Pages

Sunday, March 27, 2011

TETAMU DI PAGI MINGGU

Asalamualaikum.

Hari ni akak ada tetamu untuk bersarapan pagi.
kawan akak dari Tanjung Karang..
Semalam dia sampai dari Tanjung Karang..
macam biasa tengok anak di UITM kula pilah
Bila dia Talipun malam tadi..akak bagi tau dia..
esok pagi..jangan sarapan dikedai
datang je rumah akak
untuk bersarapan.
Menu akak untuk menjamu kawan akak 
bersarapan pagi
ringkas aje.
Nasi Lemak dan Pulut kuning
dimakan dengan sambal daging,sambal bilis dan sambal udang.

 kawan akak dengan dua anak daranya..dua dua di uitm.
seorang di shah alam dan sorang lagi di kuala pilah.
 Sekeluarga sedang bersarapan, suami,anak lelaki dan dua anak perempuan dia.
Alhamdulillah..anak2 kawan akak masih lagi suka dan seronok bila kata nak datang ke rumah akak.
tak sabar2 kata maknya.
walaupun dah 13 tahun akak tinggalkan Tanjung Karang.
Tak lupa jugak bawakkan akak 
Buah sukun..kawan akak tau akak suka sangat makan buah sukun
Tak ketinggalan kerepek sukun.Terima Kasih banyak 
pada kawan akak
yang tak pernah lupa apa yang akak suka makan.

Saturday, March 26, 2011

REFLEKSOLOGI

Assalamualaikum..

Tajuk tu bukan bermakna akak nak buka 
kedai refleksologi ye..
Ada ke yang pernah buat..urutan refleksologi ni

Akak hari ni teringin pulak nak buat
sejak dua menjak baju baju dalam lemari banyak yang dah mengecut ni..
tapak kaki akak selalu sakit

pagi tadi..tempat buat tu belum bukak..akak dah tunggu
datang aje orang dia akak terus buat..
masa tu tak la rasa sakit sangat..

tapi tak sangka kan..bawa ke petang..seluruh badan rasa letih..mata pun mengantuk je.
macam urut satu badan pulak..
akak ingatkan tapak kaki aje..yang akan rasa sakit..sebab yang diurut kan tapak kaki..

Nampak gayanya minggu depan akak kena pi buat lagi sekali nak tengok macam mana pulak tindak balas nya.

Friday, March 25, 2011

CUCUR/CEKODOK MAGGI

Assalamualaikum

Dah lama rasa nak buat cekodok maggi ni..sejak baca kat blog azi.
tapi minggu ni..rasa tak berapa sihat.
en.suami pun sama..suara pun dah hilang
batuk batuk lagi.
tapi balik kerja tadi..buat jugak..nak sangat rasa
sebab tak pernah makan..
memang sedap..cicah sos..
terima kasih azi.

Azi..izinkan akak kongsikan resepi Azi disini ye..
resepi azi 1 bungkus maggi.
tapi akak kena buat 3 bungkus ..kalau akak buat satu bungkus..
jawabnya dapat rasa aje la..
terima kasih sekali lagi azi..anak2 pun suka..sedap katanya.



Cucur Maggi
resepi asal dari azi
Bahan-bahannya.

I bungkus Mee Maggi ( Dicelur dan ditoskan)
1 biji telur ayam
sedikit rempah kari ayam atau daging
sedikit gula dan garam ( ikut rasa)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicincang)
1 labu bawang besar (dipotong nipis)
1 biji cili besar (dipotong halus)
Sedikit udang hidup (dicincang)
Sedikit tepung jagung

Cara membuatnya:

Maggi yang dicelur dimasukkan dalam satu bekas. Masukkan telur ayam, rempah kari, dan semua bahan-bahan di atas. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan air. Gaulkan sampai boleh dibentuk bulat. Goreng sampai warna keperangan. Angkat dan boleh dimakan bersama sos cili .

Monday, March 21, 2011

KALAU DAH REZEKI


Assalamualaikum..

Baru N3 lepas akak cerita pasal durian mahal sampai RM20.00 sebijji kan..
Tak sangka betul
itulah dia kalau dah rezeki..
Abang yang dikampung tu..kirimkan dengan anak sedara 
suruh hantar kerumah akak
8 biji durian.
Alhamdulillah..alhamdulillah..itu lah dia..
kalau dah rezeki..
esok balik kerja..bubur jagung lagi le 


Alhamdulillah jugak..hero bongsu akak dah baik demamnya..
dari hari sabtu pergi klinik..
hari ahad..nampak teruk sangat..pergi lagi
pagi tadi bawak lagi..
malam ni...dah nampak kurang..
dah boleh makan dia walaupun sikit.
siap dia boleh cakap..
'rasa lamanya aimi tak makan'
kesian..orang kuat makan sesekali tak de selera..
lama sangat la dia rasa tak makan nasi..

Minta maaf..akak tayang gambar durian tu.bukan nak menunjuk nunjuk..
cuma nak bagi tau..kalau rezeki dari allah tu datang tanpa kita jangka.
maafkan akak ye..

