Pages

Sunday, December 22, 2013

DAH 6 KALI??


Assalamualaikum
dah 6 kali acik buat ni
jangan tengok pada rupa hi hi
tak sangka pulak anak ngan ayah sama2 suka.
mak je tak berapa nak lalu makan
sebab banyak cheese.
resepi acik ikut dari blog norsecubitgaram
terima kasih nor.

Wednesday, December 18, 2013

LENGKUAS VS SENGKUANG

Assalamualaikum
(gambar ehsan google)
 ni gambar sengkuang kan
ni pulak gambar lengkuas

yang acik suruh hero sulong acik beli lengkuas
yang dibawak balik sengkuang
jauhnya la hai anak oii
sabo je laaa.bukan salah dia
tak kenal antara sengkuang dan lengkuas
acik tak tunjuk gambar.

Monday, December 16, 2013

RESEPI 1- NASI GORENG

Assalamualaikum

Habis je periksa 5hb 12 tu..
hero bongsu acik kata nak belajar masak
tapi..disebabkan Sabtu Ahad sibuk ngan kenduri
rancangan tergendala sebentar
cuma semalam baru berkesempatan
permintaan dia nak belajar masak nasi goreng
semalam bermula la resepi pertama dia
acik cuma sebut..cili api banyak mana..
bawang putih berapa biji
bawang merah berapa biji
ikan bilis banyak mana dan telur berapa biji
semua hero acik sediakan..
sampai la ke menumbuk
acik bagi tau dia..nasi goreng nak sedap 
semua kena tumbuk..
tak boleh guna blender ha ha..dia ikut je.
.mula2 acik kata tumbuk cili..
kemudian masukkan bawang putih
bawang merah dan last ikan bilis..tumbuk kasar.
semua dia buat..acik cakap je..best betul..
dah siap tumbuk..keluarkan cili tu..letak air sikit kat lesung..kemudian
tuangkan air dari dalam lesung batu tu kedalam cili tadi.
tu petua nak masakan jadi sedap..
adui..lucu pulak..tu petua mak acik dulu..
acik pun turun kan ke anak acik pulak..hi hi..dia ikut semua
dah siap ajar semua minyak banyak mana
marjerin tambah 2 sudu.
acik tengok dia menggoreng
mengacau..lepas tu..
mak..lengoh..katanya ..ha..tu la..tau pun adik
masak bukan senang tau..
dah masak..terus makan..seronoknya dia
sedap mak...sama rasa macam mak masak..katanya
kemudian dia kata..lepas ni nak belajar
buat lepat pisang..badak berendam
ish ish ish..biar betul hero acik ni
belajar le buat kek ke..cupcake ke
ini tidak..kuih2 lama tu yang dia nak belajar
ok dik siap..bila2 lapang tak de kenduri
kita mulakan operasi..
oklah la..nanti bila jadi acik kongsikan
jumpa lagi,in syaa allah

Saturday, December 14, 2013

SAMBUT MENANTU

Assalamualaikum
Majlis sambut menantu
Tapi bukan acik..acik belum lagi
 Sibuk kenduri disebelah lelaki (along)
Sikecik ni pun ikut sibuk.

Thursday, December 12, 2013

SAHABAT

Assalamualaikum
Sumber dari instagram

Wednesday, December 11, 2013

SERAI/PEHA AYAM

Assalamualaikum
serai peha ayam
ce tengok peha ayam tu..sama tak

Tuesday, December 10, 2013

KENANGAN YANG TAK BOLEH DILUPA

Assalamualaikum
cerita hero acik lagi.
untuk kenangan dia juga nanti
dia kata..lain lak rasanya 
dah 3 hari tak pegang pen.
acik tau..dia mula rindu suasana di dorm
sedih pulak acik tengok
Tu la dik..dulu mula2 suruh dok asrama
kemain susah..sekarang tau
seronoknya ramai kawan
mula2 berpisah..memang la rindu
tak pe..adik sibukkan diri dok rumah
sapu lantai..mop
sidai kain..lipat kain
mak bukan ambik kesempatan tau hi hi






Gambar rakan rakan sekelas
masa study dibilik LK
masa hari graduasi..bermain gitar..





di UPM hari konvo cik gu kelas 
dia bawak satu kelas
untuk bagi semangat.
ok lah jumpa lagi,in syaa allah.

