Pages

Showing posts with label hari lahir. Show all posts
Showing posts with label hari lahir. Show all posts

Friday, June 1, 2012

SELAMAT HARI LAHIR

Assalamualaikum
 Nasi beriani cara acik la ni
 rendang daging
Dalca sayur campur daging tetel

Alhamdulillah sempat jugak acik masak ni tadi
untuk menjamu en.suami dan anak anak 
dihari lahir ayahnya.
1hb.Jun ada lah tarikh lahir en.suami
semoga en.suami dikurniakan kesihatan yang baik
dah dirahmati Allah.
semoga terus menjadi ketua keluarga 
yang baik buat kami semua.

Insyaallah..Ameen.

(p/s patut le semua gambar acik gelap..rupanya flash di kamera henpon ni off.he he)

Friday, March 16, 2012

Dah bosa anak omak

Assalamualaikum


16hb.Mac, 16 tahun yang lalu
selepas subuh acik ditolak ke bilik bersalin
dan jam 2.30 petang selamat melahirkan hero bongsu
Alhamdulillah dah 16 tahun umur hero acik ni
Selamat hari lahir Muhammad Aimi
semoga menjadi anak yang solleh.
Tabahkan hati,kuatkan semangat
teruskan kehidupan sebagai pelajar
walaupun adik diasrama. mak dirumah..
mak tetap sayang adik..tak mau nangis lagi setiap kali nak balik asrama ye
adik  dah besar.dah 16 tahun..
mak hantar adik keasrama bukan sebab tak sayang..tapi demi masa depan.

Doa mak sentiasa mengiringi semua anak anak mak
semuga adik sentiasa dirahmati yang Esa.
update gambar kek
acik tempah ngan anymz

(sorry nim comot sikit boleh nampak kan tebal mana,terima kasih banyak2 sedap
bangah yang paling cerewet tu pun makan kata sedap)

Wednesday, June 1, 2011

SELAMAT HARI LAHIR

Assalamualaikum.
Gambar suami akak..selepas 6 tahun kawen ngan akak
elok je kurus lagi kan


Gambar diatas ni selepas 29 tahun berumah tangga.
akak pun tak tau la..
salah siapa la ni..boleh jadi macam ni
Kesian kat dia..
Kalau akak ada la 3 kali perut akak jadi macam tu..selepas melahirkan
alhamdulillah kecik balik

Tapi suami akak ni tak dapat la akak nak menolongnya..
dok macam tu je
tak kempis2.

Sebenarnya hari ni ialah hari lahir suami akak
Akak sentiasa mendoakan yang terbaik buat suami akak
semoga dirahmati allah sentiasa dan diberikan
kesihatan yang baik.
Terima kasih kerana sentiasa menjadi suami yang baik dan
bersabar melayan akak hingga kini.