Friday, March 18, 2011

BUBUR JAGUNG DURIAN

Assalamualaikum

Dari semalam akak cuba nak upload gambar ni ke FB..
sampai sekarang pun tak boleh juga
baik masuk kat blog je la.

Sebenarnya buat bubur ni semalam
masa balik kerja nampak orang jual durian
bagi tau suami..buat bubur jagung durian sedap nikan.
semalam hari khamis..akak puasa..
suami dengar pun tak sampai hati agaknya kan..
diapun pi belikan jagung 5 tongkol..
akak pun terus la hiris nak buat bubur
dah siap santan semua..akak pun masak le kan..sementara suami pi cari durian pulak..
dia bawak balik durian sebiji..
akak pun tanya le..harga..sebab dia beli sebiji je..
dia kata..sebiji ni RM20.00.
Terkejut akak..kecik je..bukan besar pun..
akak kata..kenapa beli jugak..mahal tu.
tak pe la nak makan katanya..
Aduhai..semalam akak dah makan bubur jagung yang mahal.
Kalau orang lain mungkin tak kisah kan..tapi pada akak
20 ringgit tu mahal la..
sebab akak biasa makan durian free je..
abang akak ada dua orang yang ada dusun durian dikampung nya.
bila berbuah..mesti talipun akak suruh datang..
sekali datang..dah tentu sebonet kete bawak balik.

Tapi tak pe la..alhamdulillah..rezeki akak semalam..dapat jugak makan.
Terima kasih pada suami akak yang belikan jugak durian tu walaupun sebiji 20 ringgit.

Wednesday, March 16, 2011

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU

Assalamualaikum..

16mac2011,genap usia hero bongsu 15 tahun
akan mengambil PMR
tahun ini.
pandai berazam..untuk mendapat 8A.
Alhamdulillah ada keinginan..
mak ayah cuma bagi semangat dan dorongan.






anak yang berani mencuba..apa saja pertandingan yang sekolah buat
teringin turut serta..ada masa terpilih dan ada masa tidak.
baru baru ni..maknya cukup terharu  dan rasa simpati..tapi nak buat macammana
salah mak jugak..
balik dari sekolah..dia bagitahu nak masuk tilawah
beberapa hari kemudian..bagitahu lagi..
emi tak terpilih..katanya..
markah tarannum sikit.
memang akak sedih dan kesian ngan dia..
akak belum pernah hantar di kekelas tarannum..cuma tajwid aje..
tu yang dia kata..tajwid dapat 37/40..tapi tarannum cuma dapat 27 aje..katanya.
kesian..tapi takpe la dik. insyaallah nanti mak hantar juga.

Selalu jugak bercerita..kawan kawan dia dapat adik kecik..dan siap bergambar dengan adik kecik lagi..
Alahai anak omak..yang tu..mak tak dapat nak tolong
dah terlewat..emi memang dah dilahirkan sebagai nak bongsu.

Selamat Hari Lahir Anakku.
harapan mak semoga menjadi anak yang solleh dan berjaya dalam hidup
serta dirahmati yang maha esa.

Monday, March 14, 2011

SUSPEN..TAPI BUKAN LEBAI MALANG..

Assalamualaikum..

Semalam..akak pi kenduri kahwin di dewan tabung haji...
akak sampai jam 12..ingat kan sedang elok je..sekali sampai dewan kosong lagi..suspen..
lepas tu baru nampak mak pengantin dan adik beradik dia..
rupanya nikah terlewat sikit..
sebab ada kursus haji..

Balik dari sana..terus keseremban jaya..ada kenduri jugak..
bila sampai kakak dan isteri tuan rumah kata..makan la..
akak pun ambik pinggan letak nasi.
sekali kan..terdengar la ditelinga akak ni..orang tahlil tak habis lagi..
aduhai..malu setahun akak..
rupanya di situ pun lewat jugak.
akak ingatkkan akak sampai jam 2,30 tu..dah lewat dan dah selesai semuanya
terus akak letak balik nasinya tunggu selesai..baru makan..
nasib baik jugak bukan akak sorang..ada adik dan kakak sama..
kurang sikit malunya..tapi tetap juga malu..

Gambar ni kan..tak de kena mengena dengan cerita pi kenduri..cuma dalam minggu ni..tenet teramat la perlahannya..lebih perlahan dari siput kot..
jadi akak asek memikirnya..macam gambar tu la..
jalan pun asek fikirkan tenet slow.
akak rasa keciwa betul..banyak blog yang akak selalu singgah
 tak dapat baca.
dalam list..tunjukan ada n3 baru..bila akak buka nak baca..tak boleh..laaaammmmaaaaaa
sangat tunggu tapi n3 nya tak muncul..
sabo aje la nak buat camana kan..
(sebenarnya akak pun tak perasan bila kawan ambik gambar ni
masa keje luar ngan dia)

Saturday, March 12, 2011

JOM MAKAN..

