Pages

Monday, January 26, 2015

MERIAH JUMPA KAWAN2 DIMAJLIS KENDURI

Assalamualaikum
Hari sabtu 24.1.2015
acik ka Tanjung Karang
ada jemputan dari kawan/jiran masa acik
dok sana dulu.
bila tengok gambar selepas nikah
acik pulak yang rasa sedih
ye la kan..anak kawan ni
dari kecik acik dah tengok dia 
daaahhh kawen..
cepatnya masa berlalu
dah tuaaa sangat dah acik rasanya.
Tahniah kak long,semoga berkekalan dan bahagia
selamanya.



masa kenduri ni memang ramai sangat jumpa kawan2.
bak kata hero bongsu acik(dia ikut pi kenduri)
pening kepala emi.
kiri kanan orang bersalam ha ha.
dari dalam dewan,bawak keluar jumpa lagi kawan2
sampai acik kata dengan en.suami..dah penat
elok la kita beredar dulu..
tak dapat jugak..diluar dewan jumpa lagi
dah masuk kereta ada lagi yang ketuk pintu kereta
keluar balik..memang meriah betul jumpa kawan2 lama.
hero bongsu acik kata
mak ngan ayah jadi penyambut tetamu diluar
dewan..acik ana didalam katanya
pandai je dia.
oklah jumpa lagi,Insyaa Allah.


17 comments:

  1. waalikmussalam acik, wah glamour ya acik semalam tu, biasalah majlis kenduri orna gyg tak pernah kita jumpa bertaahun2 dpt jumpa masa tu, tulah sbb nya kaknoor kalau ada majlis kt kampong mesti nak balik utk berjumpa mereka yg dah lama kita tinggalkan

    ReplyDelete
  2. Kalau kenduri ditempat yg kita pernah tinggal tak mustahil akan begitu jadinya acik. Mesti ramai yg kenal dan ingin bermesra apa lagi tak ada permusuhan mestilah rasa kasih sebagai sahabat terjalin erat.

    Adik ni... mak/ayah kan glamer tak tahu ke hihi...

    ReplyDelete
  3. hehehe.. lucu bila hero bongsu bagi cadangan macam tu.. ;)

    ReplyDelete
  4. bestla camtu acik, dapat jumpa ramai kawan lama. :)

    ReplyDelete
  5. Memang serok pergi kenduri bila dapat jumpa kawan-kawan lama kan.

    ReplyDelete
  6. seronok dapat jumpa kawan lama,
    saya pun teringin sangat nak jumpa kawan2 di serdang
    tapi takde kesempatan lagi :)

    ReplyDelete
  7. seronok kan acik bila ramai yang kenal ...tentu banyak yang nak dibualkan setelah sekian lama tak jumpa.

    ReplyDelete
  8. itu yg seronoknya bila pergi kenduri kaewn kan. boleh jumpa kawan/jiran lama yg lama/susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  9. Macam artis pulak ya hehe...seronok kan jumpa kawan lama, banyak cerita yang nak dikongsikan.

    ReplyDelete
  10. semoga jodoh mempelai hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  11. mck pun sama...kalau jumpa kawan2 lama...rasa cam budak kecik (semula) pun ada :))

    ReplyDelete
  12. barakallah pengantin. memang seronok bila jmpa kawan kawan kann :D

    ReplyDelete
  13. popular tu..mmg best jumpa kwn lama..sembang pasti pasal anaklah..kan.
    makin lawa ke kita atau makin tua..ke sama jer..selalunya org tak kenal knor..knor knl diorg lagi...entah apa yg berubah entah...

    ReplyDelete
  14. memang ye acik, time kenduri kendaralah kita nak jumpa ramai saudara mara sahabat taulan kan :)

    ReplyDelete
  15. Salam. Hee seronok sudah kahwen.

    ReplyDelete
  16. selamat pengantin baru.. seronok da kawin.. ada ank lagi seronok.. :)

    ReplyDelete
  17. Penat tapi menyeronokkan Acik dapat jumpa kawan-kawan lama. Betullah kata hero Acik tu, susah-susah Acik dan suami jelah jadi penyambut tetamu kat luar dewan. Dah ramai sangat kenalan yang kenal nih walaupun di majlis milik kawan :)

    ReplyDelete