Pages

Monday, March 18, 2013

TENGOK GAMBAR JE YE..

Assalamualaikum
 Abang yang beli ni
bila tau adik dia outing
Seronok dia
 Ada pulak gambar dia xtvt hari sabtu yang padat tu..he he
sibuk beno la dia
 Sebenarnya hero bungsu ni
memang suka dengan xtvt macam ni
tu sebab acik hantar kesekolah agama 
masa tingkatan satu dulu
dah beria ambik perika...dan lulus..
dapat masuk sebulan je..
meraung hari2 bawak balik jugak 
sudahnya ..aduhai anak omak
oklah jumpa lagi,In Shaa Allah

Saturday, March 16, 2013

SELAMAT HARI LAHIR DIK..

Assalamualaikum

Hari ni 16 Mac,2013 genap la umur hero bungsu 17 tahun
Selamat Hari Lahir dik
Doa mak sentiasa mengiringi dimana saja
adik berada.
Pertama kali..dihari lahirnya hero acik tiada dirumah
nak telefon pun ..nak halakan kemana
hari ni program dia penuh sampai kemalam
semalam dia dah bagi tahu
pagi ustazah bawak ke program ceramah
ustaz Kazim Elias
petang sampai ke tengah malam.. pulak ke PutraJaya..
ada perhimpunan sejuta umat katanya..




layan je gambar gambar hero acik
sedih rasanya tak dapat nak peluk dia dihari lahirnya.
Semoga adik sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah dimana saja adik berada.

ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, March 14, 2013

LAIN KALI JANGAN BUAT LAGI TAU

Assalamualaikum

semalam kerja luar
kemudian singgah minum dan makan
kalau lalu jalan tu mesti singgah
kedai ni.
semalam ambik gambar
masa dalam kenderaan
upload kat FB
sekali  hero sulung acik komen
mak..sedap tu ..tapau bawak balik.
tu la..gatai tangan lagi
acik asek teringat..terkilan lak rasa dihati
kot acik ngan en.suami memang acik mintak 
dia pusing balik
walaupun dah jauh.
tapi..nak buat camana kan..sabo je la..
lain kali ye bang..Insyaallah mak beli bungkus
simpan peti ais diopis sementara
 nak balik waktu petang biar tak basi kan..
pengajaran untuk acik ni

oklah,jumpa lagi,insyaallah

Wednesday, March 13, 2013

WW..PERNAH MAKAN SAYUR NI?

Assalamualaikum

Tuesday, March 12, 2013

BOLEH BAGI TAU KENAPA?

Assalamualaikum.

beg plastik hero bungsu dah rosak
acik belikan yang baru
tapi dia tak mau
apa yang tak kena dengan beg ni kan..he he
oklah..jumpa lagi In shaa allah


Monday, March 11, 2013

BIN..BUKAN BINTI

Assalamualaikum

Minggu ni hero acik tak balik lagi
sejak dah tingkatan 5 ni..
sibuk betul dia.
macam biasa la kalau dia tak balik
petang semalam acik pi la jumpa dia
makan makan dan bercerita..
acik suka tanya.
solat asar tadi..siapa jadi imam..
dia jawab..Aimi la..
Aimi kalau jadi imam ambik masa solat yang
tak perlu baca kuat2 je..katanya
kenapa? acik tanya..takut nanti ada yang dengar orang baca surah 
dengan suara yang menggigil katanya he he
macam tu la hero acik..dalam berani ada jugak takutnya
disini acik berani tulis..
kalau dengan kawan2 acik tak berani sebut
nanti acik kena balik..(sapa pulak yang diikutnya penakut)tu yang tak mau dengar tu he he
sempat juga dia bercerita lagi tu..
Aimi dah jumpa cik gu..katanya
Aimi dah tunjuk ngan cik gu..
Aimi dah cakap banyak kali..
Muhammad Aimi Bin..
Muhammad Aimi Bin..
Aimi sebut banyak kali ..
baru la cik gu dah tak salah tulis lagi katanya.
ha ha ha ha..memang acik gelak besar..
dia selalu ngadu..cik gu tulis Muhammad Aimi binti
dia cakap dengan cik gu..dah ada Muhammad
tak kan binti pulak cik gu..
lepas tu bila ada nama dia dipapan kenyataan
pun salah lagi..tulis binti jugak..katanya..
he he..adui..sakit perut acik gelak
nak buat camana kan
acik dulu cari nama untuk anak nak yang
dua suku kata je
Muhammad memang ada untuk tiga2 hero tu
tapi hujung nya nak yang senang panggil
yang sulong Azri..kedua..Adli..yang bungsu Aimi.

