Assalamualaikum
Bahaya jugak rupanya makan ubat untuk kurus jika tak mengikut cara yang betul
Kawan opis acik ni..nak kawen bulan 12 nanti..
masa pergi tempah baju dan pelamin bagai di tempat dia..orang tu siap
bagi ubat untuk menurunkan berat badan
sebab berat dia terlebih sudah.
Masa mula2 dia bagi tau..acik dah cakap ngan dia..kalau boleh jangan la makan
dia kata dah terdesak ni kak..katanya..nanti baju pengantin semua tak muat
Baru 22 hari dia makan..memang berat badan dia turun 3 kg.
acik pun nampak dia dah kurus..
Tapi tadi dia datang opis..jumpa acik
dia mengadu..semalam jatuh..katanya..dah dua kali dia jatuh kata dia
dia dah pi klinik..doktor dah marah dia katanya
doktor lelaki tu kak..tapi macam2 dia kata ngadu nya lagi
acik pun bagi tau..tu la..kan dah bagi tau..cakap orang tua tak nak dengar..
sejak dia makan ubat tu..dia tak de selera makan..kalau makan rasa nak muntah..katanya
sampai dia tak de tenaga..tak boleh kontrol.
tak boleh imbang badan
sampai terjatuh dibilik air.
muka pun pucat je..mata tak de cahaya..
memang takut acik tengok
dia tunjuk tadi lebam2 badan dia asek terjatuh.
acik dah tolong setakat yang termampu..sian kan..
mak dia jauh..
acik dah sapukan ubat..masak kan air panas..dan tolong tuamkan kebadan dia
yang lebam2 dan dimana yang sakit..
alhamdulillah..dah petang tadi nampak dah lega sikit .
Ada tak yang pernah makan ubat2 macam ni..
boleh kongsikan disini..
boleh jugak acik bantu dia.
tadi puas dah..acik "basuh" dia..he he..acik kata..
kalau kuruskan pun nanti masa sanding ko pengsan
nak buat apa.
Nasib baik dia tak marah dengan mulut 'laser' acik tadi.
Acik harap kawan acik cepat sihat..sebulan aje lagi majlis dia..banyak benda yang perlu diselesaikan.
bahaya tu ...
ReplyDeleteside effect dia yg tak syok tu kan.
Bahaya sgt klau sampai pengsan2 tu... tak perlu nak cpt kurus la klau sampai boleh bahayakan diri sendiri, biar berisi asal majlis kahwin berjalan lancar
ReplyDeletenak besori...
ReplyDeletelangsung tak do bilo muko pucat yo...
baik tak payah!..
mak andam tu pun satu,menyusahan orang yo!
kesiannya dia...kalau nakkuruskan badan pun biarlah dengan cara yang betul, ubat-ubat kurus ni memang banyak dah bukti membahayakan...
ReplyDeletekalau kurus muka tak berseri ak best juga
ReplyDeleteubat kurus mmg bahaya....
ReplyDeletedah banyak kuar berita...adik saya nak kawin ni kurg makan nasi tp mende lain mcm bihun dia makan...kurang gak beratnya
Bahayakan kalau mcm tu...nnt panyakit lain pulak yg dapat...
ReplyDeleteSallam,
ReplyDeleteBahaya betul, tak sesuai dengan tubuh dia kut, atau dia ada penyakit lain, kena ambil perhatian serious tu..
Ubat kurus ni kalau masa makan tu memang turun berat badan, tapi kalau berhenti terus aja naik mendadak..
sekarang ni banyak produk nak kurus ni kat pasaran, kalau saya dulu lagi xmo, kesan cepat tapi x lama, mesti ada sesuatu kat produk tu
ReplyDeletejgn la amik jalan pintas utk kurus...dah byk kes...nyawa melayang...termasuk sorg kawan saya...
