Pages

Saturday, July 21, 2012

PERCUBAAN PERTAMA

Assalamualaikum

Akhirnya acik buat jugak sendiri
dah lamaa Acik berminat dengan kek yang cantik ni
setiap kali acik keblog Anna Qawinna
mata acik lama terpaku melihat kecantikkan kek ni
ada ke orang tengok kek cantik?
adaaaaa.... acik le tu
kemudian acik email dan sms anna
acik kata nak order
tapi anna kata tak boleh pos..nanti hancur.
baru baru ni..sedar acik anymz mykitchen 
ada buatkan
tapi memang belum rezeki acik.
masa sepatutnya anymz nak hantar
acik tak de dirumah.
pagi tadi anymz telefon minta acik ambik dirumahnya
tapi acik tak sempat nak pergi
sebab pagi ada kelas mengaji
 Akhirnya balik mengaji tu
acik cari resepi diblog anna
acik tengok bahan2 semua ada..
yang jadi masaalahnya..acik tak pandai 
buat gula hangus tu
memang hangus le jadinya.
tapi acik buat jugak..ikut resepi anna yang sangat membantu
langkah demi langkah dia tunjukkan
akhirnya ini le hasilnya
memang tak cantik..sebab tangan cik ni bukan berseni
acik longgok kan aje satu senduk..satu senduk sampai habis..he he.
tapi alhamdulillah..masak jugak kek karamel percubaan pertama acik ni.

oklah jumpa lagi,insyaallah

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN ..

 Assalamualaikum

Semalam ye ye je acik nak marah asterok kan
tapi acik tak jadi talipun
membuang kredit acik je

acik anto email je
dibawah ni jawapan dia

Dear Valued Customer,

Thank you for writing in to us. Your email is important and we are currently
addressing it. Our Customer Service Executive will be contacting you within 48 hours.

Have a nice day.




ni lagi satu

Salam sejahtera!
 Terima kasih kerana menghubungi Astro!
 Sukacita kami maklumkan bahawa kami 
telah menerima kad pintar
Jika Puan ada pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan  kami  atau pun Puan boleh tinggalkan nombor telefon terkini Puan supaya kami boleh menghubungi Puan secepat mungkin untuk memberi bantuan.
Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Puan sebagai pelanggan kami.

boleh pulak dia jawab dah terima 
kalau acik tak hantar no.pos..dah tentu bil dia 
akan datang lagi dan lagi

oklah stop pasal tu..acik pun dah putus ngan dia he he

acik juga mengambil kesempatan
mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa
pada semua..ampun maaf jika ada komen2 acik yang
mengguris perasaan.

jumpa lagi.Insyaallah

Wednesday, July 18, 2012

NAK MARAH SIKIT..BOLEH???

Assalamualaikum

Geram betul dengan asterok ni
masa kita nak potong
kekejap  talipun ..macam macam ditawarkan
bila dah potong 
kita pos kan smartcard..siap pos xpress lagi
katanya sebelum tiga bulan.
sebulan je pun dah pos.
tadi dapat jugak bil
'unreturned smartcard RM50'
tah apa apa je.
kejap lagi nak talipun nak marah sikit 
dan nak bagi nombor pos xpress tu.

Tuesday, July 17, 2012

TAK TAU NAK LETAK TAJUK APA

Assalamualaikum

Jom kita bersila buat kerja
sampai sakit sakit belakang mak cik ni.
tapi take pe
bos acik kata..anggap je sedekah jariah 
bila kita tolong buat walau pun bukan kerja kita.

Acik rasa la lelaki memang tak boleh jadi kerani 
dah bertahun tak buat failing 

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Monday, July 16, 2012

SELAMAT HARI LAHIR

Assalamualaikum
 16/7/2011 setahun yang lalu
Icha selamat dilahirkan diHospital Serdang



hari ini genap setahun usia cucu yang sorang ni

Selamat Hari Lahir Icha.
semoga sihat sentiasa
membesar menjadi anak yang baik dan solehah.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA URUSAN

Assalamualaikum

Subuh 'sepie' ..ada jugak yang kata subuh 'adam'
acik dah sampai ke klia
hantar adik,abang,anak sedara dan suami sepupu,
semoga selamat pergi dan selamat kembali
dan dipermudahkan semua urusan
mereka ke Madinah dan Mekah untuk
 menunaikan ibadah umrah