Monday, December 9, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU ALONG

Assalamualaikum


Alhamdulillah dah selamat along bergelar suami
along anak sulong abang acik
anak sedara acik le

Friday, December 6, 2013

MERDEKA

Assalamualaikum



(habis baju sekolah diconteng)
Merdeka dah hero acik
semalam dah ambik
tiba tiba malam tadi maknya lena tidur.

Wednesday, December 4, 2013

SEMOGA DILINDUNGI

Assalamualaikum
Hari Jumaat lepas..ada kakitangan
 diopis acik meninggal  AlFatihah
Tiba tiba tadi ada staff dari kementerian kesihatan
 datang masing masing dah risau.
apahal ni.denggi ke
tak kan datang tengahari..
rupa rupanya..arwah ada tibi..
jadi semua staff diopis acik kena buat saringan
kena xray la katanya
risau jugakan..mudah2an kami semua dilindungi.
jumpa lagi,In syaa Allah

Saturday, November 30, 2013

AISKRIM DURIAN

Assalamualaikum
Anak teringin nak makan aiskrim durian
mak dah terbeli aiskrim matkool
untuk penyelesaian
mak beli je durian
makan la dengan aiskrim
jadi la aiskrin durian
tak gitu?


MINI GA KAKNI EDISI TUPPERWARE


Assalamualaikum
acik memang minat sangat 
dengan tupperware eco ni
mana tau kan ada rezeki.
meh ramai ramai kita meriahkannya.
untuk menyertai baca syarat2 dibawah,


















syarat syarat penyertaan
1. Terbuka kepada blogger yang ada alamat di Malaysia sahaja.
2. Anda mestilah follower blog kakni; goncar.blogspot.com
3. Like FB page KakNi; KakNi Shoppe (preferable) atau pd yg tiada FB, FOLLOW blog Kakni Shoppe di goncar-mall.blogspot.com
4. Letakkan banner di atas di dalam entry penyertaan anda
5. Letak tajuk Mini GA KakNi Edisi Tupperware di dalam entry penyertaan anda
6. Letak link entry penyertaan anda di ruangan komen entry ini
7. Tempoh penyertaan GA: 28/11/2013 hingga 6/12/2013

Friday, November 29, 2013

BERLONGGOK DAAHHH

Assalamualaikum

Petang semalam hero acik telefon
suruh ambik..nak kena balik
katanya..warden suruh balik
sebab dewan makan cuti..
hari ahad nanti kena hantar semula
untuk 3 hari lagi peperiksaan dia.
tu la sebahagian dari barang yang dah dibawak balik
ni kali kedua acik bawak barang2 dia balik
lepas ni kena kemas pulak
mana la acik nak letak lagi.
mau buku tingkatan tiga kena jual juga ni.
dulu tahun 2011 selepas PMR
acik yang jual novel ke lori paper lama.
bila buku SPM dah balik ni..yang PMR pulak la kena jual
kalau tak buat macam tu tak de tempat nak letak.
oklah..jumpa lagi,In syaa Allah.

