Pages

Thursday, January 19, 2017

HIKMAHNYA SAKIT.

Assalamualaikum
acik kongsikan disini
yang acik terima dari group whatsApp.
bila dah mengalaminya sungguh terkesan dihati.
PERKONGSIAN HARI INI.      

 HIKMAHNYA SAKIT.

Sahabat-sahabat ku  Muslimin dan Muslimat.....Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:
1) Sakit itu Zikrullah.
 Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. 
Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.
3) Sakit itu juga Muhasabah.
 Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.
4) Sakit itu Jihad.
 Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.
5) Sakit itu Ilmu.
 Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.
6) Sakit itu juga Nasihat.
 Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.
7) Sakit itu Silaturrahim. 
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.
8) Sakit itu gugur dosa. 
Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.
9) Sakit itu Mustajab Doa. 
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.
10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. 
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.
11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.
 Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.
12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.
 Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.
13) Sakit itu memperbaiki akhlak.
Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.
14) Sakit mengingatkan kita akan Mati, 

Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.
Semoga perkongsian  ini bermunafa'at.

20 comments:

  1. Betullah perkongsian ni kan acik....saya pun dah alami sakit.Semua yang dinyatakan tu betul2 memberi kesan .Masa sakit ni lah kita lebih muasabah diri.

    ReplyDelete
  2. Kak sentiasa sakit sejak bertahun-tahun namun reda berpasrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PI dah sehat ye..yakin dan pasrah tajuk tanyala ustaz yang acik tengok pun terkesan dihati

      Delete
  3. Mudah kata bila sakit sebenarnya semakin mendekatkan diri kita kepada Allah.

    ReplyDelete
  4. sy dpt 1 wassap ni bunyi nyer mcm ni:

    bila kita sakit Allah tarik 3 perkara, keceriaan wajah, selera mkn dan doa-dosa. bila kita sembuh, Allah hntr 2 benda je. keceriaan wajah dan selera makan. tapi ALLAH TAK HANTAR BALIK DOSA kita...

    ReplyDelete
  5. Memang betul Acik. Ada hikmahnya bila jatuh sakit ni. Makin dekatkan diri pada Allah. Kalau tidak, sentiasalah kita ni terleka dok fikir diri ni sihat sepanjang masa.

    ReplyDelete
  6. Mohon share Acik..
    Mudah-mudahan ilmu yang diperpanjangkan memberi kebaikan pada sesiapa yang membacanya..
    - insya'Allah.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum
    acik dah mula menulis semula?lama tak mendengar berita acik sejak pencen ni..semog aacik sihat sejahtera hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmusallam..kebetulan hero bongsu cuti sebelum minta sambung degree dapat la acik.menulis ada laptop.Aamiin..terima kasih nieda

      Delete
  8. Salam acik..Lama sy x menjenguk ke sini. Kakerna pekabo? moga kakerna sentiasa sihat ceria hendaknya ye. Insyaallah Aamiinn.

    ReplyDelete
  9. Benar sangat kata2 hikmah tu acik..
    Sebab saya juga sedang diuji dengan kesakitan..
    Syukur kita sebab diuji mengikut kemampuan kita..
    Semoga kita semakin dekat kepada Nya kan acik..

    ReplyDelete
  10. Suami saya tgh demam ni AE huhu...
    Betullah tu AE. Bila ditimpa sakit barulah kita rasa dekat dengan Allah.

    ReplyDelete