                                       jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, July 15, 2012

SIKAP..PERLU DIATASI

Assalamualaikum


walaupun ramai yang kata biasa berlaku bila
tinggal diasrama
tapi acik tulis jugak disini

Biasanya setiap hari jumaat petang acik hantar 
makanan untuk stok seminggu..
hari sabtu tengahari..hero bungsu acik telefon bagi tau
locker kena pecah dan makanan yang acik hantar 
dah habis kena curi.
Pagi sabtu semua murid tingktan 4 ada seminar
tu yang dorm tinggal kosong.
acik pesan suruh jumpa warden
kemudian hero telefon lagi..dia kata warden kata salah budak2 ni sebab tak kunci dorm
mak ai..dah kunci locker nak kena kunci dorm pulak..
bukan sorang, ke  dua..14 orang satu dorm

memang la orang boleh cakap..makanan je kan.
tapi bagi acik..sikap.tu perlu diatasi..
tak kan nak biar kan budak2 sekolah mencuri.
acik minta dia pergi mengadu  ngan ketua warden..

pagi tadi ketua warden dah kumpulkan semua budak2..katanya ..cik gu buat perhimpunan ..
memang cik gu marah sungguh2 katanya
kalau tak nak mengaku masa tu
esok cik gu tu minta datang ke bilik dia
untuk mengaku sendiri dan mintak maaf.

sekarang ni acik pulak rasa risau..acik harap hero acik dan kawan2nya dilindungi yang maha esa.
takut jugak..budak2 yang mencuri tu balas dendam dengan hero acik dan kawan2nya
kawan dia hilang duit..dan makanan.hero acik..duit tak tinggal dalam locker..cuma makanan aje yang hilang.

oklah..panjang bebel acik
sebab kerisauan la ni.
jumpa lagi,Insyaallah

Friday, July 13, 2012

PENYAPU MODEN PUN TAK BOLEH LAWAN..

Assalamualaikum

maafkan acik sebab letak gambar penyapu
bukan acik nak belasah orang dengan penyapu ye
tak berani acik.he he

acik masih lagi suka dengan penyapu  lidi
dulu2 lidi kelapa
lembut dan tahan lama
sekarang ni lidi sawit katanya
tak sampai  sebulan dah tinggal yang keras
yang halus dan lembut dihujung tu dah putus. 
dua bulan sekali acik beli dua.
maknanya sebulan satu penyapu ni musnah ditangan acik
tadi beli lagi.
mak ai..penyapu lidi pun dah naik harga?
(nak murah buat sendiri la ye tak)
mula2 beli dua RM2,lepas tu RM3,
kemudian jadi RM4,naik sikit lagi RM5
tadi acik beli RM6..tapi sikit je..pegang pun tak sedap.

ish3 apa lah mak cik ni..bebel hal penyapu pulak kan
tak pe la..janji ada.
kalau tak de lagi orang jual penyapu lidi ni..susah hati acik
rasa menyapu tak bersih je.
penyapu moden(vacum) pun tak boleh lawan ni.he he

ok lah jumpa lagi,Insyaallah

TERIMA KASIH TIHARA

Assalamualaikum

Terima kasih banyak  Tihara
yang pemurah dan baik hati
acik terima ni semalam.
semoga Tihara dimurahkan rezeki dan dilimpahi
 rahmat yang esa
acik sangat2 menghargainya
terima kasih sekali lagi.

Thursday, July 12, 2012

BAWAK BEKAL YANG SIMPLE..TAPI TAK MAKAN JUGAK..

Assalamualaikum

hari ni kena bawak bekal..bekal yang simple je
sebab tak de sape nak bawak pi lunch
sebiji epal
nasi
sambal telur puyuh
keropok

tapi dah tinggal sorang
sampai sekarang belum makan

oklah,jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, July 11, 2012

WW.. TEKA ..GAMBAR APAKAH INI?

Assalamualaikum

Tuesday, July 10, 2012

BERPADA PADA LAH..

