Pages

Saturday, May 12, 2012

TAK SANGKA..TERKEJUT DEN..

Assalamualaikum


Siang tadi acik ke kelang
menghadiri majlis kenduri kawen anak mama aini.

acik bertolak awal dari rumah.kononnya nak sampai awal
jemputan mesti belum ramai..jadi boleh la lama sikit berkenalan dengan mama aini.

Tapi kita cuma merancang..Tuhan yang menentukan
sampai ke jusco bukit tinggi 11.45..
tapi acik jumpa tempat kenduri jam 1 lebih..lama acik memusing
tapi en suami memang sabar..dia rajin berhenti bertanya..
akhirnya sampai jugak.

terima kasih pada mama aini..belum sempat acik nak perkenalkan diri
dia dah sebut dulu..acik erna..cepat nya kenal..he he.

Sebelum jumpa tuan rumah acik lak terkejut dulu.
acik nampak seseorang yang acik kenal..
dia pun sama terkejut.
eh..kak..ni kenduri anak buah saya..camana akak kenal kakak saya..katanya.

oo alahai..adik mama aini..kerja sama jabatan..walaupun bukan satu pejabat
memang la kenal sangat kan..

Terima kasih sekali lagi pada mama aini
kerana sudi menjemput
dan makanan yang dihidangkan pun sedap2.

ok la..jumpa lagi,Insyallah

TART COKLAT-ADA RESEPI?

Assalamualaikum

Dah banyak blog masakan acik jelajah
tapi belum jumpa resepi tart coklat ni
mungkin dah lama agaknya kan
bila acik google ada keluar gambar..tapi bila
acik cari resepi ..
macam tart biasa..tart nenas tu.
acik suka makan..sedap la pulak .

Thursday, May 10, 2012

PERTAMA KALI JADI..KEDUA KALI TOLAK TEPI..

Assalamualikum

Acik pernah tulis disini dulu...kelemahan acik
tak pandai masak asam pedas
sebelum mengenali blog,acik belajar dengan sedara acik yang dok diklang.
sedara acik masak..sedap
bila acik masak..acik sendiri pun makan tak sedap..
bila dah mula mengenali blog
acik cuba ikut resepi. diblog
pertama kali acik buat,memang menjadi..sedap
bila kali kedua buat..memang kena tolak tepi..tak sedap
tak tau la acik apa masalahnya tangan acik ni.

 Asam pedas ikan pari.makan di kedai jijan tu.
ni asam pedas ikan kembung,.

Baru2 ni acik cuba buat asam pedas ikan sembilang
abang acik dapat masa pi mancing.
dia bagi dah siap siang.

bila dah masak..ish2 tak sedap lansung.sape pun tak nak makan.
tak pe..dari hari tu..acik dah lancarkan perang.
tak mau dah masak asam pedas.
kalau ada yang sebut lagi suroh masak asam pedas nanti..masak sendiri.
nak kata kan salah ikan
bila acik masak sambal,sedap pulak.

oklah dah puas hati dah..lepas geram ni..he he
jumpa lagi,Insyaallah.

Wednesday, May 9, 2012

SOODAPP..TAPI..TERBAKAR LIDAH..

Assalamualaikum

petang tadi..acik ada urusan sikit(mak ai..urusan pulak dah)he he
dah lama acik dok seremban dari 2006 lagi.
tapi tak pernah tau dimana Taman Bandar Senawang.
petang tadi lepas asar..ajak en.suami round
jumpa dimana.
dia pun terlopong sama..ha ha..
patut namanya 'bandar' senawang.. katanya..
nampak kedai makan..singgah
sekali acik tengok 
 ada ni..order satu..kata nak kurang pedas.
sekali makan..haaa amek ko.
orang n9 pun tak tahan
banjir dek poloh.
podeh ya amat.tapi..sodap..
terpaksa order benda alah ni pulak
untuk meredakan kepedasan.

Terima kasih pada semua yang meninggalkan 
komen din3 sebelum ni
bukan kisah acik tu.
tapi acik  ni suka sangat memikirkan hal orang lain.
kalau acik kesian  tu..sampaikan asek teringat je.
tapi apa yang acik boleh bantu.
sepatutnya acik cool je..nasihat
ni acik pulak nak ikut nangis sama..buruk beno perangaikan.

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

APA LA YANG DIBEBELKAN NI..