ReplyDeletekasihannya
ReplyDeletekalau nak kurus mmg kena bersenam..
pi kat hal ehwal pengguna jer, repot..
baguslah acik nasihatkan kwn acik tuh..marah sbb sygkan dia.Soh dia stoplah makan ubat.Bakal suaminya kn terima seadanya..
ReplyDeleteAssalamualaikum my lovely KakErna:)
ReplyDeleteAduhaii...kesian juga yaa..
Agak2 apalah kandungan dalam pil tu yaa..mmg berbahaya bila dtgnya dari org yang tiada tauliah....!
Aduhaii...harap kawan Kak Erna dah stop makan ubat tuu
Eh, dia tak rujuk balik pada orang yang rekemen tu ke.. tak sesuai tu..siannya pengantin
ReplyDeletebahaya dgn ubat2 utk menguruskan badan ni..syukur dier tak apa2..terjadi kat saudara mama..meninggal sbb ubat tu dah rosakkan hati dier kata doktor..hu2x..
ReplyDeleteTerdesak sungguh dah dia.. Kesian bila dah jadi mudarat camtuh.
ReplyDeleteKlu dengar cite ni memang kesian betul la dia tu,takpe bagi jer minum air kelapa banyak2 utk buangkan racun dalam badan,bahaya klu terjadi apa di bahagian hati,kdg mkn ubat kurus ni bole menyebabkan hati kita rosak tau.Kalau nak slim amalkan bersenam sambil diet dengan mengambil minuman protin soya dari Herbalife..memang terbaek punya..badan segar,berisi tapi tidak berlemak..
ReplyDeletetakut juga yee..
ReplyDeletekena check doktor..
mungkin simtom2 ubat tu..
sya pun selalu dengar/baca yg ubat kurus ni membawa penyakit sampingan spt rosakkan hati..dll..
apa2pun didoakan agar rakan erna tu cepat sembuh dan dpt kesan penyakitnya alahannya cepat..
bahayo makan ubek ni. kalau nak kurus takdo e buleh main shortcut. Kurus cara sehat, tu yang baik.
ReplyDeleteAdo yang dah mati cik makan ubek kurus ni..
eh.. topanggil cik pulak hahaha...
ReplyDeletebyk cara lain utk kurus....bahaya makan ubat tu! smoga dia cpt sembuh.....kesian dia...
ReplyDeletekurus slim tapi badan tak sihat tak guna juga...kalau dari awal dia jaga badan taklah jadi sampai mcm ni bila nak kawin...patutnya dia kena diet cara sihat...ini cara memudaratkan badanya patut di hentikan...takut nnt nak kurus cantik tapi sakit lain yang dapat..
ReplyDeletecara yang tak betul ni....tuan kedai baju tu pun satu,suka ati jer nk bagi ubat2 kurus kt org lain mkn..apa kandungan ubat tu pun kita tak tau, ni kira kes nk cepat kurus cara singkat la yer..kesian m'dgrnya...dia dh stop ke mkn ubat tu kak...semoga dia cepat sembuh seperti biasa
ReplyDeleteKak Erna..
ReplyDeleteWpun saya nak cuba kuruskan badan...tapi saya tak pernah cuba ambik ubat yang tak ada pengesahan doktor...sekarang saya cuma minum "Apple cider" (tak masam pun)..macam jus aje...ok jugak...untuk buang lemak2 berlebihan kat perut...kalau kurus sangat pun tak cantik kan akak...he..he..
bahayo kak..suh dio beronti..diet caro sehat dan jogging lobih..maso se amal diet caro sehat hari tu boleh ajo kak..jgn makan nasi selamo duo mggu.makan bihun yo.suh dio jumpo pakar pemakanan lah kak..kalau kurus tapi tak berseri buek apo kak kan?
ReplyDeletekalau kurus tapi tak sihat pun tak guna jugak...bahaya betul..
ReplyDeletesalam kenalan kak erna..diperkenalkan ke blog kak erna melalui happyirfa..kehkehkeh..