Wednesday, November 27, 2013

EMOSI

Assalamualaikum
Tadi..acik baca blog zai..yang dah lega
sebab adik kertas akhir hari ni.
terharu acik baca kesungguhan adik
belajar..sampai ke masjid.
sebenarnya itulah yang acik rasa
acik sedih sangat bila tengok kesungguhan
hero bongsu acik..kalau asrama
dia akan tidur awal..tapi
akan bangun semula untuk solat
malam/hajat jam 3 atau 4 pagi
sebelum mula ulang kaji
kalau dirumah waktu cuti
dia akan tidur jam 2 pagi..untuk ulang kaji
dan solat dulu sebelum tidur.
hari Isnin dan Khamis dia akan puasa sunat
tu yang buat acik sedih sangat
melihat kesungguhanya untuk berjaya.
sebelum acik diserang gastrik yang teruk ni
memang acik yang akan berpuasa
tapi keadaaan tak mengizinkan sekarang ni
dia berpuasa sendiri.
acik dah tengok kesungguhan dia
acik tak pernah paksa dari dia upsr sampai ke pmr
semuanya atas usaha dia sendiri
terima kasih pada yang sama sama
mendoakan hero acik.
apa pun keputusan dia acik akan redha dan
berpuas hati..tambah lagi bila melihat
kesungguhan dia..
acik mohon pada Allah s.w.t semoga
memperkenankan doa2 hero bongsu.
ok lah..emosi pulak acik menulis ni
jumpa lagi,In syaa Allah

Tuesday, November 26, 2013

LAGI 3 HARI...

Assalamualaikum
Alhamdulillah bertemu lagi kita..
walaupun lama juga acik bercuti menulis
memula anak tak sihat..lepas tu mak.
tu yang tak mampu nak menulis
rindu jugak nak baca tulisan kawan2
yang selalu menceriakan suasana
dan boleh buat acik senyum sendiri.
minggu depan lagi 3 hari
2hb.3hb.dan 5hb.12.2013
hero acik menjawab soalan peperiksaan
lepas tu baru la dia merdeka.
buat sementarakan..in syaa allah

Thursday, November 7, 2013

ALHAMDULILLAH DAH BOLEH SENYUM

Assalamualaikum
Terima kasih pada semua
yang bermurah hati turut sama
mendoakan hero bongsu acik

petang semalam acik pi sekolah
Alhamdulillah dah berkurangan
senang hati mak nya ni
nampak muka dah cerah
dah boleh senyum.
cuma tak boleh lasak.
bergerak banyak sangat..
mudah penat katanya.
semalam acik bawakkan
 madu+ telur ayam kampung
bagi dia minum..Alhamdulillah
sebab semangat kuat nak sihat untuk periksa.
dah dua hari acik pi sekolah hantarkan madu+telur tu 
elok je dia telan..tak tolak pun
kalau acik pun tak tertelan mentah2 tu.
Terima kasih sekali lagi.
jumpa lagi,In syaa Allah

Tuesday, November 5, 2013

RISAU..DOAKAN YANG TERBAIK..

Assalamualaikum
Salam Maal Hijrah kepada semua
Acik juga mohon doakan 
hero bongsu acik ..Muhammad Aimi
supaya sihat dan dapat menjawab 
peperiksaan dengan tenang
pagi pagi dah telefon..tak sihat rupanya..
demam batuk dan selsema
kejap lagi nak pi ambik dia bawak klinik juga
dia tak mau ..tak nak makan ubat 
nanti mengantuk katanya.
jumpa lagi,In Sya allah

Monday, November 4, 2013

JEMPUTAN KENDURI

Assalamualaikum
semalam acik ke Tanjung Karang
lebih tepat lagi ke sini

Jemputan dari kawan acik
kenduri kawen anak sulung dia.
acik dah lama kenal dengan bapa pengantin ni
dari tahun 1983 sama satu opis
di Sungai Burung
acik dah kawen masa tu..tapi dia masih bujang lagi
tahun 1998 pindah ke airport Subang
sama juga..kemudian ke KLIA..
tahun 2006 awal tahun dia pindah
 semula ke Tanjung Karang
buat rumah di kampung Sri Tiram Jaya
dan acik  mintak pindah ke Seremban.
lama kan..tu yang acik pergi
juga memenuhi jemputan kenduri dia
 tapi tak de gambar la..
kalau dah jumpa kawan2 lama 
memang acik selalu miss 
nak ambik gambar seronok
 sangat berborak sampai lupa semua 
kecuali hero bongsu acik ada
baru acik ada gambar
sebab hero bongsu acik tu..senyap2 je
tah bila2 masanya..dia ambil
tapi selalunya ada je gambar 
acik nak kongsikan disini.
oklah jumpa lagi,In syaa allah

