Pages

Sunday, September 4, 2011

CERITA RAYA (2)

Assalamualaikum


Syawal kedua pagi pagi lagi acik dah bersiap untuk pi beraya,
rumah pertama.rumah sedara acik dikota..saripah dan adik2nya
kemudian ke rumah anymz.
keluar dari rumah anymz kami meneruskan perjalanan ke segamat
2 buah rumah disegamat..rumah abang dan rumah anak sedara.
sebelum kerumah anak sedara acik singgah dikedai..beli kek sebijik
Sebabnya raya kedua 31 ogos,2011 adalah harilahir hero sulung.
Acik saja nak bagi dia seronok 
jadi belikan kek dan potong kek dirumah anak sedara tu.

Syawal ketiga acik tak kemana pun siangnya dirumah aje..
acik masak nasi lemak..kalau ada yang datang acik nak jamu dengan nasi lemak aje selain kuih2 raya.
memang ada rezeki rupa..sebab ada yang datang.
malamnya sepatutnya kerumah anymz lagi tapi maaf ye nim..tak dapat datang sebab ada tetamu dirumah.

Syawal keempat 
sedara dari kelang,tebung dan tampin pulak yang datang
acik cuma masakkan nasi untuk makan tengahari dan menu pun lari dari ayam dan daging.
acik buatkan masak lomak cili api pucuk ubi,gorengkan ikan dan goreng telur.
sambil2 menunggu nak makan nasi acik buatkan jugak nasi impit goreng.
Alhamdulillah dapat jugak acik menjamu tetamu walau pun dengan masakan yang simple aje..


Insyaallah acik akan sambung sikit lagi sebelum mula bekerja dan nak nak mulakan puasa isnin nanti.

20 comments:

  1. happy birthday buat along :)
    dekat je ke kak , rumah kak anymz?
    Sure boleh makan biskut mazola dan kuih tart yg sedap tu kan :)

    ReplyDelete
  2. happy birhday utk along..

    alhamdulillah..semua perancangan raya dpt berjalan dengan baiknya..

    esok dah mula nak bertugas...

    ReplyDelete
  3. Assalam kasih..terima kasih.
    rumah anim dikota..rumah akak diseremban..tak jauh sangat la kasih..

    ReplyDelete
  4. assalam sal..selamat hari raya..
    terima kasih sal.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya erna. kalau ko kl tu rogerlah kpah. Buleh singgah rumah kakpah pulak.

    ReplyDelete
  6. ibundo..selamat hari rayo kak pah..insyaallah..kalau poi nanti saya bagi tau..

    ReplyDelete
  7. hepi besday along...


    wah,sonang la nak ingat hari lahir along yo....hahahahh!

    ReplyDelete
  8. kak long..memang sonang..orang merdeka..dio pun samo..he he

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya kalu musim Raya memuncak, dapat makan Nasi putih dengan Lemak Cili Api, ikan masin... perhhhh! Layan!

    ReplyDelete
  10. azieazah..
    betul le tu.masak lomak cili api ngan goreng ikan yang membuka selera tetamu acik hari tu..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan selamat hari raya ke 6 syawal Acik Erna,

    Kak Ani tahun ni dua buah rumah jer sempat beraya, sebab cik abang akak tu tak berapa sihat. Goutnya dah tiba dulu sebelum raya.

    Tapi nasib baik adik2 ada datang kerumah.

    Sehari dua lepas raya ni memang sedap makan nasi lauk biasa2 ni Erna. Sebab daging dan ayam dah berhari2 kita makan kan sepanjang beraya.

    ReplyDelete
  12. Wkmsallam kak Ani..
    tak pe la kak ani..ada halangan bukan tak mau pi beraya kan..semoga suami kak ani cepat sembuh..

    ReplyDelete
  13. slmt hari raya buat k.erna sekeluarga.. ampun maaf ya andai ada silap salah nor selama ni..

    wah birthday hero jatuh pd hari merdeka ya.. happy belated birthday buat anakanda k.erna tu :)

    ReplyDelete
  14. k.nor..selamat hari raya ..maaf zahir batin jugak dari akak jika da terkasar bahasa..
    terima kasih ucapan selamat hari lahir buat hero akak tu..

    ReplyDelete
  15. wow..meriahnya raya akak :)

    akak, meh jemput sertai Giveaway di blog saya..ada cabutan bertuah menanti anda :)

    ReplyDelete
  16. Assalam kak..meriah akk raya, ramai tamu dtg..saya beraya kat umah je n raya ketiga ada kenduri kawen adik kt umah

    ReplyDelete
  17. wkmsallam rosaliza..alhamdulillah
    sempat juga akak beraya kerumah abang2 dan sedara mara

    ReplyDelete
  18. Yati pun rancang nak jumpa kawan lama masa raya ketiga tu. Pun tak sempat. Kita hanya mampu merancang. Tapi masa tu cukup terhad ya, kak.

    ReplyDelete
  19. assalam yatie..tak pe yatie masih ada mas nak jumpa

    ReplyDelete