Sunday, September 9, 2012

SERONOK TAK TERKIRA BILA DAH BERSUA MUKA..

Assalamualaikum


Bermula dari kawan kawan yang sms dan
 ada juga yang inbox
 untuk datang kerumah pada minggu lepas.
Minggu lepas pulak acik ada banyak kenduri untuk dihadiri

acik bagi tau datang la minggu depan..hari sabtu 8hb.
dah kebetulan ada yang nak datang
acik masak lebih sikit untuk ajak sedara
 dan kawan2 yang lain
kawan2 blog yang acik ada no.talipon dan ada FB
ada juga yang acik jemput.

Tak sangka pulak..tu  bila disenaraikan ada 9 orang yang ada blog..
walau pun ada yang dah lama tak menulis
ada yang suam2 kuku bak kata mokwonik.
tak kisah lah kan.
tapi betul acik rasa seronok semalam..
maaf pada yang acik tak jemput
kalau ikutkan nak ajak semua..
tapi tak de kemampuan acik nak masak banyak
kalau muda2 dulu ok lagi rasanya.
kalau acik tempah pulak..kawan2 yang datang 
nak merasa air tangan acik.
bukan pandai pun acik masak kan..cuma tau masak je
menu acik semalam sikit je
ayam rendang Kuala Pilah..kawan acik kak norcek
 yang masak kan
nasi beriani, rendang daging,sambal tempoyak daun kayu
masak kari daging itik,
ada jugak lemang,kuah kacang dan ketupat segera.
pemanis mulutnya acik cuma sempat masakkan bubur jagung durian.

terima kasih pada semua yang sudi hadir
dan maaf jika ada kekurangan.

hari ni tak sempat nak upload gambar
lagi..Insyaallah nanti acik letak gambar ye
tak banyak pun sebab hero bungsu tak balik.

Ok lah..jumpa lagi.Insyaallah

42 comments:

  1. mesti seronok...tak sabar cr nak tengok gambar...

    ReplyDelete
  2. Salam K.Erna...bestnya dpt jumpa k.erna.lain kali jemput atie lak ya..:D

    ReplyDelete
  3. seronoknya...mesti meriahkannn...
    bila la nk jumpe acik erna ni lagi yee...

    ReplyDelete
  4. seronok kan kak..
    mesti meriah..
    penat sikit takpe lah kak...
    janji hati gumbira..

    ReplyDelete
  5. sambal tempoyak daun kayu tu yg takleh tahan...
    banyak menu acik dan agak renyah jugak persediaannya kan? tu dah kira training nak bukak kedai tu acik..hehehe...

    ReplyDelete
  6. Mesti seronok tu. Nak tengok gambaq lepas ni :)

    ReplyDelete
  7. mesti meriah rumah acik nih..sambal tempoyak daun kayu tu mcm mana ye acik..bunyi mcm sedap jer..mestilah org nk merasa air tangan tuan rumah kan.,baru la best..

    ReplyDelete
  8. den tak sompek nak datang ada urusan mana list tetamu yg datang den nak semak hehe

    ReplyDelete
  9. Kari Itik? Bubur Durian????
    ohhh tidakkkk!!!

    ReplyDelete
  10. Waw...seronoknyer beraya dengan kawan fb n blog...nak tengok gak pic..cepat2 upload ye..hehe..

    ReplyDelete
  11. Seronoknya kak.. Kalau Nur dekat dengan N9 nak je jumpa Kak Acik.. Mesti seronok dapat kenalan baru.. Mana gambarnya kak??

    ReplyDelete
  12. Mesti meriah bila mula hanya kenal di fb/blog tetiba jumpa di depan mata. Sibuklah acik memasak seharian ye..

    ReplyDelete
  13. mesti masih penat lagini menerima kunjungan tetemu...
    nanti upload gambar yerk...

    ReplyDelete
  14. Akak..
    letaklah gambarnya..teringin saya nak tengok..nak pegi jauh...kalau dekat, akak tak jemputpun, saya pegi jugak..he..he..