Oklah..dah panjang pulak bebel acik ni
jumpa lagi In shaa allah

Sunday, March 10, 2013

SIKAP...

Assalamualaikum

 Rasanya semua kawan kawan ada 
tabiat/perangai tersendiri
semasa tengok tv kan.
acik pun sama.
dari muda lagi perangai acik macam tu la
dulu masa tv satu je dirumah acik
bising jugak en.suami acik
tapi tak boleh buat apa..remote acik yang pegang he he.
bila tengok cerita ditv
bila sampai bab suspen ke takut ke..seram ke..
cepat2 acik tukar ke canel lain.
acik malas nak memenatkan jantung acik ni he he
nanti jantung berdegup kencang..
selalunya en.suami..dok menunggu..tiba2 je
dah jadi cerita lain..
agak2 dah habis bab yang suspen tu
acik tukar balik cerita tu..
allaaa....selalu dengar bunyi tu he he
tu sebabnya lepas tu beli tv lagi satu..

Sebelum tu 
Acik juga minta maaf dengan N3 sebelum ni
tak baik kan tak boleh kawal emosi
takut acik..Istighfar banyak2.
acik pun tak boleh nak bersemuka hari jumaat tu
sebab orang yang perlu ditanya bercuti
dah berhari hari hati pun dah sejuk
walaupun perasaan tak suka diceroboh tu tetap ada
terbaca pulak di FB ayat dibawah ni
lagi la berfikir sepuluh kali kan

Buang semua kemarahan
dan kebencian untuk
menyihatkan badan dan ketenangan jiwa

oklah jumpa lagi,In shaa Allah



Thursday, March 7, 2013

MELAMPAU DAN TERLAMPAU

Assalamualaikum

Jika sedang marah..ketika berdiri..kita duduk..kalau duduk
apa lagi yang perlu kita buat
acik memang sedang marah..istighfar dan
menulis disini..
dua hari acik tiada dipejabat kerana berkursus
bila balik..kabinet acik diceroboh
dibuka..walaupun berkunci..
lepas tu elok2 je buat macam 
benda tu tak berbuka.
tapi barang didalamnya dah tiada..
pencuri..penceroboh 
apa perasaan kawan kawan semua..mesti marahkan

acik tau sangat siapa yang punya kerja..
tu la dia manusia yang selalu cari salah acik 
semua yang acik buat semuanya tak betul..
dia senang2 je ceroboh kabinet acik bila acik tiada diopis..
ini bukan fitnah..memang dia yang punya kerja..
sebab benda yang diambil memang dia yang guna

aduhai hati..susah nya nak bersabar..
rasanya dah ditahap melampau
patut tak acik pi ganyang dia
patut tak acik pi tarik tudung dia..
patut ke tak..patut tak

Ya Allah ya Tuhan ku..Sabarkan la Hatiku
 Ya Allah Ya Tuhan ku.. Ampunkan Hamba mu ini kerana
adanya perasaan marah ini..Ya Allah ya Tuhanku
Sabar itu separuh dari iman..kuatkan imanku Ya allah

Monday, March 4, 2013

MACAM MACAM RASA ADA

Assalamualaikum
Macam macam rasa ada
risau..sedih..
bila membaca kisah..
semoga semuanya kembali aman
AlFatihah ..pada anggota yang telah terkorban 

acik buat cerita makan
nak melupakan semua kerisauan
    
Acik saja tayang gambar bubur kacang merah
bukan sebab apa pun
setiap kali ..makan cendol atau pun
 air batu campur
2,3 biji je diletakkan kacang tu
tak puas makan..
semalam geram punya pasal
acik beli dan buat bubur
puas hati..dapat makan banyak
tapi..alahai anak2 tak berapa nak suka pulak
acik sorang je yang sedap makan
tak boleh la masak selalu
kesian dengan yang tak berapa suka.
acik lebih suka masak yang anak2 suka makan
kalau acik sorang..tak makan pun tak apa lah kan.
sesekali nak makan beli je
 Ni satu lagi..acik cukup suka buah ni.
tapi  memang acik sorang je la yang makan..
bila suruh anak2 makan..katanya banyak biji
tak tau nak buang macam mana he he..
ooo alahai..sabo je la.
ok lah jumpa lagi,Insyaallah

Thursday, February 28, 2013

SEMOGA CEPAT SEMBUH..