Assalamualaikum

'PANDU CERMAT JIWA SELAMAT'
setuju tak..
ensuami acik pun tak la laju memandu
tapi tidak la sampai boleh menyusahkan pemandu lain

Pagi tadi..en.suami boleh memandu 60km je sejam
bukan kereta kami je..
bila ada selekoh acik sempat kira
ada 10 biji kereta mengekor kereta hijau yang didepan tu.
seronok je dia memandu santai 
sampai beratur kereta lain mengikut dari belakang
depan dia lansung tak de kereta lain

nak memotong tak boleh..sebab ada je kereta 
dari arah depan
ye lah kan..masa orang nak pi kerja
acik yang selalu nya tak banyak cakap masa en.suami memandu pun
boleh berbunyi jugak sudahnya...
alamak..merah le punch kad..
ensuami acik kata..tu jenis yang memandu tak tengok cermin pandang belakang.
biasanya kalau tengok cermin 
kereta berderet mengekor kita kena laju sikit..katanya.

santai betul dia bawak kete..
60km/jam je..
o alahai...
alhamdulillah..nasib baik sempat 
    ngam2 je sampai warna hitam lagi punch kad acik.

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

Monday, July 9, 2012

BERTAHUN TAHUN TAK BERSALIN

Assalamualaikum..

Sebelum nak bertanya dan minta pendapat
 kawan2 yang baca blog acik ....
acik nak kongsi sikit.

sesiapa yang kenal ensuami acik mesti tau
 macam mana cara dia selalu bercakap.
tak berapa lama dulu
ada pegawai perempuan yang mengandung 
di pejabat acik
pegawai tu mengeluh la sikit
"tak laratnya saya nak mencangkung ni"
 
ensuami acik tanya..puan dah berapa bulan mengandung
pegawai tu  jawab dah 6 bulan
en suami acik terus cakap
puan baru mengandung 6 bulan
saya ni ha..dah bertahun tahun tak bersalin pun.
lagi la ..katanya
he he..boleh faham tak..maksudnya tu..(boroi le tu)

sebenarnya acik nak tanya ni kes 'bleeding'
kesian kawan diopis ni..
baru kawen hujung tahun lepas
dah mengandung sekali
belum 3 bulan keguguran.

kali ni mengandung lagi dan
minggu lepas dah mula  bleeding lagi
dia tidak ditahan diwad..tapi di bagi cuti sakit sahaja.
tadi cuti sakitnya dah habis
dia datang kerja seperti biasa dan masih lagi ada darah yang keluar
acik mana la tau nak membantu bila dia bertanya
cuma mampu suruh dia kehospital aje.

rasanya memang tak boleh buat apa2 
selain dari hospital kan..
ada ke cara..boleh kongsikan ngan acik.

Terima kasih dan jumpa lagi,Insyaallah.

Sunday, July 8, 2012

ALHAMDULILLAH..DIIZINKAN ALLAH UNTUK BERNAFAS LAGI

Assalamualaikum


Hari ni semua xtvt berhenti sementara.
puan rumah kurang sihat

maghrib semalam..tiba tiba rasa berpusing
berputar ligat..sempat solat maghrib

tak tau dari mana puncanya,
asalnya elok je sihat
tanpa ada tanda tanda nak demam.

Panggil en.suami..dia ambilkan ubat
dah makan terlelap sekejap
jam 10.30 malam terjaga
menggigil pulak seluruh badan
en.suami bagi pulak makan ubat demam
masa kuatnya gigilan dengan dunia rasa berputar
boleh pulak acik terfikir..dah sampai ke ajal ku
tak henti henti mulut beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah.

Pagi..bangun perlahan lahan untuk menunaikan solat isyak dan tunggu subuh
en.suami bagi  makan sedikit dan bagi lagi ubat
alhamdulillah banyak dah berkurangan .

semoga terus baik dan dapat ke sekolah hero bungsu nanti
acik tak mau dia melihat/nampak maknya tak sihat
takut terganggu emosinya.
terima kasih pada en.suami yang 
sabar melayan malam tadi.

ok lah..acik mohon ampun dan maaf
 pada semua
dan jumpa lagi,
Insyaallah
 jika dipanjangkan usia.

Saturday, July 7, 2012

DAH SIAP MASAK?

Assalamualaikum

Selamat berehat buat semua yang bercuti hari ni
ada jugak kawan kawan yang bekerja 
hari ni kan, selamat bertugas
acik cam biasa la
bila cuti,kerja dirumah lebih sikit.
dah siap masak dan dah siap gosok baju
baru gosok 10 pasang
rasa letih..konon nak tidur
bila nampak laptop ni..eeehhh tak jadi pulak dah.



telur masin ni acik beli dah siap je..acik tak buat sendiri pun
satu bekas ni ada 10 biji harga rm10.00
kalau beli yang jenis rendam ni.
acik suka buat masak lomak cili api..sedap..

hari ni malas pulak nak ambik gambar.
acik masak telur itik masak lomak cili api,
goreng ikan keli,rendang ayam kampung
dan goreng sayur pahit.sayur pahit ni en suami yang goreng.acik dah letih tadi nak buat esok
tapi en suami dengan sukarelanya goreng sendiri.

ok lah..nak pi cari kain untuk tempah baju melayu hero2 acik dirumah ni
ada lagi yang nak jahit ni nasib baik he he

jumpa lagi,Insyaallah

Friday, July 6, 2012

DIMANA SILAPNYA..

