Assalamualaikum.
Dimana lagi kita nak simpan wang?
dulu2 orang kata..simpan bawah bantal..bawah tilam..katanya tak selamat.
rupanya simpan dalam bank pun tak selamat jugak.
dah tiga orang..tiga kes..yang kawan2 bising duit hilang dalam simpanan.
malam tadi..kawan acik hantar sms..
berderau darah acik membacanya..bukan sikit..
banyak tu.
habis duit dia dalam akaun bank di curi..
yang tinggal cuma 11 ringgit.
mengamuk dan menangis jugak la dia.
Sebenarnya ini kali ketiga duit dia hilang dalam simpanan.
tapi kali ni paling banyak dan terus dia nak tutup akaun.
pagi pagi tadi dia pergi kebank..terlampau geram dan marah..keluar lagi air mata dia.
orang bank janji nak masukkan dalam akaun dalam tempuh 3 hari.
tapi kali ni dia berkeras tak mau..akhirnya bank
bagi tunai dan mintak tolong supaya tidak dilaporkan pada pihak berkuasa.
apa maksudnya tu..kan.
aduhai..risau betul..kalau jadi macam tu..
macam mana nak makan..
pernah ke kawan2 semua mengalaminya
dan apa tindakan yang diambil.
oklah jumpa lagi,Insyaallah
kaklong ponah sekali kak,kuar duit melalui ATM,resit kuar duit tak do,peh tu tgk balance ea dh kurang,jumpo kerani kek dlm tu,dio suh poie HQ..sebik jam tu kojo kek KL..kok tak nagih tak berlagu...huhuhu!
ReplyDeleteuikss.. kak.. begitu mudah bank bayar balik?? memang salah bank la agaknya tu kan.. bank manalah tu huhuhu
ReplyDeletehish..macam mana boleh jadi gitu kak erna.. bank mana lah agaknya tu kan..
ReplyDeletekesiannya kawan acik tu.. sampai 3 kali terkena.. entah apalah cerita di sebalik kisah di bank tu kan.. macam ada yg tak kena pulak.. betullah acik, wp duit tak banyak, tp pening juga nak simpan kat mana.. sbb klu hilang mmg ralat sgt rasanya..
ReplyDeleteishk
ReplyDeleteknp la tak buat laporan polis ??..
benda ni kene diambil tindakan ..
inilah umat akhirzaman
lagi maju
lagi tidak amanah
Ada.... pernah dengar beberapa kes yang sama, orang dalam juga yang buat!
ReplyDeleteabeh tu, tak dilaporkan ke?
ReplyDeletecamni kalu berleluasa ler sampai bebila...
Simpan kat Amanah Saham hehe....
ReplyDeletetakut sangat kalau terjadi macam ni..
ReplyDeletetapi macamana leh jadi macam ni hah?
As salam Acik,
ReplyDeleteMarya tak pernah experience mcm ni... Rarely happen but it's not impossible! Elok dilaporkan klau ade bukti2 yg mencukupi sbg pengajaran juga sbg peringatan buat kite... Maybe ade cerita disebaliknya yg kite xtahu...
Pernah terjadi pd Marya bank inkan duit dlm ATM but xkuar resit! Byk lak tu, duit org pulak, mengigil lutut! But, I manage to call helpline and all settled within 3 days... Alhamdullillah... Tak perlu risau sb ade CCTV and saksi kat situ...
Hilang duit dlm akaun out of blue xpernah pulak dgr... Nauzubillah~
Kenapa tak kasi buat laporan? Mesti ada yg tak kena tu Acik. Kalau kakak baik buat laporan sekurang-kurangnya dapat membantu org lain tak kena sama...
ReplyDeleteBank apo tu kak..? Nak gak tau bank apo.. Sonang sikit nak koluarkan duit kek dalam bank tu.. Koluar kan sikit2 dulu la, janji pihak bank tak perasan..
ReplyDeleteAkak inbox fb sey yoo bgtau apo namo bank tu.. Boto2 nak tau ni..
bank apa tu acik? tak pernah plak..hrp2 takde la berlaku camtu ..huhu..
ReplyDeleteucu kalau setakat duit hilang kt bank tu dah selalu dengar..sedangkan duit zakat n tabung haji pun boleh lesap..donia dah semakin canggih...
