Assalamualaikum..
Sebelum nak bertanya dan minta pendapat
kawan2 yang baca blog acik ....
acik nak kongsi sikit.
sesiapa yang kenal ensuami acik mesti tau
macam mana cara dia selalu bercakap.
tak berapa lama dulu
ada pegawai perempuan yang mengandung
di pejabat acik
pegawai tu mengeluh la sikit
"tak laratnya saya nak mencangkung ni"
ensuami acik tanya..puan dah berapa bulan mengandung
pegawai tu jawab dah 6 bulan
en suami acik terus cakap
puan baru mengandung 6 bulan
saya ni ha..dah bertahun tahun tak bersalin pun.
lagi la ..katanya
he he..boleh faham tak..maksudnya tu..(boroi le tu)
sebenarnya acik nak tanya ni kes 'bleeding'
kesian kawan diopis ni..
baru kawen hujung tahun lepas
dah mengandung sekali
belum 3 bulan keguguran.
kali ni mengandung lagi dan
minggu lepas dah mula bleeding lagi
dia tidak ditahan diwad..tapi di bagi cuti sakit sahaja.
tadi cuti sakitnya dah habis
dia datang kerja seperti biasa dan masih lagi ada darah yang keluar
acik mana la tau nak membantu bila dia bertanya
cuma mampu suruh dia kehospital aje.
rasanya memang tak boleh buat apa2
selain dari hospital kan..
ada ke cara..boleh kongsikan ngan acik.
Terima kasih dan jumpa lagi,Insyaallah.
baik bertanya kepada yang pakar. Mmmg perlu ke hospital je kot acik, minta nasihat doktor, munkgin rahimnya tak cukup kuat. Rasanya, dia mmg perlu banyak rehat.
ReplyDeleteSalam akak...
ReplyDeleteEloklah ambil cuti tanpa gaji ataupun MC berehat kat rumah...takut juga kalau terjadi macam yg.pertama dulu...:)
acik...
ReplyDeletekita ada sorg kawan.
bleeding dr mula mengandung sampai bersalin.
tapi dia ok je la.
anak pun dh darjah 5.
tanya pendapat doktor lagi baik la cik sbb kes setiap org adalah tak sama.
.
kahkahkah..mmg kenal sangat dengan sifat lawak suami kak erna tu hehe, mmg jenis kaki lawak, ada 2 je. Bab bleeding tu susah nak kata kak, hanya doktor yg mampu menolong dia, dan kena banyakkan rehat. Urinya ke bawah ke kak. Harap2 tak ada yg menggagu gugat janin kat dlm tu, moga selamat semuanya
ReplyDeleteSebaiknnya refer doctor yg lebih paham la kak...sy x brapa reti le mende2 nie...
ReplyDeletetp kalau abis cuci nnti...myb boleh ikhtiarkan cara2 kg...berurut ke mungkin....usaha je la kan...mna tau...
yg saya jumpa tu ari ker?sian dia..mgkin rahim tak kuat kot..kalau peknen lagi suh dia ambik cuti tanpa gaji sampai rahim kuat.tpi kes berdarah tu kena rujuk spital la..x de pengalaman
ReplyDeletekesiannya
ReplyDeletesaya x de pengalaman ni kak
Ish...3 bulan tu rsnya consider bsr gak kan janin tu? Sy pun tak tau mcm ne nak solve problem mcm ni. Tp kesian kat die Acik. Huhuhuhu....spital mane yg bg die mc je tu? Kena refer kat pakar.
ReplyDelete=(
salam
ReplyDeletemaaf cakap..kebanyakan kes bleeding,berakhir dgn keguguran...saya pernah alami semasa kandungan 4 minggu...walau dok umah,tak buat kerja berat,tetap juga gugur...kata doc,ia umpama bunga yg berputik tp tak sempat menjadi buah...
th ni pulak,2 org anak buah,keguguran jugak...bermula dgn bleeding..ke hospital,amik ubat,tp tak dapat diselamatkan...
Boleh juga rujuk ke klinik lain, sebab tak semestinya hanya rujuk ke hospital atau 1 klinik, lain doktor mungkin lain nasihatb / saranan / tindakannya...
ReplyDeletesya x ada pengalaman..harap semua berjalan dgn lancar dan selamat hingga sampai bulan bersalin tu
ReplyDeletehehehe pandai berlwk somi acik ek...
ReplyDeletepsl kwn acik tu, mmg dia kene ke hospital... cube mintak mc kt hospital selalunyer dia akan bg...
kwn acik tu kene pantang betul2 tau, tkt nnti dia nk peknen semula payah... ckp ngn dia jgn peknen dlm masa terdekat... tkt rahimnyer tak kuat lg
cuba bawak ke hospital kerajaan sebab biasanya kes mcm ni mmg kena duduk wad
ReplyDeletememang kena ke spital... doktor boleh tolong insyA...
