Pages

Showing posts with label smoothie. Show all posts
Showing posts with label smoothie. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

DURIAN BELANDA/DURIAN MALAYSIA

Assalamualaikum

Masa tengok diblog Amie..
smoothie Durian Belanda
dah teringin sangat nak buat
tapi susah nak dapat Durian belanda
Baru baru ni terjumpa la
ada orang jual



Tapi kan..punya la mahalnya..teringin punya pasal
beli sebiji kecik tu harganya RM8.50 
Sekilo RM12.00
Tapi dah 5 hari tak masak2
dah berubah warna pun jadi hitam
mengidam lagi la anak tekak ni(ikut kata (Ati)
 nak minum smoothie
durian belanda.
(gambar ehsan google)

Durian Malaysia ni pun tak semahal itu kan
Agaknya sebab datangnya dari Belanda
menyeberangi lautan
naik kapal terbang lagi
tu sebab mahal.

Jumpa lagi,Insyaallah

p/s terima kasih pada semua yang 
       meninggalkan komen disini


Saturday, November 26, 2011

SMOOTHIE STRAWBERRY - TERIMA KASIH AMIE.

Assalamualaikum


Semalam kawan bagi strawberry
biasanya hero acik suka makan dengan gula 

Tapi semasa baca blog Amie..ada pulak dia buat smoothie
acik panggil hero bongsu
dia salin resipi.
Hari ni..ajak ayah pi kedai beli susu segar dan yogurt..
yogurt asli tak de pulak dikedai tu..dia beli yang 
perasa strawberry

Ini lah hasilnya..
smoothie strawberry buatan hero bongsu.
suka betul dia..sedap..katanya.
nanti mak beli mangga ye
nak buat mangga pulak..dia kata.
 Jemput minum