ReplyDeleteLynn pernah dengar kes macam tu dulu..lama dah..macam tu jugak pihak bank mintak jgn report..tapi tu lah..better report sebab nanti ramai org yang akan teraniaya lagi..
ReplyDeletebank apa tu kak..elok bagitau, supaya orang lain lebih berhati2....
ReplyDeleteassalam acik..
ReplyDeletebank apa tu acik..setau ieja klu duit hilang orang curi guna ATM..mmg x dpt la nak tolong,sbb bukan salah pihak bank, tp klu hilang tanpa reason yg kukuh..kan pelik tu..siap x bg gtau pihak berkuasa tu..
laaa kesiannya..
ReplyDeletebank apa tu cik?
Betul ke Achik? Takut saya dengar. Tapi kalau dah selalu terjadi kenapa bank tgu tak bagi report polis. Takkan nak biar senyap je.
ReplyDeleteSimpan kat Che Mid Bank pun buleh gak... hi hi
ReplyDeleteSalam kak... ada jugak kes camtu kan... kat bank pun tak selamat...nasib baik dpt semula wangnya...
ReplyDeleteerkkk..takut plak sy dgr kes-kes mcm ni
ReplyDeleteeh takut juga ni..setakat ni x pernah kena lagi..
ReplyDeletesimpan kat ASB selamat kot...
ReplyDeletengeri nya achik.. cemana boleh jadik cenggitu... duit ilang sebab internet banking ke? ishkk ni yang seram ni.. heee..
ReplyDeleteassalam acik..maaf ya kebelakangan ni mama dilanda kebzzzan terlampau..hu2x..mama simpati dgn kawan acik..perkara tu pernah terjadi kan en.hb mama..sampai skrg duit tak dapat..hu2x..
ReplyDeletesaya blm pernah kena lagi kak tp takut jugakla kalo dah ada kes2 camni...cemana bleh hilang tu
ReplyDeletecamne leh jd mcmtuh?? kene minta explaination dr pihak bank ni.. suka suki jer duit kita ilang. mcm ada xkene jer kan, adakah pihak bank buat kecuaian... ????
ReplyDeletekalau dia tidak mahu kita lapor kepada pihak berkuasa, memang kemungkinan besar kesilapan tu terletak pada diorang la.
ReplyDeleteTakutnya, bank mana la tu..Tunggang terbalik kita keja cari duit, nak simpan, jadi camtu pulak. Ni buat saya pucat nih..nampak sangat depa yg salah sebab boleh pulangkan balik duit tu pada kawan Acik tu, siap tak bagi report pulak tu..Takut ni, na'uzubillah!
ReplyDeletekerja org dalam lah gaknya tu, tu sbb pihak bank setel senang je
ReplyDeletesaya pun pernah alaminya tahun 2009 dulu, hilang RM400
apa? jgn laporkan?
ReplyDeletehuh..nampak beno ada yg tak kena.
kalau duit tak byk, boleh lg perasan. kalau beratus ribu..mau tak perasan.
Parah kalau mcm ni. MAu tak menangis duit dah tinggal RM11.
ReplyDeleteKesian kawan akak tu.. macam mana pulak dia boleh cakap jgn repot polis.. silap2 saman bank tu pun kita boleh tau kak.. kalau kat bank pun tak boleh simpan duit, kat rumah lagilah bahaya.. bahaya sbb kita senang nak tarik selai selai... sedar tak sedar dah habis je kena tarik hehehehehe
ReplyDeleteuishh macam tuu ke ker ?? adoii acik , bank mana .. biar kita lebih waspada .. risau nie .. kalau kecurian nie ada juga dgr maybank , bank lain x pernah pula ..
ReplyDeleteatau kita aje x tahu
sabarlah kawan acik tuu , siannn banyak tuu , adoii org bank siap cakap jgn adukan pada org ramai ! .. kalau ieda ku terus ke balai , rasakan !
maksudnya acik dorang pakai dulu duit tu, jadi dia tak nak kawan acik tu besar-besarkan perkara tu. kejadia cam ni banyak berlaku cuma tak de orang berani hebahkan.
ReplyDelete