Assalamualaikum

 Semalam hero bungsu pagi pagi dah telefon
"mak pagi ni boleh datang tak
aimi demam"

Sebelum pukul lapa acik dan ayahnya dah sampai
dia pun dah tunggu di pondok jaga
cari klinik 24 jam..Alhamdulillah ada
doktor bagi la rehat 2 hari
kena la juga ayahnya mengadap guru besar 
minta izin bawak balik
Guru besar mood baik pulak pagi semalam
"Aimi ni budak baik..pandai pulak tu
tak pe la boleh la bawak balik rehat"
Alhamdulillah ..amiin..mudah2 an betul kata GB tu.

petang ni nak hantar balik asrama semula
tak mau dia lama2
ada perubahan tahun lepas dengan tahun ni
ye la kan dah nak SPM
tak boleh lama2 cuti katanya..nanti ketinggalan

hati mak tetap risau
semoga hero bungsu acik sembuh sepenuhnya..

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Monday, February 25, 2013

"GAJI"

Assalamualaikum

Hari ni..hari Gaji
apahal acik cerita gaji 
pepagi ni..he he..
sebab nya ..malam tadi acik jumpa di FB
anak2 jiran acik masa dok Sungai Burung
seronok sangat..rindu ngan budak2 tu
masing2 dah besar sekarang ni

masa anak2 kecik..masa bermain..
anak jiran acik selalu cakap
"nanti dapat gaji mak aku nak beli itu la..ini la"
bila selalu anak jiran cakap macam tu
akhirnya anak acik tanya..
"mak..mak ada gaji ke"
"kenapa" acik tanya balik
mama(anak2 acik panggil jiran acik tu mama)
ada gaji katanya..Ijul..kak Ti selalu cerita 
 mama dapat gaji.

 alahai..silap acik kot masa tu..
tak pernah cerita pasal gaji ngan anak2,
sampai anak2 tak tau..
kalau nak beli apa apa..acik cuma cakap..nanti bila mak ada duit mak belikan

macam mana agaknya zaman sekarang ni ye..
cerita ni masa anak2 acik kecik.
sama la dengan cerita..anak2 acik tak pernah makan meggi
sampai anak2 boleh bercerita ngan acik
"mak..tadi cik Jam(pengasuh)masak mee..sedap mak..
nama mee nya tu mee meggi katanya..he he..
acik pun masa tu tak makan meggi
sebab tak mau bagi anak2 makan
macam mana acik nak masak kan meggi..he he..
bila diingat gelak sorang acik sampai sekarang. 
agaknya tu la kekurangan acik sebagai ibu masa anak2 kecik dulu kan..

oklah jumpa lagi,Insyaallah
 

Saturday, February 23, 2013

INDAH DIPANDANG MATA..

Assalamualaikum
cantik kan
acik suka sangat
acik ambir gambar ni dari kawan FB
acik dah minta izin dengan dia letak
di background PC
kemudian acik kongsikan pulak disini

 Yang ni..cucu sedara acik le
dah besar dah..dah pandai memilih
kalau lama tak jumpa puas bodek dulu baru nak
oklah jumpa lagi,Insyaallah


" Contest Kaca Mata PapaMifz.com "...

Assalamualaikum.

