Assalamualaikum
Acik baca di blog Dik Irfa
kenapa kita menulis blog
Irfa mesti tau..acik menulis mulanya dulu
sebab irfa dan Zino yang galakkan
acik fikirkan juga
apa yang nak ditulis
banyak blog yang dah kongsi macam2
pengetahuan agama..masakan dan banyak lagi
acik fikir lebih baik menulis apa saja
yang relak..santai
bila dah lama terfikir pulak..
lama2 jemu pulak orang nak baca
tulis main hentam je
tak de draf bagai..hati berkata tangan menulis
macam tu je kan.
apa yang menyebabkan
acik susah untuk berhenti
sebab acik sayangkan kawan kawan blog semua
acik juga suka bila dapat tengok gambar anak2 kecil
yang comel2 dan bijak2
walaupun tidak pernah berjumpa
(ada juga yang dah jumpa)
bila baca blog..tinggalkan komen..
rasa macam kita dah kenal lama
walaupun melalui tulisan..
rasa macam berbual santai
tu yang rasa sayang..
nak berhenti menulis.
walaupun tiada ilmu yang
dikongsikan disini.
tak tau la camana nanti..
masanya akan tiba jugak nanti kan.
oklah..jumpa lagi,In syaa allah
Saya menulis blog mengikut kesesuaian masa....bukan untuk kejar follower...tapi ikhlasnya, saya suka "bersembang" dengan rakan-rakan blogger melalui komen-komen kat blog depa...rasa macam dah lama kenal ...:)
ReplyDeletep/s saya beruntung kerana melalui bloglah saya dapat bersahabat dan bersua muka dengan akak.....masih terasa pertemuan kita dulu...:)
teruskan menulis acik, ikut kehendak sendiri je, yang penting ramai yang suka tulisan acik tu...tgk pengomen pun sentiasa ramai...
ReplyDeletebtul2 Acik....sy stop hritu dekat 2 3 mnggu...masa tu bru lpas besalin....mmg x de masa nak bw....nak update ke apa....tp rasa rindu tu...lain sngt....hati rasa melonjak je nak tau apa perkmbngan rkan2 blogger....
ReplyDeleteTu le akan acik.. bila dah lama tuh rasa sayang laa plak nak berhentikan.. Teruskan laa menulis yer Acik.. macam2 boleh share.. :)
ReplyDeleteSamalah kita Acik menuli bukan kerana nama, bonus bila dapat tambah kenalan. Tulislah kak kisah kehidupan seharian yang memang akan ada ceritanya setiap hari.
ReplyDeletesaya suka menulis blog, sebab suka bersembang, suka nak share dengan kawan2, cari kawan baru. dn saya memang suka membaca. baca blog orang, especially pasal makan dan masak. hihi
ReplyDeleteTeruskan aje acik...tulis n kongsikan apa yg patut..ramai pembaca..walaupun tak komen, saya tau ramai silent reader (malu agaknya hehe)
ReplyDeleteBetul kan Acik..melalui blog kita dapat jumpa ramai kawan alam maya yg mmng peramah dan baik hati...
ReplyDeleteSaya pun menulis kadang ikut suka hati jer...tapi nak berhenti menulis mmng sayang...
Betul Acik, kadang2 rasa malas juga nak berblog lagi, tapi kalau macam ummi yang dah bersara ni, kalau berhenti menulis, lagilah sunyi, sekurang2nya selagi ummi menulis, ada kawan2 yang dapat ummi jumpa 'hari2',hehe..kawan2 blogger lah ni.
ReplyDeletebetul tu acik, blog ni santai... kite boleh kongsi apa je, ikut pada sapa2 nk follow or tidak... pastu dpt ramai kwn kan
ReplyDeletedengan menulis blog..ilmu kita sedikit sebelum ini bertambah jua...komen rakan membakar semangat untuk menulis lagi...
ReplyDeleteHai, lebih kurang je sume komen-komen tu, maknanya semua sehati sejiwa.. sama-sama blogger.. bergurau senda, tumpang sedih pun selalu gak.. tapi no hard feelings.. bila stop sekejap, rasa macam ada yang kurang..