Acik , kalau nak masuk senang saja. Ikut step apa yang dia suruh buat.
ReplyDeleteLepas tu cari gambar lama2 dlm picture kut 2ada simpan . kadang2 kita lupa. Atau cari kat FB(Photo).
Ada ubat kurus yang ada Racun. Saya pernah tolong belikan untuk kawan sebab ubat tu ada jual dekat dgn rumah saya. Memang cepat kurus. Tapi orang yg makan tu nampak pucat lesi. Last2 baru tahu ada racun dan diharamkan.
ReplyDeletesalam Acik,
ReplyDeleteMemang bahaya ubat2 kurus ni...kalau boleh tu senaman ja,dan kurang kan makan ..bukannya tak makan langsung..amalkan cara diet yang sihat.Turun lambat tak pa,janji kita sihat.
sian kawan kak erna-- kawan saya pernah mkn ubat camni mmg efek dia camtu..lemah nk tdo jek..mata layu, muka pucat..suh dia stop ye kak..kalo tk buruk padahnya
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletepngajarn utk kita smua. kna bhati2 jgn mudah tpngaruh, akibatnya bdn yg mrana.
eee....bahaya!! walaupun saya pun nak kurus sgt2, saya tak berani amik ubat kurus walaupun dah tanya2 dokter sebelum tu. puncanya sebab saya yakin mesti tak tahan dgn side efeknye.
ReplyDeleteso sekarang ni kan, saya buat mcm ni....tak makan karbohidrat, buah dan gula selama 2 minggu. tapi ikan, ayam, sayur, susu keju yogurt sume boleh mkn. nasi roti pasta kentang (segala jenis carbs), gula dan buah je tak boleh. minum air byk sebab protein boleh buat sembelit kalau air tak cukup.
lepas tu slow2 mkn balik makanan yg takleh mkn tu.
saya penah buat sebelum ni dan mmg badan saya turun! bila timbang mmg takde beza sgt tapi bakai baju jadi longgar.
apa kata acik cadang kat member tu... nama diet yg saya try ni adalah south beach diet.
Bahayo ubek2 cmni kak..
ReplyDeleteAlaaa.. Kok org laki tu suko, tak payah la susah2 nak kocik kan badan...
Buek apo la menyikso badan.. Janji kontrol makan nasi yoo dah laa... huhuhu...
Assalam kak dia sebenarnya bukan masalah besar pun, lagi pula bakal suami dia dah tau dia badan besar, tapi masih nak juga, kira ok tu, lain la tetiba je gumuk kan. Kalo baju tak muat tempah jelah sepasang baju untuk sanding abis cerita, bab makeup tu sapa2 atau mana2 kedai pun boleh buat. Kesian dia dari tak bermaya gitu baik dia mcm sedia kala kan kak
ReplyDeletekesiannya....moga2 dgn kejadian tu mnjadi pengajaran pada dia n kita semua...bersyukurlah dengan seadanya...kalau rasa gemuk2..kurang2kan mkm..
ReplyDeletekita nih dah terlalu terikut cara ugama lain punya pakaian...kalau ikut cara Islam kan senanng, tiada soal nak tunjuk bentuk badan coz Islam menyarankan pemakaian yang cukup sempurna sebenarnya dengan fitrah kita...longgar, tidak menampakkan bentuk badan dsb...sama2lah kita fikirkan yo!
ReplyDeletebahayanya...ubat apala yg dimknnya tu kak..sebenarnya cara yg betul utk kurus ni mkn makanan yg seimbang dan senaman jer yg sihatnya:)
ReplyDeleteSepatutnya dia buat checkup dgn doktor dulu sblum mkn ubat bukan semua org serasi dgn berbagai ubat kalau demam pun doktor akn tanya ubat apa yg alah dgn kita.... silap hari bulan boleh terkorban nyawa pulak nanti bila mkan ubat sebarangan ni.
ReplyDeletekesiannya, saya pernah cuba makan ubat kurus. tapi berhenti sebab tak boleh tido malam.