Terima kasih Adinda Amy sensei,kerana menghadiahkan kad yang cantik ni.


Assalamualaikum..

Hari ni.akak tak masak yang bersantan.
masak yang rebus dan kukus je..
tapi kan..betul la ..anak2 ni.
bila akak masak macam ni..tak reti dia nak makan dengan nasi
dimakannya macam tu aje..kecuali ikan pekasam aje..yang makan ngan nasi..
dah macam tu..akak masak lagi..
masak lomak cili api daging.

Ikan pekasam goreng,campur cili dan bawang.
ikan siakap kukus..ikut resepi azi.
Tomyam..tengok kat blog nieza..teringin pulak nak masak tomyam.
lama dah tak masak tomyam ni..

Baca pulak blog mokwonik..ada lepat pisang..buat jugak.

Itulah untung nya rajin baca blog ni..boleh dapat idea..masak memasak ni.
terima kasih semuanya.

Wednesday, March 9, 2011

RASA DIHATI..NAK MERAJUK..

Assalamualaikum..


Akak buat cerita ni..bukan la.nak menceritakan keburukan diri sendiri atau adik beradik akak..
cuma nak lepaskan rasa sedih  dihati akak
rasa macam dah lelah..
tapi..akak tau..akak ni adik..perlu mengalah..beralah..dan bersabar

Akak kan pernah cerita.akak ada lima abang..dan akak tau kelima lima abang akak tu..sayangkan akak
akak memang tak pernah kena marah..dengan abang abang
apa lagi arwah bapak akak dulu.

Hari sabtu lepas kan akak ada buat kenduri sikit..
abang akak ada sorang yang tak datang.
akak pun heran jugak..apa yang tak kena
abang akak yang ini..memang kuat merajuk sikit sejak dah tua tua ni.

Rupa rupanya..abang akak ni merajuk lagi..
sebabnya..masa datang kerumah dia untuk menjemput..suami akak yang bercakap..
akak masa tu..sibuk bercakap dengan akak ipar..dan anak2 sedara.
jemput dia orang datang..
dia kata..sepatutnya akak yang bercakap..dengan abang akak tu..bukan suami akak,

Aduhai..sedih betul akak..akak rasa nak merajuk pulak dengan dia..tak mau pergi dah rumah dia..biar dia rasa kehilangan adik dia yang sorang ni..

Akak tau..abang akak ni..memang sayangkan akak lebih dari adik2 dia yang lain..
akak kata macam tu..sebabnya..
kalau dia nak bagi apa2..mesti akak lebih dari yang lain.

pernah sekali tu..musim buah dirumah abang..anak2 dia nak petik buah..dia tak bagi.
.sebab katanya belum betul2 masak.
tiba2 petang tu akak sampai..terus dia pergi petik buah2an yang dia kata belum masak tu..
sampai anak sedara akak secara bergurau berkata..
tadi ayah kata belum masak..bila adiknya dah sampai..masak pulak..
ooo anak tak boleh..adik boleh pulak ye..katanya

Tapi kan..kan ke sama..suami akak yang bercakap.menjemput
.akak pun cakap jugak..

Alahai..tak tau la akak nak kata apa..sedihnya akak..

Tuesday, March 8, 2011

REZEKI...ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum.

Hari ni..sampai opis..kawan opis yang baru balik dari Cameron Highland
hulurkan plastik yang berisi

Buah yang cantik berwarna merah ni.
akak nak buat apa ye..selain dari dimakan begitu aje.

Tomato ni..dipetik dari ladang tunangnya.

Begitu jugak dengan jagung ni.
sedap ni..
rebus aje..mesti manis.

Terima kasih pada yang memberi..semoga bertambah murah rezekinya. 

Monday, March 7, 2011

SELESAI SUDAH..BERTEMU KEMBALI..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dapat kita bertemu lagi disini..
Akak juga mengucapkan terima kasih pada kawan2 yang telah meninggalkan komen
minta maaf sebab akak tak jawab komen.
Insyaallah 
selepas ini akan kembali seperti biasa..

Sibuk sikit buat persiapan.sebahagian gambar dirumah akak.

seperti biasa..tak boleh tinggal gambar cucu akak ni..walau pun cuma cucu sedara..
Tuan rumah dan cucu ni..melepas lelah setelah selesai.
menikmati cendol tu.
Insyaallah nanti akak cerita panjang.

Tapikan..tak sangka..nak buat kenduri kecil macam ni pun..sampai
akak tak lalu makan..tak lena tidur.

Bila dah selesai semuanya..punya la akak lapar..aduhai..sampai kemalam 3 kali akak makan
memang kelaut  dietnya.

macammana la orang yang nak buat kenduri besar kahwinkan anak tu kan..

Menu yang dimasak untuk menjamu tetamu
masakan biasa aje.
nasi putih,daging campur tulang masak lomak cili api
telur ituk masak lomak cili api jugak.
sayur campur 
ulam ulaman dan sambal belacan.

Akak minta maaf pada sedara mara yang tak dijemput..sebab kecil kecilan aje..