Assalamualaikum

kalau baru baru berumahtangga..
tiba tiba ada insan lain dok serumah
mula mula nak sesuaikan diri
seminggu dua tu rasanya tak de masalah lagi kan
bila dah sebulan dua bulan tinggal serumah
kita yang perempuan ni (maafkan acik bukan semua macam tu)
acik la..mula nampak..tuala mandi tak disidai dengan betul
ubat gigi tak ditutup elok..bila minum..cawan letak je atas meja ke..depan tv ke
kain baju yang dah pakai..tak masukkan dalam baldi atau besen..main sangkut..sangkut dan sangkut.
mula2 kita akan buat tu semua..tapi lama lama akan tegur..lagi lama akan hangn jugak
itu acik la..

walaupun dah 30 tahun berumah tangga..dan acik dah biasa..suami pun dan biasa..
kadang acik belum buka mulut..dia tau dah apa yang acik nak cakap..
apa lah acik orang lama bebelkan ni ye..he he

walaupun dah lama kenal...dah lama bercinta
(masa acik dulu tak sempat nak bercinta..baru nak eja c.i.n.t.a dah kena pinang)
bila dah tinggal serumah kena banyak sabar
 dan bertolak ansur.
itu pun kalau terus dapat serumah..
kalau jauh..pun mcam tu..banyak melayan rajuk dihati..
kena la suami tak pandai memujuk..
tahan perasaan lagi.

begitulah..menempuh alam rumahtangga bukan mudah..banyak cabaran
ada yang untung dan ada masa rentung.
ni cuma pandangan orang tua macam acik ni.

cuma bila dengar dan lihat kadang2 ada simpati dihati
ada masanya terkeluar jugak air mata ni.
tapi tak mampu membantu..begitulah masa baru2..
banyakkan sabar..insyaallah.

oklah jumpa lagi..maaf kalau tak faham 
apa yang acik bebelkan




Tuesday, May 8, 2012

MEJA RUNDINGAN DITUTUP.

Assalamualaikum..


Ya Allah..mengantuknya
malam ni mata tak mau di ajak berunding.
biasanya boleh jugak..mau jugak terima pandangan
malam ni betul2 mata nak menang..tetap nak tertutup
meja rundingan ditutup.

Insyaallah esok jumpa lagi.

Monday, May 7, 2012

HUJAN DAN KEMALANGAN...

Assalamualaikum

Hujan rahmat..mana mana pun hujan hari ni
kena keluar rumah cepat sikit..hujan dengan jem tak boleh nak dielakkan walaupun bukan dikuala lumpur.
 
sebabnya..jalan depan rumah acik..adalah laluan untuk kesekolah.ada 2 sekolah rendah 
dan satu sekolah menengah bila hujan ibubapa kan menghantar anak2 kesekolah..padat la dengan kenderaan.

sepanjang perjalanan ke tempat kerja 
yang tak jauh mana tu pun..
2 kemalangan jalan raya acik tengok
Alhamdulillah tidak melibatkan kehilangan jiwa.
tapi kemalangan menyebabkan jalan bertambah  sesak .

Apa sebabnya ye..setiap kali hujan..
setiap kali tu la ada berlaku 
                              kemalangan dijalan raya.


ok lah..jumpa lagi,Insyaallah

Sunday, May 6, 2012

ALAHAI...SENANGNYA DALAM HATI..

Assalamualaikum
pagi pagi selepas subuh dah siap gosok baju..siap gosok tudung sekali
terlebih rajin pulak.
baju hero bongsu pun dah siap gosok
kemudian pi rumah abang sekejap.nak gomoi
 budak mata bolat tu dulu
baru pi pasar.
hari ni sonang cerita.permintaan hero nak makan 
macaroni goreng je
alahai..sonang  hati omak e.
tapi tu la..sambil merebus macaroni..sambil kopek bawang.
dah siap kopek bawang yang banyak tu baru teringat
terjerit la sekejap.
ALAMAK...LUPA.macaroni dah terlalu kembang..gemok2 jadinya(ngikut tuanya pulak dah)
tu la dia..dari muda sampai ketua tak reti2 
buat kerja menyambil..
kalau buat satu2 kerja tu..kena adap tu je..baru tak lupa.

bebel pulak dah.
ok lah resepi macaroni..seperti biasa ambil dari rumah norsecubitgaram.
budak2 dah biasa dengan resepi yang sedap ni.
terima kasih nor..kali ni acik sertakan resepi disini..
izinkan ye nor.


MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 cawan daging cincang ~ boleh guna isi ayam
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 batang carrot ~ disagat
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging cincang dan masak hingga daging bertukar warna.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

oklah resepi pun dah ada kan..boleh la cuba..sedap sangat dan mudah nak buat.

Jumpa lagi,Insyaallah.




Saturday, May 5, 2012

SERONOK NYA MELAYAN SIKECIK..

Assalamualaikum

Jom layan gambar cucu makan keropok
malam tadi dia ada balik kerumah atuk dia.
dulu kalau balik... kerumah acik la..
sejak atuk dia dah pencen dan balik kampung
dia balik rumah atuk
jadi acik kesana..nak main2 ngan dia
nanti petang esok sebelum balik rumah sendiri..dia akan kerumah acik dulu.

macam le lapar sangat ni
beria ia nak makan keropok..gigi pun belum ada.
 Bulatnya mata.
gambar kakak tak ada..sejak dah buka simen ditangan
tak boleh duduk diam.

ok la..jumpa lagi,Insyaallah.

ADA ADA AJE BUDAK NI...

Assalamualaikum..


Malam tadi mendengar cerita hero bongsu
budak dah beso tapi manja lagi ni memang tiap minggu ada balik rumah
dah tak jauh kan..masa outing bersama parent pun angkut balik rumah jugak..
itu pun boleh keluar air mata lagi bila dihantar balik.
tu yang acik pernah tulis disini..tah mana datang la air mata dia..banyak je.

sambung balik kisah tadi.
hero selalu cerita..dalam dorm dia..ada sorang budak yang suka minta apa saja yang dia ada.
acik selalu pesan..jangan kedekut..bagi aja.
tapi dah kerap sangat..agaknya sampai boring jugak la hero acik ni

ada sekali tu hero acik mengadu tak sihat..
acik pesan ngan dia..
kalau dah tak tahan sangat makan dulu ubat yang acik bekalkan
bila dia keluarkan ubat..kawan dorm dia tu macam selalu terus tanya..apa tu.nak sikit..
he he..acik dengar pun gelak..dia kata..aimi geram betul..
nak aje aimi cakap..nah..ambik la..makan..
tapi dia tak buat pun..kalau ada apa2 yang dia marah.
bila balik..dia bercerita ngan acik untuk melepaskan rasa geram dia.
tu la dia aimi ni..tak pandai nak berkasar ngan kawan..dah acik ajar pun dia tak mau buat.

Minggu lepas mengadu dia pi toilet
kaki ayam..ish2..geli acik kata
selipar mana..dia kata..selipar kawan hilang
jadinya kawan pakai selipar dia
dia pulak yang terpaksa kaki ayam
acik belikan 3 pasang selipar..2 simpan dulu..
guna satu..kalau ada kawan guna lagi.
ambik yang simpan pakai..jangan kaki ayam pi mandi.

macam2 kisah je budak ni.
tu yang acik teringat.bangah dia dulu dok asrama
memang kerap hilang selipar dan kasut sekolah.
yang aimi ni pulak..bukan dia punya yang hilang
tapi kawan punya..
yang kaki ayam dia..sabo je la.

jumpa lagi...Insyaallah.

Friday, May 4, 2012

DIMANA LAGI TEMPAT YANG SELAMAT?????

Assalamualaikum.

Dimana lagi kita nak simpan wang?
dulu2 orang kata..simpan bawah bantal..bawah tilam..katanya tak selamat.
rupanya simpan dalam bank pun tak selamat jugak.
dah tiga orang..tiga kes..yang kawan2 bising duit hilang dalam simpanan.

malam tadi..kawan acik hantar sms..
berderau darah acik membacanya..bukan sikit..
banyak tu.

habis duit dia dalam akaun bank di curi..
yang tinggal cuma 11 ringgit.
mengamuk dan menangis jugak la dia.

Sebenarnya ini kali ketiga duit dia hilang dalam simpanan.
tapi kali ni paling banyak dan terus dia nak tutup akaun.

pagi pagi tadi dia pergi kebank..terlampau geram dan marah..keluar lagi air mata dia.
orang bank janji nak masukkan dalam akaun dalam tempuh 3 hari.
tapi kali ni dia berkeras tak mau..akhirnya bank 
               bagi tunai dan mintak tolong supaya tidak 
                       dilaporkan pada   pihak berkuasa.
                                  apa maksudnya tu..kan.

aduhai..risau betul..kalau jadi macam tu..
macam mana nak makan.. 

pernah ke kawan2 semua mengalaminya 
dan apa tindakan yang diambil.

oklah jumpa lagi,Insyaallah



Thursday, May 3, 2012

MACAM TU RUPANYA YE..TAK TAU LA PULAK..