ReplyDeleteAcik...kawan saya pernah makan ubat macam ni...berat bdan mmng cepat turun.. smptnnya sama ngan kawan acik..beberapa kali dia pngsan kerana tak de tenaga...sllu tak pergi kerja....lepas tu dia serik..
ReplyDeleteSemoga kawan Acik cepat sembuh...
mengarut sunnguh siperekomen pills tu...
ReplyDeletexyhla makan ubat nak kurus.. wat scr semulajadi je.. sbnrnye kurus x cantik pun.. kalau berisi sikit best.. xnampak tulang.. comel jerk.. lady suke.. org lain pun pasti suke :D
ReplyDeleteubat sekarang ni bukan boleh percaya sangat....silap hari bulan buah pinggang leh rosak...sebab ubat yang terlalu kuat...
ReplyDeletediet sendiri je...pahtu senaman..insya allah sempat lagi tu....
eeeyyy... jgn le amik ubat camtu.. takut side effect nnti kita tak tau..
ReplyDeletetakut jugak mkan ubat2 ni..
ReplyDeletesebaiknya makan ubat atas saranan doktor jgn suka makan sebarangan... mmg byk kes begini berlaku..
ReplyDeleteNasib baik ada Acik. Mulut org yg dah punya anak-anak bila bersuara marah bukan tujuan tak baik tapi nasihat utk kebaikan sebab itu dia boleh terima. Dia pun ada emak dan faham Acik sebab kalau mak dia dekat pun mesti mak dia akan kata macam Acik juga...
ReplyDeleteitu sebab saya malas nak makan ubat kurus. lantaklah gemuk asalkan makngahnya tak komplen.. hehe
ReplyDeletejemput baca entri saya hari ini sebagai penjelasan kepada entri semalam.
assalamualaikum acik...rindu dengan acik....hmmm...kalau ubat kurus yang mcm tu memang bahaya sebab kita tak tahu apa kandungan bahan kimia kat dalam tu. lebih baik minum green tea aje...
ReplyDeletesalam acik...
ReplyDeleteubat jenama apa yang dia makan tu acik? bahaya betul...
rasanya kalau bakal suami dia tak kisah pun dia gemuk atau kurus, kenapa nak dengar cakap mak andam yang dia tempah baju dan pelamin tu.
Mak andam tu patut tahu, customer dia tak semestinya kurus, so, tugas dialah sesuaikan dengan bentuk badan bakal pengantin. Kenapa nak suruh orang kurus sampai kesihatan terganggu. Kalau yus, tukar aje mak andam lain..huhu.
Lebih baik jaga makan, tak perlu ubat2 tu semua, bahaya lah kan acik...
Semoga kawan acik Erna sihat sebelum ke gerbang perkahwinan.Tak payah makan ubat segala diet sendiri dah cukup.
ReplyDeletekesian nya kawan kak erna tu...
ReplyDeleteharap2 dia stop la makan ubat tuh..
elok dia jaga ajer pemakanan dia.. makan dgn seimbang., banyyakn buah & sayur.. drp xde tenaga & dok pitam ... nanti byk pula kerja yg tertangguh..
Assalam semua yang meninggalkan komen disini..terima kasih banyak2.
ReplyDeletealhamdulillah dah nampak sihat sikit kawan acik..sejak hari isnin acik menibuk dan memaksa dia makan walau pun takde selera..mesti makan jugak sikit..alhamdulillah..banyak perubahan dia.mmak ayah dari ipoh pun dah datang kerumah dia..alhamdulillah.
takut dgrnyakan....kenape x diet cara yg sihat je...
ReplyDeleteya Allah kalau nak kurus kena diet cara konsisten..
ReplyDelete@Nazayiena
ReplyDelete@Totie@Tomy
Alhamdulillah dah sihat dia..setiap hari acik belikan makana.dan paksa dia makan depan acik..alhamdulillah.