Followers

Tuesday, March 20, 2012

ADA YANG TAU ATAU PERNAH MAKAN?

Assalamualaikum
Acik cuma nak berkongsi.keberkesananya pun acik tak tau
mulanya tak ambil kisah sangat..tapi ramai orang dari negeri lain..talipun bertanya
dan sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan pokok dan daun ni
Acik harap kalau ada sesiapa yang tau dan pernah makan atau tau sesiapa yang pernah makan 
boleh kongsikan disini ye
terima kasih acik ucapkan pada sesiapa yang sudi.

Nama Biasa pokok ni Drooping clinacanthus,Sabah snake grass
Nama Melayu Pokok Belalai Gajah
Nama saintifik Clinacanthus nutans
Bahagian pokok yang digunakan seluruh pokok

Biasanya yang mencari pokok ni untuk mengubati kanser.baru baru ni kawan acik yang dari selangor talipun untuk mencari pokok ni dan acik tolong dapatkan.
Harga bagi 400 helai daun RM25
dan harga satu anak pokok tu RM10

Acik harap ikhtiar dan usaha kawan acik ni akan berhasil.

53 comments:

  1. Eh... kakak macam tak pernah nampaklah pokok ini Acik. Bagus kalau ada tanam. Kalau dapat di nursery boleh juga tanam nie...

    ReplyDelete
  2. akak kojo kek pertanian mesti tau..kaklong ni tak kojo lagi lah tak tau ea...huhuhuuu!

    ReplyDelete
  3. aduh..saya memang tak kenal pokok kak erna..tengok pokok ni nampak macam rumpun buluh pun ada..teruk betul..

    eh..macam mana diorang tau boleh ubat kanser pulak kak..?

    ReplyDelete
  4. Mcm pernah dgr nama pokok ni, tapi tu lah tak pernah ambil tahu. (teruk tul ibu yusuf ni..)huhu..

    Ps: Kawan acik erna ke yg sakit?semoga kawan acik erna tu kembali sembuh. amin..

    ReplyDelete
  5. zar mmg tgh buat kajian herba ni. Pokok belalai gajah ni salah satu spesis herba. Tapi banyak lg pokok lain yg anticancer contohnya pokok tujuh bilah.

    Apapun klu nak no telefon penagamal herba yg buat ubat kanser ni zar ada. Masa buat soal seludik kat keah tu hari ada jumpa 2-3 org.

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah tengok kak daun ni...tp kat rumah saya ada pokok unk cancer jugak...nama dia saya tak ingat sgt...rasanya pecah piring...ada piring2 le nama dia

    ReplyDelete
  7. saya pernah dgr pokok belalai gajah tp tak pernah tgk rupanya...

    ReplyDelete
  8. tu ari baca kat blog Moon psl adik ipar dia kena kanser tu merata dia cari daun ni.

    tak penah tgk depan mata

    ReplyDelete
  9. first time tengok herba ni...banyak khasiatnya yerr..:)

    ReplyDelete
  10. Tak penah tau..info baru bg saya.

    ReplyDelete
  11. wah kalau perlu nnti boleh le mtk tlg acik ye.. :)

    ReplyDelete
  12. saam K.Erna..Emmm atie pon xpernah tau ttg pokok ni..hihi.Klu tuk merawat kanser mmg bagus a pokok belali gajah nikan?
    Semoga kawan k.erna akan sembuh dr kansernya..Aminnnnn

    ReplyDelete
  13. salam kak erna,

    ati baru tahu pasai khasiat
    pokok ni..bagus juga kalau ada
    bela kat rumah ye :)

    ReplyDelete
  14. tak pernah dan tahu pula saya tentang pokok ni...tak salah mencuba..

    ReplyDelete
  15. sama tak dengan pokok daun tujuh bilah ye acik..rasa mcm sama dgn pokok ni tp nama lain kut..byk khasiat dia ye :)

    ReplyDelete
  16. Assalam kak, saya rasa mcm pernah dgr poko belali gajah tu kat blog Dedaun alam, tapi tak pasti pula.

    ReplyDelete
  17. rasa mcm pernh tgk pokok ni tp xtahu nama... xtahu lak boleh jd ubat, ingatkn buat ulam jer... hehehehe

    ReplyDelete
  18. Pokok-pokok herba ni memang byk khasiat kan. Tapi ini first time tengok pokok ini n tahu khasiatnya...thanks:)

    ReplyDelete
  19. Elok tanam pokok tu,nanti kalau saya ke nursery nak cari.

