Pages

Friday, May 29, 2015

MERAJUK...

Assalamualaikum

cerita hero kedua acik ni
hari sabtu lepas  diopis dia ada buat gotong royong
memang selalu kalau ada gotong royong
memang bos suruh dia yang uruskan
acik dah faham dah hero kedua ni
kalau buat kerja dirumah pun
mulut dia bising juga.
kalau tidak kerja tak jalan.
bos dah biasa tengok..sampai tanya dia..
pernah jaga stor ke
sebab stor yang berterabur..memang boleh kemas
hero acik jawab..tak pernah bos..
tapi dah orang susah kan..
dah biasa buat kerja susah jawabnya.
yang acik nak cerita bukan tu sebenar nya
cuma acik kesian sangat ngan hero acik
dia cerita masa gotong royong dah nak siap
dia ngan sorang kawan lagi..
kena pi hantar sampah2 kotak2 buang
dah 4 kali angkut sampai berpeluh2
balik opis..dia tengok ada kotak pizza yang dah kosong
rupanya bos belanja pizza..
dan kawan2 yang tinggal diopis dah habis kan semua.
bukan tak pernah makan pizza dia kata
tapi kecik sangat rasa hati
kita yang berpeluh2 buat kerja..orang lain
yang makan tak ingat nak tinggalkan 
untuk dia dan kawannya.
sebagai mak..acik pun ikut terasa..kesian sangat
dia bagi tau bos..bos kata
alaaa itu pun nak merajuk
hari isnin baru ni..
hero acik hantar surat 
perletakan jawatan notis sebulan
masa tu la bos cakap..
ala takan sebab tak dapat makan pizza 
merajuk
sampai letak jawatan..
mai kita bincang katanya
berapa gaji yang awak nak..he he..
seharian bos bebel2 kat pejabat katanya
orang yang boleh buat kerja semua nak berhenti.
sebenarnya anak acik dah dapat dapat tawaran 
belajar lagi
Alhamdulillah syukur..
saja..je dia bagi surat selepas 
dia kecik hati pasal pizza.
bukan sebab makan pizza..
tapi sikap yang tak ingat kawan.
doa acik semoga hero kedua berjaya 
dalam bidang yang dipilihnya nanti.

24 comments:

  1. maunya tak merajuk kak.. haishh.. apa la bos pun.. benda kecik macam tu tak boleh nak jaga.. apa lagi kebajikan yang besar2..

    alhamdulillah.. semoga berjaya buat si hero..

    ReplyDelete
  2. Betul tu acik.. ada juga kekawan yg tak ingat kawan kan..
    Boss dia pun satu.. cakap merajuk pulak..
    Semoga hero kedua acik berjaya dalam bidang yg diceburi kelak..

    ReplyDelete
  3. Secara tidak langsung memberi pengajaran pada manusia yg bernama boss. Hargai org yg ada jgn bila dah tak ada baru nak menghargainya. Nasi dan jadi bubur, pizza senang dpt cari tapi staff yg berpengalaman lari susah nak dapat ganti yg sama...

    ReplyDelete
  4. Ehhh saya pun geram baca.... time kerja semua mengelat... time mentekedarah (sorilah acik cakap kasar sikit) laju je masing-masing. Spesis mcm ni mmg ramai je kat tempat kerja... makan berebut2, masa buat kerja tak pulakkkk.... Saya doakan hero acik tu berjaya dalam apa jua pilihannya untuk masa depannya.....

    ReplyDelete
  5. Mahu tak kecil hati kalau macam tu gaya kawan-kawan dan bos. Yalah bukan tak pernah makan tapi ingatan tentang orang kemudian tu. Lagipun dia yang berhempas-pulas bekerja, orang lain pulak dapat hasil. Mana tak sakit hati. Kalau saya pun bos pujuklah macamana, saya tetap nak berhenti. Bukan sebab tak dapat makan pizza tapi rasa diri memang tak dihargai!

    Tapikan Acik kalau ikutkan, kat mana-mana pejabat pun ada kes macam ni.

    Semoga hero Acik berjaya dalam pengajian yang bakal dipilihnya. Dapat tawaran belajar kat mana ni, Acik?

    ReplyDelete
  6. siapa pun akan kecik hati bila diperlaku kan macam tu...takpe biar jadi pengajaran pada bos untuk menjaga hati pekerja kelak juga pada kawan yang tak ingat kawan.
    harap hero acik akan terus berjaya....
    p/s menjawap komen acik....InsyaAllah kita akan jumpa semula ...pastinya sya rindu dgn kawan2 ,juga acik erna tersayang!

    ReplyDelete
  7. Apalah bos tu.. at least top up la lagi piza utk yg berpenat lelahkan... kawan2 ni pun sama juga ya.. begitulah pengalaman menjadi dewasa..

    ReplyDelete
  8. erm.. kat sini pun sllu jadi mcm tu kak.. sedih! kadang ada bos di unit2 lain suka ambil kesempatan.. klu kerja nk mengelat jer... huhu..
    sabor je laj (nasib baik bos kmi OK)

    ReplyDelete
  9. moga hero acik dimurahkan rezeki selepas ini.. hai kalau saya pun merajuk dibuat begini, kalau nak makan tu ingat jugalah dekat orang lain kan

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,
    wahhhh best jugak merajuk gaya gitu. macho huhuhuhu

    selamat belajar ya

    ReplyDelete
  11. Alf mabrook.
    Rezeki Allah tu datang macam-macam cagho.
    - Kirim salam ko anak bujang Acik yo.

    P/s;
    Tetibo lak Cik Sham nangih kek senia haa..

    ReplyDelete
  12. kesiannya..
    tahniah dapat sambung belajar....

    ReplyDelete
  13. Kesiannya. Kalau dah habis buang ajelah kotak kosong tu kenapa bagi nampak.

    Tahniah semoga beroleh kejayaan.

    ReplyDelete
  14. Mmg ada org mcm tu..yelh kn tk bt kerja mkn mgalhkn org bt kerja..
    Tkpelh dik..tak ada rezeki tu..
    Klu anak knor pun mesti merajuk juga...haha

    ReplyDelete
  15. Entah apa2 la perangai offficemate dia.. boss pun satu... tapi tak pa.. dia letak jawatan biaq depa sedaq sikit.. tak reti hargai orang..
    Semoga hero 2 acik berjaya cemerlang
    .

    ReplyDelete
  16. memang penting diri sendiri ni...simpan lah sikit untuk orang belakang...
    tak suke betol lah perangai macam ni

    ReplyDelete
  17. betul kak..bkn le nak merajuk pun, cuma terasa ati je. Kalau saya pun..

    btw..TAHNIAH utk anak akak, moga terus berjaya!

    ReplyDelete
  18. Tahniah buat hero kedua acik.
    Kalau ai pun terasa hati gak.. at least tinggal seketul pun jadilah kan.. ;)
    Bos nya pun janganlah cakap macam tu.. huhuhu.. kalau ai.. belikan je sebagai ganti pada yang tak dapat..

    ReplyDelete
  19. He he heee... menyengih saya baca entri ini... di pagi hari :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum my lovely achik Erna:)

    Simpati juga pada hero acik..
    Kesian..
    Mmg kalau kita di tempat anak achik..dengan kita2 tersentap jgk..
    Tapi syabas utk si hero..kerana ada SABAR di hati
    :):):)

    ReplyDelete
  21. Memang patut pun merajuk, tak patut sungguh kengkawan ofis tu tak tinggalkan utk depa. Makan sedap sedap lupa kawan pulak...
    Moga hero Acik dipermudahkan urusan nya yer

    ReplyDelete