Acik pun nak bagi sokongan pada PapaMifz.com
sebab acik berkacamata
acik akan menuliskan berpandukan 
apa yang PM tuliskan diblog dia
 Kacamata acik sekarang ada dua
yang ini dah lama tapi masih guna lagi
bingkai jenama Bonia

sebab yang bingkai bonia tu cerminnya 
dah tak jelas pandangan
acik buat lagi satu guna plastik.
jenama givenchy.
bermula lah kisah pahit acik berkaca mata
Kaca mata ni acik buat di Focus Point Terminal One.
kaca mata yang acik guna 
Multifocal katanya jenis zeiss(betul ke ejaanya PM)

kisah pahit yang acik kata tadi..nak cuba guna 
bingkai plastik
rupanya tak tahan acik
asik pening kepala..sebab plastik bila berpeluh
 melorot ke bawah
acik tukar bingkai..minta staff disitu carikan yang sesuai
dia dapat kan pulak bingkai jenis loewe ni
dah tak kisah ikut sesuai dengan muka ke tidak
rasa nak nangis acik..bingkai ni pun mahal.
terpaksa juga bayar.
tak tau dimana silapnya..mungkin sebab dah 
tak sama bingkai
tak selesa pemandangan acik masih juga pening
sudahnya yang lama juga acik pakai
sayang..dah la nak tukar bukan senang kan..
harga kacamata..4 angka jugakla..abis bonus acik. 
nak kata menyesal..tak baik pulak kan..tapi sabo aje la..
kerana mulanya nak mencuba plastik..
konon nak tahan lama
bila dah tak boleh..tukar lagi
menjadikan duit habis..kacamata tak selesa dipakai

Ok..itu je kisah acik dan cermin mata
pada kawan yang ingin menyertai
boleh la..ke blog www.papamifz.com

jumpa lagi,Insyaallah



Friday, February 22, 2013

?

Assalamualaikum
dua ekor je tapi bunyinya kemain bising.
sembelih buat rendang kang baru dia tahu he he
mau kena kejar dek tuan nya
kalau dilepaskan
gaya nak mengejar orang je
cemas dibuatnya
 ok lah..merepek kejap
jumpa lagi,Insyaallah

Tuesday, February 19, 2013

KEK KUKUS..susah ke nak buat?

Assalamualaikum

tengahari tadi rasa macam kenyang
tapi keluar jugak teman en.suami
bila dia order
nasi impit kuah kacang
ngan rendang ayam seketui ni..
terbuka la pulak selera acik
tapi tak mau order lah..tadi kata kenyang kan
konon malu la jugak he he
acik kacau je en.suami makan..sedap..
 Dikedai makan tu ada jual kek kukus
kedai kedua acik jumpa kedai makan jual kek kukus ni
yang ni 200gm RM8.00
kedai yang sebelum tu..500gm RM16.00
dua dua sedap..
susah ke nak buat kek kukus ni ye
acik suka makan..tapi tiap kalinya..beli
ada jumpa yang sedap
ada yang tak de rasa lansung
harga tetap sama walau pun tak sedap..he he

oklah jumpa lagi,Insyaallah




Thursday, February 14, 2013

POTONG JANGAN TAK POTONG

Assalamualaikum

habis dah pokok mangga depan rumah
lepas ni..nak makan mangga beli je la kan
baru2 ni ada yang ambik gambar pokok pokok 
depan rumah
risau jugak kan..sebab memang dah sah2
bukan tanah kita..
tumpang tanam pokok pokok je 
masa budak ni cuti sekolah dapat la
minta tolong.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

BETUL KE?

Assalamualaikum

setiap kali pi minum di restoran ni
acik suka baca apa yang tertulis didinding tempat membuat air minuman
puas juga acik fikir..betul ke..
cuba tolong acik fikir dan beri pendapat..boleh?
Terima kasih pada semua

BATU YANG KERAS ITU,AIR YANG LEMBUT DAPAT MELEMBUTKANNYA
TAPI HATI YANG KERAS ITU.
TIADA SEBARANG BENDA DAPAT MELEMBUTKANNYA,
SEBAB ITU GUNUNG LEBIH SENANG DIUBAH,
DARI MERUBAH HATI.


dua baris terakhir tu betul ke..

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, February 13, 2013

WW?..

Assalamualaikum
dah lama cuti..
jom kerja

Tuesday, February 12, 2013

HARI KETIGA..LAYANNN...

Assalamualaikum

cerita makan lagi..tapi bukan acik yang masak kali ni

kesini la kami pergi
anak2 acik suka disini..sambalnya sedap..katanya
banyak juga nasinya
hero bungsu tolong maknya makan separuh lagi
acik tak minta ayam..cuma sotong
tapi tak ada gambar la pulak
Yang tudung hijau tu la adik acik yang belanja makan

oklah jumpa lagi..Insyaallah