Tinggal tak berapa hari lagi sekolah akan dibuka.
Tentu ibubapa yang anak masih ada yang bersekolah sibuk kan.
Walau pun anak2 acik dah tiada bersekolah..tapi ada jugak yang acik fikirkan
Anak bongsu arwah abang yang masih bersekolah.
Semalam baru dia datang kerumah acik.selepas ayah nya meninggal dia tinggal dengan kakak sulong nya di Pasoh.
Dah tinggal beberapa hari lagi nak sekolah baru kakak dia hantar balik.
Acik tanya ngan dia..pak su dah beli baju dah kasut sekolah ke.kakak dia jawab kan..baju boleh pakai lagi.
Tapi acik tak senang hati..panggil anak kedua acik..
Bangah..tolong bawak pak su pi kedai..belikan kelengkapan sekolah dia..
Balik tu baru bangah cerita..sedih sangat mak tengok pak su pilih baju..aduhai remuk hati acik..sedih sangat2.
Semua barang dia tengok harga dulu mak..mahal dia letak balik kata bangah.kesian anak buah acik yang dah yatim piatu.pak su bagi tau bangah..sebenarnya baju dah tak muat.seluar sukan dah koyak..
Alhamdulillah..walaupun dah tak kerja..masih ada rezeki acik untuk dikongsi kan untuk menggembirakan anak buah sorang ni.berseri muka dia bila nak balik semalam.
Syukur Alhamdulillah.
Thursday, December 28, 2017
YATIM PIATU
Tuesday, December 12, 2017
GENAP SEBULAN
Al Fatihah genap sebulan abang acik pergi meninggalkan kami semua.semoga ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal solleh.
Wednesday, November 15, 2017
DARIPADANYA KITA DATANG....
Assallamualaikum
28.10.2017 acik dikejut dengan berita. Abang acik kemalangan..gas dirumahnya meletup.masa adik telefon bagi tahu..dah hampir zohor.acik tak terus pergi..tunggu jugak waktu melawat.
Bila tengok keadaan abang di hospital dari kepala muka dah hitam dan bengkak..tapi abang acik masih boleh bercerita..bagaimana kejadian.sempat lagi dia tarik dan padam kan api..halau keluar cucu2 dan baru padam kan api dibadan..kerana baju dan seluar juga habis terbakar.
Setiap hari acik tengok dia di hospital.bila hari adik off..adik pulak yang ulang tengok abang.hari isnin..selasa acik tak pergi juga kena ada appt.hari khamis anak abang telefon..bagitau..ayah dah keluar wad..along (anak abang yang sulung) bawa balik pasoh katanya.
Tapi...kita tak tahu apa yang Allah dah tentukan..dan perancangan Allah ada lah yang terbaik.
Pagi Ahad 12.11.17..anak sedara telefon..menangis bagi tahu.."ayah dah tak de".sungguh acik sangat2 terkejut.apa yang diusik..apa yang di pegang..semua tak kena.sungguh tak disangka..abang acik telah pergi dahulu.anak bongsu abang baru berumur 14 tahun dah yatim piatu.
Ok la nanti lain masa sambung in shaa Allah..tak sanggup nak tulis lagi.
Sunday, November 5, 2017
HERO BONGSU
Assallamualaikum
Rasanya semua mak mak yang anak pi mencari ilmu..dok jauh ni macam acik kan.
Bila anak share gambar apa yang dia makan tu sedih sangat rasanya.
Hero acik ni pulak rajin share gambar apa yang dia makan.
Bila di tanya..makan tu je dik..nanti jawab nya..tu je la mak.nanti kalau order yang goreng2 dah la lama tunggu..bila makan tak sedap..alahai..cerewet tekak hero acik ni.macam la mak dia tu pandai masak..alahai anak.
Friday, October 27, 2017
BUKAN SENANG NAK SENANG
Assalamualaikum
Semalam hero bongsu acik hantar gambar.
Bila cuti..kedai makan yang dekat sikit ngan asrama tak buka katanya
Kena la jalan jauh naik tangga turun tangga.
Beli dan makan dibilik je katanya..kalau makan dikedai..balik nanti dah lapar balik.sabar ye dik susah sekarang tak pe..cari la ilmu belajar la..sabar..tu semua dugaan semasa bergelar pelajar
.in shaa Allah sem depan mak pos kan motor ye.senang nak pi kedai beli makanan dan barang keperluan.
Tuesday, October 24, 2017
ASSALAMUALAIKUM
Assallamualaikum
Apa khabar semua..dah lama acik tak kongsi apa2 ceritakan
Minat menulis masih ada cuma ketiadaan laptop dirumah membatas kan segalanya.hari ni cuba2 guna telefon..tak tau berjaya ke tidak.
Anak2 dah sambung belajar ni terasa sangat sunyi nya.lagi la hero bongsu peneman setia acik tu.hampir 8 bulan kemana pergi setia je dia mengikut.
Hero bongsu dah pun tamat pengajian diploma dan dah juga memulakan pengajian peringkat ijazahnya di UTM Skudai.jauh la jugak.dulu di BP dekat sikit acik nak ulang tengok..
Tak boleh nak tulis panjang2 percubaan pertama guna handphone kita tengok apa jadi
Acik masih tak pandai nak masukan gambar.
Ok la kalau berjaya kita boleh jumpa lagi..in shaa Allah
Tuesday, March 14, 2017
TIBA TIBA KU RASA TERINGIN..
Wednesday, March 8, 2017
SEMANIS GULA
Tuesday, February 28, 2017
SEMOGA BERJAYA
Tuesday, February 21, 2017
BERTEMU KEMBALI
Sunday, February 12, 2017
ALHAMDULILLAH BERKESEMPATAN MEMENUHI JEMPUTAN..
Tuesday, January 31, 2017
NILAI 5 SEN
Wednesday, January 25, 2017
Tuesday, January 24, 2017
KEPERLUAN DIMUSIM HUJAN
Friday, January 20, 2017
HERO BONGSU
Thursday, January 19, 2017
HIKMAHNYA SAKIT.
Tuesday, January 17, 2017
KENANGAN..
Monday, January 16, 2017
IKAN PATIN PUN BOLEH BELI ONLINE
Saturday, January 14, 2017
INILAH HASILNYA
Wednesday, January 11, 2017
Monday, January 9, 2017
ADA TV BOLEH BELI..KATANYA..
Saturday, January 7, 2017
APA KHABAR SEMUA