ReplyDeleteseronok sebenarnya berblog nih , selain boleh tambah kenalan boleh juga tambah ilmu pengetahuan kan Acik...:)
ReplyDeleteteruskan..sebab bagus aktiviti berblog ni. Fikiran jadi sentiasa berfikir..tukar2 info/pendapat/pengalaman. Dpt kwn2 yg buat kita rasa happy je. :)
ReplyDeleteJgn benti Acik. Suke baca tulisan Acik ni. Light n best!
ReplyDeleteKakak pun lebihkurang acik, bermula suka memberi komen blog lama-lama terjebak sama..
ReplyDeleteSaya lama jadi silent reader, 3 thn rasanya, pastu hati teringin nak komen, tak suka pula "tanpa nama", maka saya pun buat blog, tak kisah apa nak tulis mcm acik tu... tak sangka best berblog ni ;)
ReplyDeletePun terfikir sampai bial nak berblog...?tapi bila kita rakamkan kenangan di sini, suatu hari nanti senang nak tengok balik gambar2 lama @ memori yg terjadi mungkin masa tu kita dah tak ada lagi...
ReplyDeleteNa, kakpah pun sekarang ni dah hangat hangat taik ayam hehe. Biskut chipsmore pun ye gak. Anyway, melalui blog ni lah kakpah kona ekau kan?
ReplyDeleteblog ni jadi tempat meluahkan rasa hati..tempat bercerita..tempat berkongsi maklumat..tempat sebar ilmu pengetahuan dan kasih sayang. sejak berblog hingga sekarang...memang jatuh chenta.hehe
ReplyDeleteSalam K.Erna.Betul tu kak,cam atie....anak2 dok asrama...bila HB g keje,sorang2 jer kat umah.Bila kerja2 umah dah siap....boring sorang2.
ReplyDeleteJadi dgn adanya blog..atie dpt kenal kengkawan walaupon tak bertemu dialam nyata,
tuliskan menulis yer.. tulis aje ikut hati & rasa kita !
ReplyDeleteBetul tu AE....walaupun hanya di alamaya .... macam kita dah kenal lama kan... seronok bersembang!
ReplyDeletedengan blog ni.. sy dapat ramai kawan.. walaupun x pernah bersua muka.. nak2 lagi bila dah jadi friend kat FB.. macam dekat je..
ReplyDeletebetul acik..smpai masanya brhenti jugak..tpi sayang dgn kawan2 yg terdari drp kaum hawa, kan...
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletewalaupun tak pernah bersua muka, hanya komen2 dialam maya saja, lama2 dah macam mesra dan macam dah kenal lama pulak..
Dapat tambah ramai kawan baru di blog. Tulis dengan cara tersendiri & berkongsi tentang kisah diri, takda deadline, takda word limit, takda tekanan, santai ja :)
ReplyDeleteialah acik,dr blog kita berkenalan, dh macam rindu sangat kalau tak buka blog, nak baca cerita kekawan
ReplyDeletebetul tu Acik..rasa syg pada teman2 blog mmg wujud.. walaupun tak pernah bersua, rasa akrab shj..:)
ReplyDeletekita sama acik... seronok berbual dan bergurau dengan rakan2 blog walau pun tak kenal dan tak pernah jumpa tapi antara kita rasa mesra sangat. mcm ngan acik ni... saya seolah2 merasakan macam dah kenal lama sangat.
ReplyDeleteAcik, sayo pun maso jumpo acik hari tu, ghaso macam dah kenal lamo. Macam sedagho ghaso e. Kot tak do blog kan, tak do ghaso macam tu gak e kan.
ReplyDeleteselamat pg&salam ramadhan # 13 buat acik
ReplyDeleterasanya sejak m3h buat blog ni,lg ramai kawan kat dlm ni berbanding dgn kawan kat luar sana..seronok sgt,walau x pernah bersua muka..