ReplyDeletekesiannya. harap2 takde apa lah yg berlaku. nak share apa pon x tau. kawen pon blom. huhu
ReplyDeleteLawak gak ciksuami akak ni hahahaha
ReplyDeleterasanya kes bleeding ni kena ke hospital terus la kak..jgn dilengah2kan..mgkn juga kes placenta previa, atau uri tak kuat.. mudah2an tiada apa2 yg serius..banyakkan berehat pesan pada kawan akak tu.
hanya ke doktor saja kot.. biasanya doc akan bagi ubat n suruh rest bayk2@
ReplyDeleteBetullah nasihat acik ke hospital biar doktor pantau. Dulu kawan kakak bleeding tapi terus kena tahan duduk wad Acik.. berbulan dia duduk wad tak boleh kerja, banyakkan baring alhamdulillah selamat dah besar pun anak dia...
ReplyDeleteikut pengalaman saya yg lepas...mmg kena bed rest kak cik...kalo kat hosp nak pi toilet pun kena guna wheel chair sbb doc kata kena minimumkan pergerakan...
ReplyDeletetp kes kawan acik ni saya xsure sbb ada juga org yg bleeding dr awal smpi bersalin...mintak pendapat doc la
Acik..c'jai mengandung tujuh kali, dan hanya kandungan kedua shj yang tak bleeding... 4 dr kandungan c'jai gugur di usia 2 bln lebih... Kandungan pertama dan terakhir bertahan hingga bersalin walau ada pendarahan... C'jai dulu cuba juga perubatan alternatif yang berbentuk hemopati, tapi kalu dah bukan rezeki buat macam mana pun tak akan jadi hak kita... rasenya member acik tu kalu mengandung kena rehat dan tak boleh banyak pergerakan ..macam c'jai dulu... selebihnya kalu dah puas ke hospital kerajaan cuba lah dengan swasta atau jumpa pakar...
ReplyDeletesalam acik..kesian kt kawan acik tue..lbh baik sambung cuti sampai dia btl2 sembuh..mgkin boleh mnjejaskan kshatan dia nnt klu byk bergerak
ReplyDeletesalam acik...
ReplyDeleteAA lagi xtau...
baru nak blajar ni..
erm..kalo camtu better p hospital la, tak bole dibiarkan...takut dengar..
cian dia, takde rezeki nampaknya...
doktor saya pun suruh rujuk pakar je.. kalau takat pegi klinik ke hospital yg bukan bahagian O&G ni diorang pun tak tau sangat.. bahaya bleeding tu.. rahim tak kuat tu..
ReplyDeleteKena tgk berapa hari dah dia bleeding...makin banyak ke bleedinhg, ada sakit ke tak, ada tak keluar objek macam tissue selain dari darah tu...Kalau baru bleeding, biar dulu..rest..kalau dah masuk 3-4 hari, pergi scan..
ReplyDeletenasihatkan dia, kalau kali ni gugur jugak, mmg doc akan buat cromosomal study/genetic study nak tgk punca2 kenapa dia gugur berturutan
aduhai..ngeri pulak dengar bleeding2 nih..suruh dia dapatkan checking dan 2nd opinion dari doktor pakar lain lah....
ReplyDeletehihi crita asben akak tuh memang nak tergelak di baca nya
harap semua selamat.. saya dah lalui semua tu.. byk kan berdoa yea..
ReplyDeletesalam acik erna,
ReplyDeletedah sihat ke belum?
dah tergelak awal2 td masa baca lawak encik suami acik tu tp baru ni berpeluang drop komen ;p
BLEEDING NI BOLEH JADI TAKDE PEPE BOLEH JADI ADA YG TAK KENA... CER CEK KAT KLINIK LAIN PLAK...
ReplyDeletehmm...dulu wife PM alhamdulillah tak alami lak bleeding semasa mengandung...tapi selepas melahirkan Mifz ada la bleeding sikit..tuh yg kene duduk 3hari 2malam kat hospital dulu...
ReplyDeleteerna, dah lama tak ngandung..maaf ye, dh tak berapa faham nk bgi nasihat..moga2 dia jumpa pakar/yg arif dan bole membantu..
ReplyDeleteSalam K.Erna..Sedih la baca kisak kawan k.erna tu.Atie nk nasihatkn...cam kawan2 laen gak,g check kat klinik.
ReplyDeleteNk lbh puashati g doc pakar...itu yg sebaik2nya.Sama la kita k.erna...bertahun xbersalin :D
kena gi hospital la jln terbaiknya..dibiar takut jadi benda lain lak..
ReplyDeleteCara terbaik hospital aje acik zaman sekrang ni. Petua2 nih bukan tak percaya tapi as back up plan je. Harap baby dia selamat. Biasanya orang macam ni kena ambil ubat kuatkan rahim dan rehat je kat rumah. Baring tanpa sebarang kerja sehingga baby agak besar dan betul2 kuat.
