Pages

Monday, September 29, 2014

SEDAAP..GULA NISE..

Assalamualaikum
acik pernah kata..tulis nama gula ni 
dengan betul kan...
bukan apa..gula ni sedap
nanti kalau nak beli lagi
di Kelantan nun..
tak tau nak sebut
ada yang kata gula nisan
ada pulak yang sebut..nise.
yang betul nya apa kan..
kalau dinegeri acik gula kabung tu 
rupanya lain..
gula melaka pun lain jugak..
acik biasa tengok di Melaka.
tapi yang ni memang sedap
semalam buat bubur/pengat ubi
untuk abang dan kakak ipar yang dari
segamat dan abang ngan kakak ipar 
yang dok Seremban ni
suka betul dia orang makan.
memang sedap dan wangi je
buat air gula untuk cendol pun sedap jugak


kalau dapat makan untuk berbuka 
nanti sedap jugak ni.
oklah jumpa lagi,In syaa allah

Wednesday, September 24, 2014

CUBA TULIS NAMA GULA NI DENGAN BETUL

Mula2 beli sebungkus..jual ditempat kursus je.
pi rasa..sedap.terus beli lagi sebungkus.
.maklum.le kan..
nak datang lagi  jauh.

Monday, September 22, 2014

JUMPA LAGI...

Assalamualaikum
Minggu lepas acik pi Kelantan
ada kursus..2 hari
di Pertanian Melor.
tapi dah jauh kan
jadi la 4 hari
2 hari perjalanan pergi dan balik
kalau balik kampung 12 jam perjalanan tu 
mesti tak rasa letih kan..sebab nak balik kampung
acik masa pergi pun tak rasa letih sangat
tapi masa balik..
letih betul rasanya
tapi seronok jugak..
dapat makan makanan disana yang sedap dan
dapat sarapan nasi yang sedap ni

masa nak balik pagi lagi acik 
dah kepasar Siti Khadijah
beli kuih .beli sikit2 je
tapi kan.sekali masuk kete
mak ai..banyaknya bungkusan kuih.
sepanjang 12 jam perjalanan
yang cuma berhenti solat dan isi minyak kereta tu
susut jugak bungkusan tu hi hi
sampai tak berhenti makan tengahari la
kenyang dengan pelbagai jenis kuih.
oklah..nanti2 acik nak melawat rumah
kawan2 semua..seminggu tak baca
rindu jugak acik
jumpa lagi,In Syaa Allah.

Thursday, September 11, 2014

"NAK MARAH KE NAK GELAK" CE BANTU...

Assalamualaikum

Bila dah usia emas
dan dah lama kawen macam acik ni la kan
ada je yang buat kita kadang2 rasa nak marah
kalau acik cakap  suara kuat mesti orang akan kata
garang nya bini dia..betul tak
walau pun marah2 kita tu dalam gelak.
kadang acik telefon sampai 16 kali tak berangkat
kena la acik pi merayau pusing2 cari dimana parking
sekali nampa elok je berdiri dekat kete tu
bila tanya..apasal tak angkat telefon
boleh dia jawab..eh ada telefon ke tadi
lepas tu tengok telefon..ye la..
tadi ada dengar lagu..eh..sedap pulak lagu ni
sabooooo je la.
lepas tu..yang acik nak pergi tempat lain
kemudian..acik nampak signboard
"MUTHU CURRY HOUSE"
saja la acik baca sebab sebelum tu tak pernah nampak
tiba2 dah terlajak tempat yang acik nak pergi
dah sampai kedai muthu tu.
acik cakap..acik bukan nak pergi sini..nak pergi kedai lain
padahal dah cakap tadi kan..hu hu hu
logik la sikit..nak buat la acik pergi kedai muthu tu kan..
adui la hai..
tadi bos ada bercerita sambil gelak2
dia jumpa bos..telefon bunyi..boleh dia cakap
puan telefon bunyi tu angkat la dulu
Eh..bukan telefon en.j ke bunyi
ohh ye ke.katanya..
macam mana nak buat tu..
sabo je leee kan..

Wednesday, September 10, 2014

MAKAN ITU JEEEE

Assalamualaikum
Hari Ahad balik dari Batu Pahat
sampai rumah tengahari
pergi dapur tengok bang ngah sedang makan
alahai..kesian lak acik tengok
masak nasi..kemudian goreng sosej ngan daging burger
bila acik nampak..terhangus pulak mak..katanya
tu la perangai budak bang ngah ni
kalau abang..lapa je..siap..terus keluar beli dikedai
atau pun kalau ada kawan..dia makan dikedai
si angah ni lain..sanggup dia masak nasi goreng telur
 ngan kicap pun jadi
susah beno nak makan dikedai kalau masa cuti
kalau waktu kerja tu..tak boleh buat apa dah
kalau tak lapoo la kan.
itu la kita mak mak ni kan..
kalau boleh nak senangkan hati semua anak2
tapi tak mampu dah..
anak nya tak apa2..mak pulak yang lebih2 kesian
 dan sedih tengok dia makan macam tu je
ok lah..jumpa lagi,In Syaa Allah.

Monday, September 8, 2014

"PUTU BAMBU SPECIAL"

Assalamualaikum
6hb.9 dah hantar balik bujang acik sorang ni
selepas bercuti 2 minggu.
masa dia cuti ada la kawan acik dan ayahnya pi kenduri
dan jalan jalan cari makan.
masa hantar..dia kata belum ada pi Ayer Hitam
ok lah..jom kita pergi kata ayah
dapat la merasa putu bambu special yang ada jual di sana
rasanya memang betul2 sedap
harus diulang lagi setiap kali pi hantar hero acik ni
tak tau nak cerita kelainannya
dengan putu bambu  yang lain..
cerita putu bambu untuk hilang lan pening ni
hari ni pening kepala sikit
komputer opis..demam..
semua icon menyuruk..
yang peliknya bila acik hantar kekedai
elok je semua tu muncul.
esok..orang tu pesan bawak monitor pulak
kot monitor yang problem.
sabo je la..
ojklah jumpa lagi,In syaa Allah