Pages

Sunday, February 12, 2017

ALHAMDULILLAH BERKESEMPATAN MEMENUHI JEMPUTAN..

Assalamualaikum
hari Jumaat acik berkesempatan 
ke Tanjung Karang
sebab hari sabtu ada jemputan 
kenduri kawen anak
jiran acik masa dok
kuater pertanian batu 12 Sg.Burung
acik kuatkan jugak semangat nak pergi
sebab kawan merangkap jiran acik 
selama 18 tahun tu
sanggup datang kerumah
menghantar kad jemputan.
hari yang sama ada 3 jemputan
tu sebab acik pergi yang jauh dulu
balik boleh singgah di 2 kenduri lagi
di kajang dan kuater klia..
jiran acik juga selama 9 tahun menetap di kuaters klia.


masa di kajang kenduri kawen

anak kawan sekolah
ni 2 orang kawan sekolah acik yang teringat nak bergambar dan hantar gambar ke acik
dapat la acik abadikan disini.
bila dah ramai2 dalam group tu 
ada la yang melucukan
kawan2 sekolah yang lelaki kata
kenapa kawan2 perempuan tak nampak
tua sangat..
banyak makan jamu ke
kalau kita yang lelaki ni dah nampak teruk sangat
he he lucu pulak kawan2 ni
orang perempaun memang la ada makan jamu..
setiap kali lepas bersalin kan
kalau acik lepas bersalin  memang makan la jugak
waktu2 lain memang acik tak makan.
ok la panjang lak bebel acik
jumpa lagi..in shaa allah.

30 comments:

  1. HADIRI KENDURI KHWIN SMBIL BERTEMU SDRAMARA N SHBTHANDAI ERATKAN SILATURAHIM

    ReplyDelete
  2. masa kenduri kendara dapat la jumpa sanak saudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sanak saudara dan kawan2 yang lama tak jumpa jugak nieda

      Delete
  3. Seronok dapat jumpa kawan2 lama tentu byk yg diborakkan hihi...

    Acik Erna dr dulu sampai sekarang memang nampak muda baby face orang kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat dapat jumpa kawan2 ..jiran lama zai

      Delete

  4. Kelak kalau acik buat majlis mereka pulak dtg walaupun jauh.

    Betullah acik kakak perhati kawan kakak yg lelaki ramai yg beruban macam atok-atok dah hihi... agaknya banyak fikir org lelaki ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kakzakie tu pun ramai yang dah pesan jgn lupa jemput

      Delete
  5. Waktu mcm ni lah nak jumpa kekawan lama kan acik erna..
    Byk juga jemputan acik ye..
    Alhamdulillah acik erna nmpk sihat..

    ReplyDelete
  6. kita perempuan jaga badan kan acik hehe...mcm2 produk sekarang ni ada..

    ReplyDelete
  7. Satu lagi rasanya sebab pompuan ni pakai tudung kot AE, tak nampak uban, disamping khasiat makan jamu dulu dulu, tu yg awet jer tu hihi...

    ReplyDelete
  8. mesti pnjg boraknya ni...ye laa lama x jumpa kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak anies..tuan rumah sibuk ramai tetamu

      Delete
  9. Seronoknya jumpa kawan lama ...pasti tak cukup masa bersembang.
    Kawan2 sekolah saya pun banyak buat majlis baru2 ni....saya je yg belum rasa lagi jadi mak pengantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita saniah. Acik yang no satu dah kerja tapi belum pulak menyebut..senyap je

      Delete
  10. Sanggup dtg dari jauh semata-mata nak hantar kad, mmg serba salah kita kalau tak pergi kan acik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sweetie ..Alhamdulillah dapat jugak acik pergi

      Delete
  11. kalau dah jumpa kwn yg dah lama x jumpa, mmg sembang bnyk. boleh imbau kenangan dulu kala kan 😄

    ReplyDelete
  12. Mrs. A pun suka pergi kenduri kahwin dapat jumpa ramai kawan-kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mrs A..yang seronoknya dapat jumpa kawan2

      Delete
  13. Sey kok jumpo kawan lamo, tak tau nak coghito apo kak. Dorang buleh la coghito macam-macam fasal anak-anak tapi sey nak coghito fasal apo. Takkan nak coghito fasal kucing pulak, kan? Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh yo azz..cerito kucing tnm sayur banyak cerito azz..kok orang minat melopong deh nongar e..akak suko tengok gambar2 sayur azz kek fb tu..teringin nak nanam lak raso e tapi tak do tompek nak lotak

      Delete
  14. Kalau pegi jemputan tu yang seronok.. jumpa kawan2 lama..
    Makchaq x ada kawan lelaki, sekolah pompuan saja, x dapat nak bandingkan..
    Tapi kawan2 makchaq banyak yang masih aktif dan segak bergaya.. masib boleh main basketball, berbasikal sampai 30km, panjat gunung.. berzumba bagai..
    Makchaq rasa makchaq pulak yang nampak tua dari dia orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik pun sama makchaq tak larat dah buat kerja dalam rumah aje pun dah letih

      Delete
  15. Bila menghadiri jemputan kahwin ni salah satu untungnya dapat bertemu dengan sahabat handai dan saudara mara yang lama tak jumpa. Mengeratkan silaturrahim jugalah kiranya.

    Rajin Acik cuba memenuhi undangan. Jauh tu ya dari rumah ke Tanjung Karang.

    Kalau kawan-kawan tengok Acik, memanglah awet muda walaupun tak makan jamu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau badan kuat dan sihat in shaa Allah MD acik akan cuba pergi lagi la kawan jiran rapat..seboleh2nya acik nak cuba juga pergi

      Delete