Assalamualaikum
Semalam lagi akak nak menulis..tapi tak berkesempatan.
Pagi..bawa hero bongsu ambil gambar untuk kerja sekolah dia
mulanya dia dah cari di google aje
tapi..cik gu tak terima..tak de gambar dia di depan bangunan tu..katanya
jadi pagi2 dah bawak dia pi ambil gambar,
balik dah pukul 12 tengahari hari.
akak terus masak
buat puding jagung dulu
dah siap masak puding,masak pulak sambal tempoyak
Semalam tu..akak kerumah abang dan nak melawat sepupu yang sakit dirumah anak dia.
Tu la yang akak masak tu..dapat buat puding dengan sambal tempoyak aje.
dah tak sempat nak masak yang lain
walaupun macam2 yang akak nak buatkan untuk sepupu
dan suami dia
Sedih akak tengok sepupu akak tu.
semoga dia tabah dengan penyakit yang dihidapinya
dan semoga jugak suami dan anaknya tabah
Suami sepupu akak tu tak kering air mata sejak dia sakit..
selalu sedih dan menangis.
semalam bila nak balik dan suami akak pesan supaya tabah pun
boleh mengalir airmata dia.
semoga dia dapat menerima apa saja yang ditakdirkan.
SALAM,
ReplyDeleteDIDOAKAN SEMOGA SEPUPU AKAK KEMBALI SEMBUH. ALLAH UJI KITA DAN KITA REDHA DAN TABAH MENGHADAPINYA.
LL..terima kasih...
ReplyDeleteas salam kak erna..
ReplyDeletelama tak bersua ngan akak..hehe..
sihat?
emm...sedaplah puding jagung tuuu...
bila tengok keadaan dia semalam..rasa sangat sayu dan kesian.. berat ujian yg sedang di hadapi nya.. semuga dia, suami dan anak tabah , redha dan terus bersemangat... kita sama sama doakan Allah meringan kan ujian ke atas nya dan dia kembali sembuh....
ReplyDeleteoops lupo.. terima kasih daun keladi bagi sambal tempoyak semalam.. lamo bona tak mengaso hehe
ReplyDeletesekom.
ReplyDeletelawoooo umah baru.suka.pandai kk erna hias umah.
nak puding.sambal tempoyak tak reti makn.
pada sepupu kk Erna moga kuat semangat n tabah menghadapainya.mgkn senang tuk kita beri semangat.tapi bkn mudah tuk mreka hadapinya.
sakit apo dio kak?
ReplyDeletedidoakan semoga sepepu kak erna tu segera sembuh... dan suaminya juga tabah menjaga isterinya itu.
ReplyDeleteteringat zar masa zar sakit teruk tahun 2007 dulu.. setahun merana, sampai 3 kali operations dan sebenarnya family zar dah cekal dan bersedia sekiaranya meraka akan kehilangan zar tapi alhamdullillahberkat doa semua yang sayangkan zar, zar sembuh juga..
so semoga keluarga sepupu akak tak putus semangat, teruskan berdoa dan tawakal dengan semua ketentuanNya
sambal tempoyaaaaak!kito pun lamooo tak makan!semput punya hal!
ReplyDeletemoga sepupu kak erna cepat sembuh! berat mata memandang, berat lagi bahu memukulnye..tapi selalulah bersangka baik dgn Allah,tiap yg sakit pasti ada penyembuhnye Insya Allah! dia sakit ape ye kak erna?
Assalam kakErna, sedapnya sambal tempoyak itu...nak sikit..hehehee..
ReplyDeletewah belom raya lagi dah tukar langsir baru ya kak... cantik.. tapi kalau tulisannya di hitamkan akan lebih menyerlah dan mudah utk dibaca...sekadar cadangan saja..
semoga sepupu akak cepat sembuh..
SALAM...MOGA SEPUPU AKAK CEPAT SEMBUH...AMIN.
ReplyDeletepuding jagung tu saya suka makan sejuk2...bestnyaa
ReplyDeletecantil wall paper baru akak...ingat salah masuk rumah...hihi
ReplyDeletesedapnya sambal tempoyak tu...huhu
Adinda Amy..alhamdulillah sihat..nak makan puding jagung..mai le sini akak buatkan..
ReplyDeletezino..memang terkejut dan sedih bilo jumpo dio somalam kan..