ReplyDeletekena g doktor pakar baru tahu punca bleeding... sebab bleeding kan tanda awal kegguran...kesian kat dia
ReplyDeleteSalam. Lawaklah suami Kak Acik.. hehe
ReplyDeletePasal bleeding tu, Nur kurang arif. Sememangnya betul nasihat akak tu, suruh dia ke hospital dengan segera dan dapat khidmat nasihat doktor pakar. Mungkin rakan akak tu stress, dan nasihatkan dia jangan terlalu aktif. Moga semua urusan rakan akak tu dipermudahkan. Suruh dia supaya jangan renyah sangat..
tak sure plak la acik...maybe dia perlu byk rehat kot tak blh aktif sgt...maybe dia puya rahim tak kuat kot...better jumpa dr pakar..
ReplyDeleteRefer ke hospital pakar je lah. Dulu anak sedara saya pun macam tu jugak. Last2 dia kena duduk hospita dari kandungan 7 bulan sampailah bersalin. Terbosan2 dia berumah di hospital selama 3 bulan. Peranakan tak kuat agaknya.
ReplyDeleteheheh...saya rasa kes yg tak bersalin2 tu lebih kene pengawasan tu. kehkehkeh.
ReplyDeleteSaya pun sependapat dengan gadisBunga di atas, heheheh.
ReplyDeleteSaya boleh baca entri & komen2 yg lain saja sebab takda pengalaman dalam hal ni.
Kes yang agak berat jika mengandung ada pendarahan, dibimbangkan masalah plasenta previa(kedudukan uri di bawah), baik berjumpa doktor, buat scan tengok kedudukan uri. Kak pernah alami situasi ini, kena duduk di wad shingga bersalin secara ceaserian (pembedahan)...suruh kawan acik tu ke hospital. Perkara ini jangan diambil ringan, sbb boleh membahayakan nyawa si ibu dan juga si bayi.
ReplyDeletedia baru keguguran means rahim dia still lemah .. biasanya kalau bidan kg , dia x bagi mengandung dlm masa terdekat sbb risau kes macam nielah .. rahim x kuat layie ..
ReplyDeletebiasanya dia suh rehat dlm setahun baru mengandung balik .. bagi rahim kuat ..
saya selalu dgr nasihat2 macam nie pada kaka2 sepupu , mana yg ada masalah rahim ..
wallahualam .. biasanya memang cakap2 org tua nie ada benar kan ..
kesiannya....saya pun brpndapat macam acik jugak...lebih baik dia ke hspital jumpa pakar....
ReplyDeleteAcik....husb Acik macam husb saya...mngndung tapi tak beranak2 pun...heheheh
Apa-apa hal kena rujuk doktor pakar plus diri sendiri kena banyakkan berehat dan jangan stresskan diri sendiri dengan fikir yang bukan-bukan or risau berlebih-lebihan
ReplyDeleteape pon kena rujuk Dr pakar..rahim lemah tu..macam akak ipar..die kena amik injection baru dapat mengandung..kalu tak ambil gugur aje la...
ReplyDeletetak dapek saya nak menjawab..blm berpengalaman.
ReplyDelete*mengandung tak bersalin-salin..hihihi
saya penah jumpa kes macam ni kak, walopon saya takde experience..masa tunggu mak sakit dulu ada la jumpa kes bleeding camni...memang kena gi hospital...kesian saya tengok diorang, ada yang kena jahit lah, kalo tak anak dia kuar, tu yang 5 bulan...yang kandungan baru 3 bulan tu,dia masuk air or darah..pastu balik...sian diorang nangis-nangis..saya doakan moga kawan akak takde pape dan kandungan selamat...
ReplyDeletetp kelako la hubby akak,dia mmg suka buatlawak ey :)
salam acik.. dulu ada juga teman saya yg sebegitu.. sgt sensitif time prgnant.. langsung tak boleh buat kerja.. bila buat kerja sikit bleeding.. tp rasany mmg dia terpaksa ambil cuti berbulan2 juga sblm bersalin sbb dinasihatkan berehat saja kat rumah.. kat rumah pun mmg tak boleh buat kerja rumah.. rasanya kena ikut juga pendapat doktor apa yg terbaik untuknya.. harap2 segalanya baik2 saja buat dia dan bayi dlm kandungannya..
ReplyDeleteyang penting tanya pakar la.... wat pemeriksaan kesihatan penuh ke... blood pressure atau antibody ke......
ReplyDeletebetter kepakar !!!..takut ada masalah lain..mencegah dr awal lbh baik..hu2x..
ReplyDeleteKena jumpa doktor lg le klu bleeding berterusan.
ReplyDeleteHi,
ReplyDeletePerkara nei senang solution.
You kena jumpa Pakar Sakit Puan,
dan bincang dgn detail masalah nei.
Thats solves problem you,
Kena buat:
1. Take your history.
2.Physical examination.
3.Discuss dgn suami/isteri.
4.Buat scan terliti, scan rahim dan vaginal scan.
5. Test darah utk detect/ukuran hormone.
6. Lepas nei semua, baru bincang thenext step.
Jangan buang masa, contact Pakar Sakit Puan
mana2 hospital.
http://www.facebook.com/SentosaSpecialistHospital