tu paling best kan hehe :) daripada berdua di awal perkahwinan kini kembali berdua..

    ReplyDelete
  17. Kreatif kawan suami akak tu.. hehe..

    ReplyDelete
  18. Memang best bila dah jadi oreng pencen macam ni.

    ReplyDelete
  19. Yang pencen kerajaan yo kot buleh lagukan syair ni acik. ese yang kojo swasta ni konolah buek kojo lain dulu bilo dah pencen sok sobab ea anak-anak lum kojo laei... sapolak nak nanggung makan minum se.

    ReplyDelete
  20. Betol tu Aciik..seswaii mmg untuk orang pencen mcm.nekcik ni..makan
    Pakai ala kadar jer...janji hati bahagia..masa sendiri yang urus..alhamdulilzh

    ReplyDelete
  21. kita belum pencen lagi.. tapi kalau keje sendiri ni boleh pencen ke...huuu..

    ReplyDelete
  22. Dari mana dapat syair ni. Buat sendiri ke

    ReplyDelete