Assalamualaikum
Pertama kali masuk kesini tengahari tadi
dengan kawan.sama sama pertama kali
masa order tanya nama dan no.telefon.kawan acik tanya..nak buat apa
acik jawab..entah..he he.
dah siap order kami duduk.datang lagi sorang tanya.nak makan disini ke
kami jawab ye.agak lama menunggu.terdengar nama kawan acik disebut.
tapi dia tak bangun pun..acik pun sama.
kejap tu ada yang datang hantar air..dan dua kotak.
eh..kami nak makan disini..bukan 'take away'
ye la..katanya..mana sudu,garfu ke..pinggan ke..
memang tak de katanya.
ha ha ha ..kami tergelak beso..
tu la dia  tak tau pun..cam tu rupanya masuk domino ye..
pizzanya..memang sedap..nipis dan rangup..
tapiiiii..kalau masuk lagi..baik hangkut bawak 
keluar je la..tak perlu tunggu disitu..
sama je kan..

Wednesday, May 2, 2012

HANCUR LEBUR..TAPI TAK JADI DEBU..

Assalamualaikum..
hari khamis.acik keklinik ambik ubat,
untuk kolesterol.
dulu..klinik akan bagi untuk 3 bulan sekali..
tetapi sekarang ni  dalam tempoh 3 bulan tu
kadang kena 3 kali ulang untuk ambik ubat.
tiba tiba malam tu.en.suami  tanya
jumpa doktor lagi bila?
heran jugak acik..tiba tiba pulak tanya
kenapa? acik tanya..ni ha..surat untuk yang akan datang 
dah jadi macam ni..katanya..
ooo alahai..sabo je la.
balik dari klinik..en.suami simpan surat dalam poket,
lupa nak keluarkan..
hancur lebur la surat tu diputar dek mesin basuh.
lansung tak boleh dibaca.

tak pe lah kan..nak buat macam mana

oklah jumpa lagi,Insyaallah.

Monday, April 30, 2012

SAJA JE BUAT RIBUT...

 
Assalamualaikum.

Hari Sabtu dan Ahad biasanya adalah hari2 yang acik ada kelapangan untuk menjelajah kesemua N3 yang ada dibloglist acik.
tapi minggu ni tak dapat acik nak buat macam tu
laptop acik masih dikedai.mesti banyak cerita2 yang menarik dari kawan2 yang takdapat acik baca.Tapi tak pe nanti acik khatamkan semuanya bila laptop acik dah baik dari sengugutnya.

Apahal pulak gambar kunci kete tu ye.
tu le dia kan
kisahnya..hari jumaat lepas
kawan opis acik melilau cari kunci kete dia..
habis suruh acik tengok dalam beg acik kot ada  termasukkan.tapi tak de jugak.
dia dah panggil kawan opis yang lelaki mintak tolong bukakan pintu dengan apa cara pun.
sekali acik cuba tanya en.suami acik.
ada nampak ke kunci kete mar.
terus dia pi ke laci yang terdapat banyak kunci2 
kenderaan jabatan.
kunci ini ke..katanya..
dia ingatkan kunci kete jabatan.
tah sapa lah yang letak merata rata..kalau hilang
 nanti kan susah..katanya.

ooo alahai..kecoh satu opis dibuatnya.

ok lah..jumpa lagi,Insyaallah

Wednesday, April 25, 2012

TETAMU DATANG BAWA REZEKI

Assalamualaikum
 Petang tadi..dekat nak maghrib pun
abang dari Segamat sampai
nasi dan ayam masak kicap dah masak
tinggal nak tambah nasi dan goreng sayur je.
kejap tu adik pulak telefon..
tak payah masak  la
nanti dia belikan nasi arab damsyik..katanya
rupanya abang dah telefon dia bagi tau abang 
ada dirumah acik..
 Alhamdulillah rezeki..makan nasi arab la lepas maghrib tadi.
sebenarnya acik pening la tengok blog sendiri sekarang ni.blogspot ke buat macam tu.
acik memang tak tahu.
dah jadi lain kalau buka new post.tercari cari pulak.
tak faham acik.

ok lah jumpa lagi,Insyaallah.