Tuesday, December 27, 2011 By: Acik Erna

SUSHI? CAMANA NAK BUAT.

Assalamualaikum


Gambar diatas ni..beras dari jepun yang dibawa oleh 
anie nagoya.
tapi yang mengantarkan kerumah acik
Anymz..sedara acik ni
anymz kata dia bagi acik beras ni
untuk acik buat sushi.
alahai..tak pernah seumur hidup acik makan sushi ni
camana rasa pun tak tau
tikar hitam(acik yang kata tikar ye..he he) 
yang buat gulung tu pun
acik tak tau dimana nak beli.
Anymz pulak dah berlepas ke negara cina untuk bercuti.

Simpan la dulu jawab nya ni kan.
dah tau cara dan mana nak beli nanti
baru acik cuba.

Jumpa lagi..Insyaallah.

p/s terima kasih pada semua 
yang  meninggal komen disini
terima kasih banyak.

25 sudi tinggal pesan..terima kasih:

saniah said...

salam achik erna...akak jawap kat sini so senang erna tak perlu scroll jauh kebwah..:) syukur andai cerita kami dapat membantu hero memahami situasi yang dia hadapi...cerita anak akak ada banyak lagi..tentang bagaimana diaorg struggle dlm pelajaran dan cerita bgmana mereka gagal..dan semasa berjaya...Alhamdulillah mereka di anugerahkan dengan ketabahan dan kekuatan ( mungkin dr abah diaorg..) sekarang pun mereka masih berjuang kali ni di tahap yg lain pulak...:) tu lah yang saya harap hero paham bahawa yang dia hadapi sekarang hanya sebahagian dari pengalaman..biasa lah hidup kdg2 di atas kdg2 di bawh...

Anyway...harap selepas ni hero buang jauh2 kekecewaan dia ya...biasa lah menangis kecewa tu tapi biarlah selepas menangis tu kita tutup cerita lama...fokus pada masa sekarang dan buat sesuatu untuk reward masa depan..:)

akak nak cerita panjang2 pun tak pandai...so harap hero kuatkan semangat..ya...salam utk hero..:)

Ujie said...

hmm..saya pun blm pernah try mkn. tengok yg buatnya mcm bkn muslim,tak berani beli..sedaya upaya nak mkn air tangan muslim.

nak buat..lg tak de idea. ^__^

kasihredha said...

kak...senang je kak buat sushi ni.
Sushi mat..akak cuba cari kat jusco...ada jual.

Tihara said...

saya pun tk penah makan sushi kak :)

♥MAMASYAZA♥ said...

sama la cam saya kak, tak penah mkn sushi, tgk ami makan, rasa teringin sgt, tapi tekak takleh nak terima

azieazah said...

Biasanya bahan begini, kat supermarket besar-besar ada jual.

Tikar hitam tu rasanya, agar-agar laut, kan?

ainnoraini said...

saya pernah makan sushi tapi nak buat sendiri tak pernah lagi cuba...

Zareda Norman said...

Klu dah buat jangan lupa pangil zar.. Memang suka shushi tapi x pernah buat sendiri lagi... Gugel je kak erna...

Queenie said...

saya tak pandai makan sushi...

tikar tu Achik boleh beli kat DAISO...

sal said...

cari kat jusco..ada jual..dulu saya beli kat jusco jee..
kot klu google pun, boleh berkenalan lebih dekat dengan sushi..

tapi saya dah biasa sambal belacan..bila makan sushi tu, terkulat2lah juga..

mungkin keistimewaan sushi terletak pada kelebihan berkhasiatnya...

Pn Kartini said...

Salam my dear kak erna..

Sushi??
Ermmm...cari lam tennet..mungkin ada resepinya tuu...:)
Ntah2 lagi sedap sushi kak erna buat nanti....;)

ibundo said...

lamo tak melepak kek sini.
Seaweed tu ada kat carefour. JJ pun ada. Giant mungkin ada. Tesco tak taulah sebab tak penah cari. Kau cari kat bahagian kering yang jual keropok.
Jangan lupa boli rice vinegar. Guno e tuk gaul dalam nasi yang ditanak tu.

Ibuhani said...

k.erna....saya pn x makan sushi ni! Anak2 sukalah tp kalau dia org nak makan saya hntar jer kat kedai or beli yg segeranya.....saya x pandai @ x reti makan sushi!

Pen Biru said...

nakbuat sushi ni tak delah susah sgt.guna beras kita yg biasa pun boleh.masak bagi lembut( 1 cawan beras, 1 1/2 air)..bila dah masak nasi tu angkat panas2, titikkan cuka makan sikit, gaul rata2.tapi kena beli rumpai laut yg keing2 tu. utk inti dlm boleh guna apa2 sj cth cm isi ketam , udang , timu, karot.gulungkan jer benda2tu. ratakan nasi atas rumpai laut letak inti secara memanjang pastu gulung kuat2.tikar guna nya utk mudahkan kita menggulung nasi tadi..senang jek

So Shy Lady said...

kurang reti buat shushi... mkn pun t.reti jugak sy ni, kak ;)

Pok Amai-Amai said...

Acik,

Kat Daiso ada jual rsnya tikar tu!

Rai said...

makan reti lah..buat tak reti.. hehehe..

kat kedai 100yen pun ada jual tikar sushi tu..kalau kat jusco rasanya ada jual set..sekali dengan wasabi semua..

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Akak gugel yoo kak cmno nak buek sushi tu.. Hari tu kek dapo Kak Pah ghaso ehh ado resepi buek sushi ni.. Cubo akak cari balik kek situ..

Kok tak tau, tanyo yoo Kak Pah direct.. Kan dah jumpo hari tu, kan... hehehe...

wahida said...

saya tak suka makanan jepun...huhu...

Papa Mifz said...

papa mifz tak ponah mkn sushi..x berminat nk try..

Nieza said...

senang jer buat sushi tu kak saya selalu juga buat...:)

EmbunRosaliza said...

Saya tau mkn je kak tak reti buat heheh

Kamalia said...

Salam acik..nnt nak email address cik.ado bondo nak borak ni..ni email saya..liahani_mir@yahoo.com

Anamarza said...

tak pernah makan sushi, sedap ya?

Cik Ina Do Do Cheng said...

tekak cik ina tak boleh nak masuk ngan sushi. betul lah acik itu beras yang buat sushi, siap ada tikar kecik buluh tuk gulung sushi : )