Assalamualaikum
Padi tadi keluar rumah tengok mendung
tapi nekad je acik
mendung tak bererti hujan kan
dapat jugak acik pi pasar
tujuan utama nak cari pisang
teringat sepupu acik si anymz ni
dia ada sebut
"sok rayo se datang mah akak buek timpan yo"
biar boto budak ni.
rayo makanla kuih rayo kan he he.
Insyaallah esok selepas zohor dia dan suami akan berangkat ketanah suci
untuk menunaikan ibadah haji
Tak sampai hati pulak acik
tu yang pagi2 pi cari pisang dan daun pisang
tak ada la pulak pisang kapas
acik beli pisang ni
Tak tau namanya..janji boleh buat lepat
en..suami pi beli tepung pulut
lain pulak jenih yang dibelinya
tak kisah lah.
Alhamdulillah..siap jugak acik bungkus lepat
Q..bungkusan acik lain kan he he
Ni yang dah masak.
Alhamdulillah petang tadi acik dah pun
kerumah Anim untuk menghantarkan kuih lepat pisang berinti ni.
walaupun pisang kesukaan acik untuk buat lepat tak ada.
menjadi jugak la lepat ni..Alhamdulillah.
Selamat berangkat keTanah Suci buat
Anim.suami,Shariah dan NurulUyun
semoga dipermudahkan semua
urusan dan mendapat haji yang mabrur
serta selamat pergi dan selamat kembali.
Ok lah jumpa lagi,Insyaallah