ReplyDeleteanak e tu nampak dah boleh terimo..tapi bang cik tu..susah bona nak terimo
zino..ooo alahai..lamo ko tak makan..se selalu bona buek tu..
ReplyDeletekak long..sakit kanser kak long..
ReplyDeletedah setahun
anie,nagoya..bukan ak yang hias..bujang akak..he he..
ReplyDeleteakak bukan pandai sangat..
zar..terima kasih..semoda doa2 kita semua untuk kesihatan dan kesejahteraan dia dimakbulkan.
ReplyDeletemokwonik..semput tak boleh makan sambal sambal tempoyak ke..
ReplyDeleteinsyaallah mokwo..semoga dia tabah mnghadapinya
sepupu akak sakit kanser otak
Wkmsallam yatie..
ReplyDeletememang sedap sambal tempoyak tu..he he.
yatie..anak akak yang tukar..akak tak pandai..terima kasih yatie..bagi pandangan..
akak dah bagi tau anak mintak dia tukar..
ieda..terima kasih..
ReplyDeleteinsyaallah..mudah2an
kamsiah..memang sedap bila sejuk..
ReplyDeletekasih..terima kasih..hari ni anak akak rajin pulak nak tukar
ReplyDeleteSedap Yati tengok sambal tempoyak tu, kak. :)
ReplyDeleteMama Yati juga kanser (breast cancer) dua tahun lepas. Alhamdulillah, sudah sembuh. Bila kak Erna pergi melawat sepupu kak Erna tu, suruh dia fikir yang baik-baik je, tengok cerita lawak, bagi ketawa, jangan fikir langsung pasal cancer. Allah maha kuasa, tapi kita juga harus melawan penyakit, takleh berserah saja. Sekadar pandangan Yati je.
Kak sambal tempoyak tu memang terbaik kak... anie suka...
ReplyDeleteBuat sepupu akak dan keluarganya ...semoga mereka lebih tabah dengan ujian ALLAH pada mereka
semoga sepupu akak akn cepat sembuh..
ReplyDeleteberat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..
tgk tempoyak akak tu..terliur kat tempoyak dlm peti ais saya.hehehe
Salam akak....
ReplyDeleteemmm....rindu kat akak...akak..sepupu akak sakit apa?..semoga keluarganya tabah dalam menghadapi dugaan Allah..yelah kita hanya boleh memandang..tapi yang menanggung...hanya allah yg tahu hatinya.
Akak..sedap nampak puding tu...hantar lah ke SP sikit..he..he..
Yatie..terima kasih dengan pandangan yatie..
ReplyDeleteakak amat hargainya.
insyaallah..akak nanti akan bagi tau
dengan anak dia..insyaallah.
anie..anie pandai makan ke masak tempoyak tu.
ReplyDeleteteringat kak cik kan..kalau kak cik yang masak memang sedap dan betul2 sambal..pedas ya amat..
sarah-najwan..pandai jugak makan tempoyak ye..
ReplyDeleteakak kalau nak makan tempoyak..masak macam ni la..
terima kasih doakan sepupu akak.
azi..akak pun tertunggu kan n3 terbaru azi..dari malam jumaat lagi..biasanya malam tu azi akan menulis n3 baru..sebab akak tau hari jumaat tu azi cuti kan..
ReplyDeleteazi..kalau la dekat..senang je akak nak bagi azi.
terima kasih azi..doakan sepupu akak.
sedap nya puding..
ReplyDeletesemuga sepupu akk cepat sembuh sepenuh ya..aminn
kak,aiskrim pisang tu biasa ada kat peti nestle..harga dia rm1..terpengaruh dgn anak2 buah..tk rugi beli..kulit dia dari jeli..
:)
salam kak erna..wah..lama suri cuti dah berubah laman akak..hehe..kak terliur yang tempoyak tu kak..semoga sepupu akak kembali sembuh..
ReplyDeleteTihara..terima kasih turut mendoakan sepupu akak.
ReplyDeleteterima kasih jugak bagai tau kat mana nak cari cari aiskrim tu.insyaallah..esok nak cari..
assalam suri..saja la tadi tu..duduk ngan hero bongsu..kat kat dia..jom dik tukarkan template blog..
ReplyDeletedia pun carikan dan suruh maknya pilih..
terima kasih suri doakan sepupu akak.
kalau dekat nak je akak bagi suri rasa masak tempoyak akak ni..
Kak Erna,
ReplyDeleteSemoga sepupu akak cepat sembuh..