Saturday, November 2, 2013

AL FATIHAH

Assalamualaikum
semalam 01/11//13..ada dua berita
yang acik terima..
pertama kembali ke rahmatullah
suami kawan acik
acik sempat melawat arwah dirumah..
kemudian dapat telefon lagi
dari kawan yang sama kerja di KLIA dulu
kawan yang muda setahun dari acik
meninggal mengejut.
pagi tu pi keluar bersarapan
dengan suaminya
lepas sarapan mengadu sakit dada
katanya..terus rebah
dibawa keklinik.
arwah menghembuskan nafas terakhirnya
diklinik..dah sampai masanyakan
yang buat acik teringat dan terbayang
dan rasa sangat sedih..sebab
kasihankan anak tunggalnya
yang akan menghadapi 
peperiksaan SPM..hari Rabu nanti
Anak tunggal perempuan arwah
sebaya dengan anak bongsu acik
masa sekolah rendah pun sama sekelas dengan
hero bongsu acik..
semoga anak arwah tabah dan dapat
menghadapi peperiksaan dengan tenang.
ok lah jumpa lagi,In syaa allah

Thursday, October 31, 2013

CEKODOK=JEMPUT2 KELAPA

Assalamualaikum
Semalam balik kerja
en.suami acik terus keluar..
ingatkan kemana lah
rupanya pi beli kelapa parut
nak minta acik buatkan
 cekodok kelapa..
 cekodok kelapa ni..masa menggoreng
memang menggoda betul
wangi bau kelapa digoreng tu
sambal tempoyak acik ada lagi pulak tu
memang ngam betul 
cicah ngan cekodok kelapa ni.
(Tijah..memang pun cicah samba tempoyak.)
nak buat cekodok ni senang je.
sebiji kelapa parut..kelapa inti tu
tambah tepung sikit je untuk melekat dia
bancuh ngan air sikit dan garam
kalau acik itu je..
tak letak bawang.. ikan bilis bagai
sebab nakkan bau kelapa ori..masa menggoreng tu
oklah jumpa lagi,In syaa Allah

Wednesday, October 30, 2013

WW

Assalamualaikum
(bubur Gandum)

Monday, October 28, 2013

LUPA YANG MEMALUKAN

Assalamualaikum

Tadi baca blog pak ngah komensen
nak tau apa ceritanya..kena ke Blog Pak Ngah
Acik pernah juga terlupa yang paling memalukan acik la
nasib la masa tu malam..
acik nak ke klinik..yang tak jauh dari rumah
biasa la..gastrik..kalau dah tak tahan sangat pedih perut
pedih ulu hati..mesti nak pi klinik.
naik moto je..tak pakai topi keledar pun..
belum jauh lagi..acik rasa macam angin kuat sangat..
acik pegang kepala..la...terjerit acik
pusing balik..pusing balik..
en.abang acik pun terkejut jugak..mulut tanya kenapa..
tapi tetap jugak pusing..
Acik lupa tudung daaaa..nak cepat sangat..tu la pasal
ish2..en.suami pun boleh tak perasan..
ok lah..jumpa lagi,In Syaa allah

