Assalamualaikum
Perancanganya acik nak kesini hari ni
acik cadang nak pergi waktu pagi
jadi elok acik bawak sarapan je la..nasi lemak
awal pagi dah bangun
masak nasi lemak..buat sambal tumis udang ngan petai
rebus telur..goreng ikan bilis,goreng
sambal ikan masin sepat
malamnya tu acik dah masak sambal tempoyak
dan buat rendang daging.
dah siap semua..acik dah masukkan dalam bekas
ada yang dah masukkan dalam kereta pun
acik dapat berita
suami anak sedara..ada di wad hospital melaka
menurut kata doktor
kanser kelenjar(kilang air liur) acik pun tak faham sangat
Termenung sekejap
acik dah janji pulak dengan Irfa.
katanya dia dari cheras..suami hantar..
nanti bila balik acik pulak
yang akan hantar dia balik kerumah.
kalau acik tak pergi kesian Irfa.
dalam acik dok memikir..acik dapat sms dari Irfa
dia kata MILnya tak sihat
rasa tak boleh pergi dan serba salah nak bagi tau.
Acik rasa lega..selesai satu masaalah
yang sakit perlu acik utamakan.
Sebelum tu..makanan yang banyak tu
acik hantarkan pada adik dan kawan dia
dan yang lain anak2 acik makan.
Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku.
kata hero bungsu acik
sedap mak..aimi dah makan 3 kali
ish3 budak ni..kalau maknya yang masak
tak ada la yang tak sedap bagi dia.
Acik juga dapat melawat suami anak sedara.
memang nampak kesakitan yang ditanggungnya
dah 4 hari diwad katanya.
semoga suami anak sedara acik
bertemu penawarnya dan sembuh
serta sihat semula.
Jumpa lagi,Insyaallah
Kita cuma mampu merancangkan...semoga yang sakit beransur sembuh hendaknya sya pun tak dapat pergi jugak
ReplyDeleteTakde rezeki kita nak berjumpa hari ini...
ReplyDeletesalam acik..kita hanya mampu merancangkan..takpe lah next time blh pergi lagi..semoga cepat sembuh..
ReplyDeletetak apa acik..
ReplyDeletesekuranya acik dah usaha u ke gathering, hanya ada keadaan tak mengizinkan...
PS: patutlah dalam gambar kak ida mahmud tanpa gambar acik
DIA lebih tahu kan acik...kira hanya merancang,...
ReplyDeletetak po la lain kali ado lae.. panjang umur boleh lah jumpo...den pun tak poe hehe
ReplyDeleteTak mengapa....lain hari boleh ke temu....utamakan orang sakit terlebih dahulu....
ReplyDeletepatutlaa kami tertunggu Mak tak datang2. Adik Iffah pon dah lama tak jumpa neneknya. Dia dah bole jalan dah, Mak. Harap2 nanti bole jumpa Mak lagi..
ReplyDeleteMasyaAllah mcm2 jenis yek penyakit kanser nih kak..moga dia dpt pulih sperti sediakala!!
ReplyDeleteakak erna nih kalau memasak...huuuuiiih kalah power rangers...banyak tuh!!
Insyaallah, adalah rejeki di lain kali tu :-)
ReplyDeleteTak mengapa ACIK. Kami memahaminya. Lain kali ada jodoh, ada rezeki kita pasti berjumpa lagi...
ReplyDeleteSemoga yang sakit akan segera sembuh...
Salam Acik..
ReplyDeleteInilah yg dikatakan kita hanya merancang Allah yg menentukan..sbb perancangan dia lagi sempurna dan terbaik....
Salam Ziarah,
ReplyDeleteMoga anak saudara sembuh dari sakit yang menimpanya.
InshaAllah, jika ada gathering lagi boleh lah kita berkenalan lebih mesra.
uiiihh..ada gathering blogger? Acaner saya tak tau ni...? hehe...mcm la dpt nk join kan....huhu..kakiku masih patah !!!
ReplyDeletetakpe,niat nak pegi dah ada
ReplyDeletekita hanya merancang,Allah jua yg menentukan
Kita orang tertunggu-tunggu jugak Acik. Perkara penting yang lebih utama kita dahulukan ye kak...lain kali insyaallah kita jumpa lagi.
