Thursday, August 23, 2012

KEBAHAGIAAN YANG DIRASAI..

 Assalamualaikum.

Sambung lagi kisah raya
sebenarnya selepas pergi semua rumah.....
abang abang dan anak sedara  nak
 kerumah acik pulak
nak makan nasi katanya.
kalut sekejap acik. cepat2 balik kerumah dulu.
terus masak nasi beriani
lauknya goreng ayam dan sambal kentang 
dengan ikan bilis je
sebab rendang  semua ada lagi.
abang2 sampai..ngam2 je nasi acik masak.
fuuhhh legaaaa.
alhamdulillah semua dapat makan.
dan satu perasaan yang acik rasa...
mungkin orang lain pun merasainya
hati rasa lapang....suka tak terkata
itulah kebahagian adik beradik yang sebenar
walaupun ibubapa dah tiada.
Gambar yang boleh nampak muka acik..
sebelum ni nampak kening je he he.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

40 comments:

kakcik said...

Cantik pakaian sedondonnya.

Entah kenapa raya kali ini, saya langsung tak teruja nak merakamkan gambar makanan yang saya masak (eh... ada kena mengena ke?) :)

iBu...gUru said...

salam aidil fitri kak erna ........ maaf zahir dan batin

Daddy Ziyyad said...

Teringin nak rasa nasi beriani acik :-) selalunya kalau mak ayah dah tiada, rumah akak/abg sulung yg akan jadi 'rumah tua' kan..

Jendela Hati said...

cantek ijo sedondon, selamat ari ry acik

Acik Erna said...

kak cik..tahun ni bukan rancang pun kak cik..lebih kurang sama pulak.
acik pun sama acik..tak sempat nak ambik gambar masakan..hidang je terus..bila dah ramai2 nak ambik gambar malu la pulak

kasihibu said...

meriahnya beraya bersama keluarga berkumpul ramai ramai macam nih

Acik Erna said...

salam aidilfitri jugak buat ibuguru

Acik Erna said...

Daddy ziyyad..memang betul..rumah abang ni la jadi lokasi berkumpul adik beradik tiap kali raya..datang le rumah baru boleh makan he he

Acik Erna said...

JH..selamat hari raya

sal said...

memang bahagia berjumpa adik beradik ,makan apa pun sedap jee.saya juga sentiasa menunggu2 perjumpaan sebegini setiap tahun lebih2 lagi apb ayah dan ibu telah tiada.gembira tak terkata apb berjumpa mereka..harap2 kebahagian dan keharmonian dengan adik beradik akn kekal dirasakan sehingga ke akhir hayat..

Acik Erna said...

kasihibu..memang meriah..terima kasih sudi datang mah acik ye..nanti datang lagi ye

Acik Erna said...

betul kata sal..kalau dapat selalu pun seronok kan.bila ayahbonda kita dah tiada..dapat berkumpul ramai2 macam ni..air mata pun keluar tanpa disedari..abang2 acik pun boleh keluar air mata jugak.

Dinas Aldi said...

Walaupun ayahbonda dah tiada, adik beradik masih ada jadi tetap juga kita saling kunjung mengunjungi, barulah terasa nikmat beraya tu kan :)

Acik Erna said...

betul tu dinas..walaupun ada jumpa kalau bukan musim raya..tapi tidak serentak..klau raya boleh jumpa semua..tu yang seronok

Tihara said...

selamat hari raya kaka..hari ni baru dapat bw sket...alhamdulillah seronok bila kita adik beradik dalam keadaan harmoni :)

❤Kamsiah❤ said...

cantiknya rumah kampung...sejuk ja

Acik Erna said...

selamat hari raya tihara..memang seronok tihara..bila dah berkumpul ramai2 ni

Acik Erna said...

kamsiah rumah abang dikampung

SHAHZEE said...

bestnya ramai2 berkumpul.sy pun x sabar nak balik kg sok, nak kumpul ramai2..

*eh acik yg mana 1?mana tau jalan2 selisih bahu leh tegur hehehe*

Acik Erna said...

memang best shahzee..seronok bila dah ramai.acik tudung hijau berbunga dibelakang..tak berapa nak jelas.

MulutPayau said...

Acik..seronoknya dapat kumpul ramai2......memang meriah....

Acik Erna said...

memang meriah mp..riuh pun ye..masing2 usik mengusik

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

selamat hari raya aidilfitri ye, maaf zahir dan batin dari teratak siFaqir 'ilmu (^___^)

Maiyah said...

itulah saat bahagia
bila bergurau senda
semuapun ada

Acik Erna said...

Selamat hari raya maaf xahur dan batin

Acik Erna said...

Betul maiyah.saat paling bahagia

Zie said...

cantik gambar raya ni.. meriah kalernya

eita said...

meriah nyer kak cik raya

Fatin Mraz said...

Selamat ari raye acik!

♥MAMASYAZA♥ said...

betul tu kak, bila dpt jumpa adik beradik, berbual, bergurau senda, gelak ketawa, terasa syukur sgt, dikurniakan tuhan kebahagiaan itu

~ Cik Azz ~ said...

Raya jadi seronok kalau semua bekerjasama, bukan setakat galak berborak je..

Selamat hari raya kak.. Maaf zahir batin...

Marya Yusof said...

As salam Acik,

Betul tu Marya setuju... bila dapat menjamu org rasa puas sgt dlm hati biar pun terasa penat... nikmat ALLAH bg pd kita... suka tgk org makan kenyang dgn air tgn sendiri...sedap tak sedap belakang cite...hehehe ;))

Semoga acik ceria2 selalu! :))

mamawana said...

sedapnyer nasi briyani............salam eid

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selamat hari raya acik erna sekeluarga :-D

Acik Erna said...

'zahir'

MystoryPic said...

Salam Syawal Acik Erna dan salam perkenalan juga..
Seronok kan dapat berkumpul ramai... makan nasi ngan ikan goreng pun sedap kalau dah ramai-ramai

Rohani M.U said...

Assalammualaikum wbt Acik Erna.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ceria selalu!

jemarisuri said...

meriah ...suka tengok...^^
selamat hari raya acik..

Ibuhani said...

Salam aidil fitri dr ibuhani n keluarga. Maaf zahir n batin. Smoga ukhwah kita berpjgn......alhamdulillah diberi kesemptn beraya n berpuasa tahun ni!

mama aini said...

ehem..adik2 mama raya rumah mentua..mama pula dah tekde MIL & FIL..hu2x..raya tahun ni kurang meriah..ank mama tak beraya dgn mama...