    ReplyDelete
  20. pertama kali dengar...
    takder rupa belalai pun kan?

    mudah2an betul khasiatnya...tiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  21. Pertama kali tau acik, 1st time jua nampak ni,

    ReplyDelete
  22. sama pun first time dengar jugak. balik nanti saya tanya kat en. abah. dia terer gak la bab pokok2 ni

    ReplyDelete
  23. saya tak pernah tengok pokok nih, tapi pernah dengar..khasiatnya pun baru saya tahu bila baca blog akak..

    ReplyDelete
  24. baca blog acik baru tahu tentang pokok ni

    ReplyDelete
  25. ooo ini rupa pokoknya...boleh ubat kanser ye kak...

    ReplyDelete
  26. org pn 1st time tau psl belalai gjh ni...

    ReplyDelete
  27. 1st time baca ttg pokok ni, kalau jumpa pon mesti ingat pokok buluh, huhuhhuuh

    ReplyDelete
  28. lady x pernah nmpk dan makan pun achik..

    ReplyDelete
  29. Acik...saya pernah dgn nama pokok ni..tapi tak pernah tengok rupa mcm mana....

    ReplyDelete
  30. Sallam Acik,

    Acik ada tanam ke pokok ni,
    ada anak semaian dia ke,
    kalau ada hubungi saya boleh?

    ReplyDelete
  31. assalam acik..ish xtau la pulak khasiat pokok ni..mesti sangat bagus utk kesihatan sbb org sanggup datang dari jauh semata2 nk beli pkok ni..

    ReplyDelete
  32. Banyak herba di negara kita tapi kita yg tak tahu kegunaannya.

    ReplyDelete
  33. Thanks berkongsi info. Saya pernah dengar tapi taktau kegunaannya.

    Semoga memberikan hasil yang baik dan sembuh dari penyakit...

    ReplyDelete
  34. Pertama kali nampak pokok ni Acik... terima kasih kongsi info, memang negara kita ni kaya dengan herba ubat-ubatan ya Acik.

    ReplyDelete
  35. tak pernah dengar pasal khasiat daun ni.. daun pokok biasa pon saya konpius.. tqs kasi info ni acik..

    ReplyDelete
  36. As salam Acik,

    Saya pernah dgr juga ttg khasiat pokok ni yg boleh mengubati kanser... Benar kita kena berikhtiar tp kena jg minta nasihat dr yg pakar, sb kdg2 ckp2 org yg biasa2 ni xboleh dgr sgt tanpa fakta serta kajian yg khusus... Mungkin ia boleh menjadi penawar dlm masa yg sama jg mungkin ia boleh jd racun... Toleransi setiap org dgn apa shj ubat & herba adalah berbeza... Oh, sy bkn pakar... Maaf Kak cik just berkongsi pendapat (,")V

    ReplyDelete
  37. direbus ko atau buek ulam na..

    ReplyDelete
  38. x pernah dgr nama pokok tu.. :(

    ReplyDelete
  39. acik,tak penah dengar pasal pokok ni dan khasiatnya..
    tq for sharing acik.

    ReplyDelete
  40. Macam pokok yang daunnya mak Yati minum untuk turunkan darah tinggi je.

    ReplyDelete
  41. lama x singgah cni..
    baru 2 ari lps adk ipar gtau pasal pokok belalai gajah ni..ayah adk ipar sorang lagi cancer tekak tahap 4..kata dia mmg ni la ubatnye..kat nursery mmg ada jual pokok ngan daunnye sekali..dorang mmg dah tau khasiatnye..sy mmg x pernah tgk pkk tu..

    ReplyDelete
  42. x pernah dengar pun pokok nie sblm nie...

    ReplyDelete
  43. salam, baru tau pokok ni tak pernah tengok lagi kalau ada nak juga tanam ni.

    ReplyDelete
  44. camni rupa pokok belalai gajah yer..anyway, apa salahnya mencuba alternatif lain utk mengubati penyakit kan, selagi tidak memudaratkan..

    ReplyDelete
  45. saya lagi jakun tak pernah dengar dan tangok pokok ni..hehe semoga segala ikhtiar utk berubat dengan daun ni berkesan.

    ReplyDelete
  46. cik ina sama ngan kak zakie, cam tak pernah nampak pokok ni. banyak khasiat ye, baru cik ina tau, mahal gak daun tu.

    ReplyDelete
  47. kalau sesiapa tahu nak nak beli pokok daun tujuh bilah tolong email kat saya di ron.keel@gmail.com.. terima kasih

    ReplyDelete
  48. saya mencari sangat daun 7 bilah nie...sebab nak merawat seseorang yang ada kanser hati... email kat lala_duxx@yahoo.com atau sms 0172367158

    ReplyDelete