ReplyDeleteAda hikmah yg tidak diketahui acik. Moga suami anak buah acik segera sembuh. Adik pula beruntung kalau tak mungkin dapat makan satu kali tapi dek kerana acik tak jadi pergi dapatlah dia makan berulang-ulang..
ReplyDeletesaya doakan moga suami anak sedara akak mudah segala urusan dan cepat sembuh...moga penyakit nya tak berat..akak jangan bimbang, kadang2 diagnosa awal tak tepat..macam mak saya dulu, memula diagnosed cancer tapi belum sampai stage tu pn sebenarnya..moga takda pape
ReplyDeleteTak pe laa Acik.. tak de rezeki nak jumpa teman2 blogger
ReplyDeleteMoga anak sedara Acik dpt penawar dan cepat sembuh..Insyallah
org pun tak poei. ado gak roger2 ngan kaklong... lenkali yo la..
ReplyDeleteAsalam Achik Erna
ReplyDeleteDoa kami semoga yg sakit cepat sembuh, diberkati dgn rahmat dan lindungan Illahi
Nasib baik abes ye acik....takde laa membazir...
ReplyDelete**timakasih sudi berkawan ngan sy..
Mmg elok je perancangan Allah..
ReplyDeleteInsyaallah ada rezki lain kali.
Salam Erna... kita hanya boleh merancang tapi Dialah yang menentukan segala2nya.
DeleteSemoga suami anak sedara Erna cepat sembuh.
Waalaikumsalam wbt....Smoga suami anak sedara k.erna n MIL irfa cpt sembuh n dlm perlindungan Allah SWT...
ReplyDeletesmoga anak sedara sembuh.. sy dah hmpir2 nk blik dah sbb dah sesat jauh sgt tp patah gak blik.. insyaAllah kita jumpa di lain kali
ReplyDeleteNak buat camno kan. Mak sey ponah cakap, kalau ado 2 jomputan nak poiie, antagho kawin dongan ziarah komatian atau yang sakit, poii lah yang ziarah tu. Itu lobih monuntut kohadiran kito, kato e.
ReplyDeletebetul la tindakan acik tu..yg sakit diberi keutamaan..yg sihat sudah tentu sedang bergembira kan acik..insyaallah ada rezki thn depan dato buat lg
ReplyDeleteassalam AE..dah takde rezeki nak jumpa member2 maya..semuga keluarga acik akan sembuh segera..amin..
ReplyDeleteAssalamualaikum AE..
ReplyDeletePerancangan Allah mengatasi segalanya.
Insyaallah rezki AE bertemu mereka di lain Kali.
Semuga yang tidak sihat itu, Akan sembuh segera. Insyaallah.
kadang2 terjadi diluar kemampuan..
ReplyDeletemoga di lain waktu akan bertemu lagi..
terfikir, mungkin ada hikmah di sebaliknya..
nak senangkan hati, selalu cakap camtu..
Insya Allah acik, next time kalau ada gathering lagi bolehla pergi ye. Kita hanya mampu merancangkan..:)
ReplyDeletekalau dah tak ada rezekikan.. kita hanya merancang namun Dia juga yang menentukan...
ReplyDeleteKita hanya merancang.. InsyaAllah lain kali dpt jumpa..
ReplyDeleteMemang sepatutnya la saudara yg sakit tu kita utamakan, semoga dia diberikan kesembuhan oleh Allah.
Betul tu, yg sakit tu lebih memerlukan perhatian dari kita, perlu kita dahulukan. Semoga beliau cepat sembuh & dilindungi olehNya selalu, amin. Insyaallah lain kali Acik boleh join gathering lagi :)
ReplyDeleteKita merancang, Allah menentukan! Semoga anak saudara suami acik cepat sembuh! Orang kata buah durian belanda penyembuh kanser...cubalah mana tahu berkesan dengan izin Allah...
ReplyDeleteTakde rezeki untuk kali ni.. InsyaAllah, lain kali boleh join lagi.. semoga saudara acik penemui penawar yang mujarab untuknya..
ReplyDeleteAllah itu maha perancang kan acik..
ReplyDelete