Amin..
P/s: Puding tue nampak best :)
assalamualaikum kak Erna
ReplyDeletehidup ini pasti ada ketikanya airmata kan mengalir tanpa henti,
ada masanya bagaikan air mata tak mahu bertamu lagi,
hanya bahu yang memikulnya,
dapat merasainya,
dan semoga ada sinar di hari muka.
inshaAllah
missgee..terima kasih..
ReplyDeletepuding tu lagi sejuk lagi sedap..
wkmsallam ummu.terima kasih
ReplyDeleteinsyaallah mengharapkan sinar dihari muka..
Sallam Kak Erna,
ReplyDeleteSepupu akak tu cancer tahap berapa?
dah cuba berubat homeopathy, saya percaya pada homeopathy, lagi satu cuba cari penawar yang bernama B17, insyaAllah, dengan izinnya boleh sembuh.
Sedap sambal tempoyak tu, favourate saya lagi, tak ada lauk lain boleh jalan juga 2 pinggan nasik.
Puding jagung, emm...terliurnya.
Kak, saya doakan sepupu kak tu sembuh sepenuhnya, arwah mak saya dulu cancer payudara, saya tahu rasa sedihnya bila ada ahli keluarga yang mendapat penyakit yang dikatakan tiada ubat tu, tapi alhamdulillah mak saya sembuh sepenuhnya, dan boleh sihat selama berbelas tahun lagi.Meninggal pun bukan kerana cancer itu.
ReplyDeleteAkak...saya datang lagi...he..he..
ReplyDeleteAkak...minggu ni sibuk sikit kak..hari Jumaat balik kg MIL...hari Sabtu pulak..tolong kawan kat Karnival...yelah dah janji nak tolong...kenalah tepati...penat tapi seronok juga kak...saya pun selalu jenguk blog akak...ternanti2 N3 akak..saya tak masak hari..tak ada N3 le..malam selalu saya goreng2 aje kak..
"sedapnya puding tu..
ReplyDeletesemoga famili sepupu kak erna tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah.Kita tak tau lagi mcmana nasib kita kelak,kan kak.."
Aslmkm.
ReplyDeleteYa Allah, Ya Rab. Banyaknya cerita sedih mewarnai hari ini.
Sama2lah kita bantu ringankan dengan doa ya.
Dalam pada tu masih bernafsu teringinkan sayur daun masak tempoyak Nogori la! :(
LipisLady..terima kasih turut mendoakan sepupu akak..
ReplyDeletedia dah buat pembedahan membuang ketumbuhan dikepalanya.
sekarang ni yang kesian dan nampak teruk sebab dia ala sangat dengan ubat kimo tu..sampai terbaring aje tak boleh bangun,
Lipislady..insyaallah..nanti akak bagi tau anak dia suruh cuba,
ReplyDeletesupaya dapat meringankan sakit ibu dia..
LL pun uka sambal tempoyak ye.
Terima kasih azi..datang lagi.
ReplyDeleteazi sibuk ye..samalah kita tu yang kadang2 tak sempat kan..
lebih2 lagi akak punya lappy ni dah mula meragam..
Piasara..terima kasih..
ReplyDeletebetul tu..kita belum tau nasib kita macam mana kan..kadang2 ada jugak rasa bimbang sebab lepas sorang sorang sepupu diserang kanser..
wkmsallam kak G..terima kasih..sama2lah kita mendoakan yang terbaik buatnya.
ReplyDeletedapek samba tempoyak tu tak payah pandang lauk lain dah...
ReplyDeleteeee sodap e.
kak pah..meh datang sini..se bagi somangkok
ReplyDeletesemoga sepupu akak akan sembuh seperti sedia kala.
ReplyDeletePuding jagung tu buat sya terliur. Saya tak pandai makan tempoyak kak..huhu
yus..terima kasih.
ReplyDeleteyus cuba la sambal tempoyak ni..msa akak kerja diselangor..kawan2 dari negeri lain yang kata tak makan tempoyak..
semua boleh makan sambal daun kayu ni..
kak erna,
ReplyDeletetumpang simpati & bersedih dgn keadaan sepupu kak erna.. semoga dia kuat melawan penyakit nya...
stage brp dah kak?
yong..terima kasih yong..sebenarnya akak tak pernah tanya anak dia dah stage berapa..tak sampai hati..tapi baru buat pusingan kedua kimo..
ReplyDelete