    ReplyDelete
  15. Mesti seronok dan meriah..

    Macam2nya masak.. kalau makchaq mesti kena order, masak sendiri sikit2 bolehla, tapi kalau berpuluh orang nak makan tak berani la pulak.

    ReplyDelete
  16. Assalam kak erna, seronok tak terkata bila dapat jumpa akk, yg paling istimewa dapat merasa gulai tempoyak daun kayu hasil air tangan akk tu, siap tapau lagi heheh tak malu betul. Saya sangat2 gembira dengan kemesraan akk n suami akk tu, along pun sama kelakar mcm ayah dia juga walaupun muka serius je heheh. Mekasih kak ada masa kita jumpa lagi ya

    ReplyDelete
  17. mesti meriah tu ni yang buat sya cemburu nih ;p

    ReplyDelete
  18. Moleleh air liu baco menu achik. Ingatkan nak tengok gamba. Rupo e bosambung pulak. Aisehmen....

    ReplyDelete
  19. Kari daging itik tu berbeza dari menu org lain kak erna...

    Insyaallah kita tunggu majlis besar2 yg lainlah boleh kumpul ramai2 ye tak?

    ReplyDelete
  20. kari itik!!!

    mana saya nak cari kat sini acik...? :D

    ReplyDelete
  21. rugi saya tak makan bubur jagung durian tu.. dah melepak berborak2 tu terlupa langsung!

    terima kasih atas layanan mesra dan juadah yang disediakan..tak kekok kami walau pun baru dua kali jumpa kak erna sekeluarga..

    ReplyDelete
  22. best dpt bertentang mata yer sambil jamu selera...

    ReplyDelete
  23. best nya jumap kawan2 blog...:)
    saya nak tgk gambar nanti ;P

    ReplyDelete
  24. bestnya achik ...
    sure achik masak sedap2 nie
    kalau saya tgk dah selera ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ieda..acik masak tak banayk pu sikit je menunya he he..

      Delete
  25. best dapat jumpa kawan2..berkumpul ramai2 n makan sama2.mmg jadi kenangan sepanjang hayat la

    ReplyDelete
  26. bestnya... teringin gak nk jumpa blogger2 nie... hihi
    nnti update gambar yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liya..seronok bila dah bersua muka ni liya

      Delete
  27. salam acik erna..
    pada 8hb yg lps ni pun ieja buat gak mkn kat umah..kwn2 sekerja abg ramai yg nak dtg asyik tertangguh..sudahnya jemput sekali ngan jiran2 dekat dan kwn2 yg belum sempat nak dtg..mmg busy tu ari..
    upload la gambar tu cepat ye..tentu lah seronok dpt berkumpul ngan blogger yg lain kan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ieja..walau pun tak ramai..tapi tetap rasa seronok

      Delete
  28. salam kak erna muah3x..terimaksihlah jemput kita sekeluarga...kita org paling dekat tapi, paling lambat yang datang..bila dah datang mcm tak moh balik lak..hihi
    masakan akak memang d best2 belaka...ruginya pergi dgn perut penuh..moga ukhuwah yang terjalin nih akan berpanjangan InsyaAllah! tq kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mokwo..insyaallah mokwo..semoga terus berpanjangan..rugi lupa nak ambik gamba ngan mokwo asek borak je he he

      Delete
  29. mana gambarneyr acik? msti seronok kan jmpa kwn2

    ReplyDelete
  30. bestnya menu tu..kak erna rasa duk area selangor kan..ala rugi x tahu..kalau x bleh nak merasa sambal tempoyak tu..meleleh sy tengok tau..hihi

    ReplyDelete
  31. wah banyaknya menu makanan..rajinnya AE masak semuanya..

    ReplyDelete
  32. hari ini baru dapat masuk kak

    terima kasih kak erna dan abang
    yang sangat baik hati :)

    ReplyDelete