Followers

Sunday, November 25, 2012

OPERASI....

Assalamualaikum
Minggu sebelum pi bercuti
acik ada balik kampung
terkejut tengok dua orang jiran arwah mak
duduk di tangga rumah tinggal tu
bila acik tanya...katanya rindu.
Sebab itu acik ambil keputusan untuk balik kekampung
nak bersihkan sedikit laman yang dah nak jadi hutan
 Pokok jambu air,pokok belimbing
 Pokok rambutan
 dah banyak yang tumbang
pokok limau nipis,limau kasturi
mesta dan pulasan
cuma di cantas sikit je
tak potong habis.
akhirnya nampak la rumah
mak zino.kalau tidak tak nampak
 ada yang dah tinggal tunggul je
lain masa yang entah bila
baru balik lagi
kemas dahan2 yang  telah dipotong.
tadi tak sempat
tak sanggup berperang dengan kerengga yang banyak.

ok lah..jumpa lagi
nak rehat..penat sangat la kononya ni.

19 comments:

  1. Kita pun nanti akan jadi org2 lama....dan mungkin rumah kita sekarang pun akan ditinggalkan anak2,emo lah pulak.

    ReplyDelete
  2. as salam

    sayu pulak bila baca kawan2 arwah mak akak tunggu di tangga..semalam kawan mak saya pun datang zirah mak..makcik2 tu pun rindukan mak, mak dah tak sihat macam dulu...saya pun byk temankan mak di rumah..

    ReplyDelete
  3. Rasa hening, sepi dan terharu bila mengunjungi rumah lama yang ditinggalkan...

    ReplyDelete
  4. rajinnya akak,,takpe, kalau kita xbuat siapa lagi kan, =)

    ReplyDelete
  5. tiba-tiba jadi sentimental..dan teringat kampung halaman..

    ReplyDelete
  6. Operasi besar besaran tu yer Acik..

    ReplyDelete
  7. Bila balik nak mengems dahan2 kering nanti mesti pokok2 yg ditebang tu dah bertunas semula..

    Rumah arwah mak makchaq, adik duduk. Lega la siki, terjaga... tapi makchaq pulak segan nak balik sebab selalu mak mertua adik duduk sana jugak..

    ReplyDelete
  8. Sey balik kampung hari tu, tengok kawasan tapak ghumah dah ponuh somak.. Tak lamo lagi jadi hutan kocik la jawab ehh.. huhu...

    ReplyDelete
  9. Tak do oghang tunggu ko ghumah mak tu acik? Cantik ...ghumah lamo kan. Kok musim bobuah tu konyang makan buah. Hehehe.

    ReplyDelete
  10. Banyaknya pokok buah-buahan kat kg Acik yek..

    ReplyDelete
  11. kampung dayah takde la peluang nak tgk pokok2 cam gini...kawasan perumahan...

    cuci mata tgk gmbr org je la kalau nak tgk kampung..

    :)

    ReplyDelete
  12. bile dah takde orang duduk..macam ni lah jadi nyer

    ReplyDelete
  13. Bestnya ada kampung yang banyak pkok buah.

    ReplyDelete
  14. Macam2 pokok buah-buahan ada, bestnya Acik!

    ReplyDelete
  15. sekali skala memori ni mesti terkenang org2 yg telah pergi..sy pun sama acik.kadang2 tanpa sedar meleleh air mata sbb rindu yg teramat

    ReplyDelete
  16. he he seronok sebenarnyer tgk pokok2 merimbum ni

    ReplyDelete
  17. oh dekat sgt umah akak dgn umah abah zino

    ReplyDelete
  18. ehem banyak pokok buah2an kat kg AE ya..

    ReplyDelete