Assalamualaikum

Ta tau la dimana silapnya..
silaP tuan nya kah..atau silap telefon

dah banyak kali terkena..
sedang menjawab telefon..tiba2 senyap
ingatkan terputus..
rupanya dalam masa yang sama..tertelefon kawan
 yang lain.
biasanya nama yang bermula dengan huruf 'A' la

maaf pada kawan kawan yang acik tertelefon tu.
acik pun tak tau camana 
boleh jadi macam tu.
TERGANGGU kawan2 dengan TAK SENGAJA.
ada pulak macam tu kan.
sebab ada la tu acik tulis..he he

ok jumpa lagi,Insyaallah
 

Thursday, July 5, 2012

RASA BERSALAH SANGAT...

Assalamualaikum


Terima kasih pada kawan2 semua
yang sudi meninggalkan komen dan sudi menjenguk acik disini
maaf jika acik belum berkesempatan kerumah kawan2..mohon maaf  banyak2.
insyaallah jika ada kesempatan sabtu dan ahad nanti acik akan buat marathon.


acik ..rasa bersalah sangat 
bila kawan2 yang baik hati datang dan 
meninggalkn komen
tapi kita tak sempat pun menjawab dan berkunjung kerumah kawan2.

maaf sekali lagi 
jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, July 4, 2012

WW..SUKA TAK MAKAN SAYUR PAHIT NI..

Assalamualaikum..

Tuesday, July 3, 2012

RISAU TAKUT DAN YANG SEWAKTUNYA

Assalamualaikum

Balik kerja tadi..jiran sebelah rumah cerita
rumah nya dimasuki pencuri
betul2 jiran sebelah rumah acik. dua rumah sekali masuk
adui ai..risau la pulak.

siang siang buta pun nak mencuri
ya allah..tutupkan pintu hati pencuri tu..
supaya tak nampak rumah acik.

kalau rumah dimasuki pencuri ni.
fobia dan rasa takutnya lama baru nak hilang.
acik pernah kena masa dok kuaters klia dulu.

oklah jumpa lagi,Insyaallah

Monday, July 2, 2012

SUPRISE YANG TAK MENJADI..NAK TAU? KENA TANYA YANG BERKENAAN

Assalamualaikum.
Amboi..panjangnya tajuk

Alhamdulillah syukur pada Allah.
hero bongsu acik telefon bagi tau.terasa lega
bila minum air yang mak bekal katanya
senang nak bernafas..batuk pun dah kurang katanya
lega sikit acik
kalau tidak.. tidur tak lena.

cantik tak gubahan bunga ni
ni la kisah suprise yang tak menjadi he he
terima kasih banyak pada  mama aini
yang bagi acik gubahan bunga yang sangat cantik ni
hasil tangan mama aini sendiri.
kalau acik memang angkat tangan mengaku kalah.
memang tak pandai.
sampai kawan2 pernah kata
'patut anak ko semua lelaki lansung tak pandai 
tanam bunga dan buat gubahan  bunga'
boleh caya ke kata kawan2 acik tu he he
ada yang setuju?.

Sekali lagi ucapan terima kasih 
buat mama aini.
acik sangat sangat sangat menghargainya.

Jumpa lagi.Insyaallah

Sunday, July 1, 2012

BARU TAU,INI RUPANYA ...ZA'FARAN

Assalamualaikum
Gambar  atas ni acik dapat dari  google
sebenarnya dah lama acik nak tau macam mana rupanya
Za'faran ni..tapi tak pulak terfikir nak mencari di google
masa di MAHA semalam ada yang menjual.
harganya mak ai..terkejut acik 1gm RM50.00
tapi disebabkan hero bongsu acik beli jugak satu
katanya boleh menghindarkan batuk dan selesema.

betul ke tidak acik pun tak tau.
tapi acik nak cuba jugak.
kalau kawan2 ada pengalaman dan pengetahuan tentang za'faran ni
boleh kongsikan dengan acik ye

Jumpa lagi,Insyaallah