Assalamualaikum semua
Apa khabar..selamat tahun baru 2013
walau pun dah 15 hari
Acik minta maaf pada semua
dah lama tak menulis dan lama jugak tak menjenguk blog kawan kawan
Semalam hero bungsu balik sekejap
acik minta dia tolong betulkan blog ni.
Alkisahnya kerana "kepandaian" acik
rupanya blog dah jadi private..
menjerit dia..tanya kenapa tak invite dia
acik pun terkejut badak..bila pulak acik buat
macam tu he he
lepas tu..bila dah boleh buka..
tak jumpa pulak mana perginya ruangan new post
sampai la hari ahad tu hero penyelamat acik
dapat balik sekejap
selesai jugak masaalah.
Acik pun sebenarnya kurang sihat..lebih sebulan.
.ujian Tuhan
hari jumaat lepas baru pi cek mata pulak
Alhamdulillah takd e apa2 semua doktor kata ok
dari darah tinggi,kecing manis,jantung,buah pinggang
tak tau lah apa lagi..acik pun masih belum rasa
diri sihat sepenuhnya
masih lagi tak boleh bergerak cergas..
Tapi acik gagah kan diri..rasa rindu dan rasa bersalah pada yang bertanya
maafkan acik ye..in sya allah acik akan
cuba kuatkan semangat
Panjang umur kita jumpa lagi,In shaa allah
tapi jika sebaliknya..maafkan lah semua kesalahan acik.