Sunday, October 27, 2013

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum
Semalam acik ke KPJ melawat dik irfa
risau juga acik..ye la kan..
sampaikan platlet darah dah turun macam tu pun tak perasan yang dia demam katanya..
pi kpj sebab rasa sakit belakang
bila doktor periksa..doktor kata denggi
dari hari selasa..tak tau berapa botol 
dah masuk air katanya
(gambar dari fb irfa.)
jumpa juga sikenit comel ni
masa umminya di ward..tinggal dengan pengasuh
sian dia..nasib la..budak baik
elok je dia tinggal dengan 'kak long'
panggilan irfa pada yang tolong jagakan anak2 dia.
semoga cepat baik ye irfa.
 minum air masak banyak banyak
oklah..jumpa lagi,In syaa Allah


Thursday, October 24, 2013

MOHON PENCERAHAN

Assalamualaikum
Hari Deepavali Sabtu 2/11/2013 ke..
hari Ahad 3/11/2013
dalam kalendar kuda yang selalu acik gantung
dirumah tu..2/11 hari Sabtu..
tapi ada satu lagi kalendar dan dalam diari
jabatan  3/11/2013
kalau 3hb,tu kan Ahad..hari isnin
 tu tak perlu ambik cuti kan
sebab hari selasa tu cuti Awal Muharram
dalam minggu ni baru perasan
 ramai yang tak de di opis ni nak bertanya
acik tanya en suami petang semalam
entah..mana satu yang betul..
katanya.. saja je kan.
boleh bantu acik..terima kasih acik ucapkan..
oklah jumpa lagi,In Syaa Allah.

Saturday, October 19, 2013

AKHIRNYA NASI AYAM JADI GANDINGAN AYAM BBQ

Assalamualaikum
Terima kasih pada semua yang 
meninggalkan komen
dan bagi cadangan
di n3 acik tentang BBQ dan gandingan nya tu
hero bongsu acik telefon
bagi tau..
"mak.. cik gu minta tolong 
masakkan nasi lemak..katanya
kemudian cik gu pulak telefon,
acik bagi tau cik gu
acik tak masakan nasi lemak
tapi tolong masakan nasi ayam ngan
sup ayam je..lagi sesuai makan ngan
ayam BBQ tu kan.
dah siap masak dan dah pun
 dihantar kesekolah jam 6 petang tadi
oklah  jumpa lagi,Insyaallah

WANITA

Assalamualaikum
(sumber dari fb)
macam2 kan..sian la
wanita dah usia macam acik ni hi hi

Wednesday, October 16, 2013

WW

Assalamualaikum

 



Sunday, October 13, 2013

SELAMAT

Assalamualaikum
\
gambar dari google(terima kasih)

Saturday, October 12, 2013

HARI GRADUASI

Assalamualaikum
Hari Graduasi katanya
Jumaat semalam 11/10/2013.
Periksa pun belum.
pandaikan sekolah2 sekarang ni bagi
 semangat dengan murid murid
yang nak periksa
Pengetua siap tepuk2 bahu bagi semangat
bila acik tanya
cik gu cakap apa dik
entah tak dengar katanya..
bertuah punya murid kan
Semoga berjaya Adik
Berusaha,berdoa dan tawakkal
In Syaa Allah

Friday, October 11, 2013

BBQ..GANDINGANNYA???

Assalamualaikum

gambar masa bulan syawal
acik tak tau la pulak..
hero bongsu acik ni dengan cik gu dan
 kawan2 sekelas ada group whatsApp.
hari  Jumaat lepas..dia kata..
sebelum periksa SPM ni
cik gu nak buat BBQ..nak bagi anak murid
seronok makan2 dulu sebelum periksa
cik gu dah tengok gambar aimi 
sedang bakar ayam tu katanya
lepas tu cik gu suruh tanya mak
ayam bakar ni nak makan dengan apa.
Alamak..acik pun tak tau
ayam ni gandingannya apa
acik dulu main bantai je..
makan je la dengan apa yang ada
acik minta tolong dari kawan2 semua
tolong bagi idea..
apa yang sesuai nak makan dengan ayam bako ni
nanti..baru acik jawab dengan cik gu tu he he.
Terima kasih semua
jumpa lagi,In syaa Allah