Followers

Friday, May 14, 2010

KERJA LUAR..





Assalamualaikum...

Terima kasih ..terima kasih..terima kasih...dan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan dialam maya ini..yang memberikan kata kata semangat dan turut mendoakan mohd fakaruddin...

Anak sedara ni masih lagi diwad di HUKM...doktor masih lagi menjalankan bermacam macam ujian.. menurut kata doktor luikemia peringkat awal...

o.k lah ye..kita sambong dengan cerita bergambar aje lah ye..

tak bagi tau pun..tentu semua dah tau kan..buah anggur..
Buah anggur yang masih lagi dipokok
Pemandangan dari kebun anggur
Dudok rehat sekejap le..dah penat dok bawah pokok anggur..


Yang ini..pokok mangga ye..hari lain pulak ni..aku ke kebun mangga usahawan..untuk memberi penerangan tentang cantasan pokok mangga..
Kawan yang memberi penerangan...sebenarnya dari pemerhatian aku sekarang ini..tuan punya tanah telah menggajikan pekerja yang tau dan dah pandai menjaga pokok ni..tapi..dah tugas..kita kena pergi juga..memberi penerangan..



Minggu ni..banyak keluar..jadi aku rasa letih sikit..dah nak pencenkan..macam ni lah..tenaga dah tak macam dulu...kalau dulu..aku masih ingat lagi..masa dikuala selangor..masuk kebun..masa tu..pokok durian...sampaikan tuan punya tu..bertanya..tak penat ke..katanya..pak cik dah tak larat.....sekarang ni..giliran aku pulak lah yang dah mula tak larat..

23 comments:

  1. salam kak, nak tanya kerja bahagian pertanian ye? segar tul anggur tu manis ke masam yek? hehehe banyak tanyo.. ;p
    suka tag nih..'mak3hero'

    ReplyDelete
  2. ado potik tak buah anggur tu.. nak taman dopan ghumah den ni hehe

    ReplyDelete
  3. dah tak larat - haha.. macam sama je frasa kita tu.
    erna, boleh ajar camano nakk tanam pokok gaharu? kek mano nak dapek boneh e.

    ReplyDelete
  4. sayangsayangibu..akak memang keje pertanian..anggur tu memang manis..akak tak rasa pun..cuma guna alat untuk menyukat kemanisan buah tu..tu yang tau manis..he he..akak ada 3 hero..tu yang jadi macamtu..sebenarnya...ada kawan yang buatkan email akak.dia yang boh nama tu..

    ReplyDelete
  5. zino..mano bolih potik..orang punyo...kalau nak tanam se bolih cuba dapatkan anak pokok..tapi lama lagi la..maso pi semalam..tak bolih ambik buat benih lagi..sebab dio belum harvest...

    ReplyDelete
  6. kak erna........anggur boleh hidup kat pilah x? pilah ni kan panas.....tp berminat nak cuba tanam anngur tu. Ada tips nanti bg tahu..... :)

    ReplyDelete
  7. kak pah..dah sampai masa kak pah...sama lah kita..kak pah pokok gaharu dah lama dah orang tak tanam kat sini..dulu ye..semua orang cari..sekarang ni senyap...nanti saya bolih cuba2 tanyakan kat mana dapat..

    ReplyDelete
  8. ibuhani..anggur sekarang ni..bolih hidup kat mana2 je..tapi kita kena buat dia berbuah..sebab anggur ni kat negara bermusim kan..bila tanam kat negeri kita..kita nak bagi berbuah tu..kita rancangkan sendiri..semalam akak pi ladang anggur ni..satu pasu aje..sampai beratus..ada yang rm150..ada yang rm250.00 ikut jenis anggur..

    ReplyDelete
  9. kak erna

    zar yang belum berapa tua ni pun dah tak larat kak. badan berat makin berat.. ntah bila nak kurus ni..huhuhu akan zar tengok badan menten jer... :)

    ReplyDelete
  10. eh nak jawab pasal pokok gaharu tu.. gaharu tak de pokok tapi gaharu datang dari pokok karas. Dan tak semua pokok karas ada gaharu, kita kena injek bakteria dalam pokok karas tu bila sampai satu level dan kulat akan membiak dalam pokok karas membentuk gaharu..

    ReplyDelete
  11. Aslmkm Erna.
    Alhamdulillah jika leukemia awal, insya Allah dpt dibendung.
    Anggur tu manis ke? Kawan tanam, masam teramat, tp boleh dibuat pincuk! Hehe.

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Erna,

    Cantik buah anggur ini...mesti manis. Masa pergi visit MARDI C.Highland ari tu..buah dia tak secantik ni @ dia tengah buat R&D

    ReplyDelete
  13. Kat mana ladanag anggur ni, nak bawa rombongan serbu........

    Alhamdulillah diperingkat awal moga Fakaruddin cepat sembuh.

    ReplyDelete
  14. zar..zar muda lagi..masih bertenaga..akak ni ye la...dah setengah abad dah..he he..ye ke orang panggil setengan abad..

    ReplyDelete
  15. DDrfauziah..insyaalllah kak G..harap dapat dikawal..
    anggurnya manis kak G..brix dia mencecah ke 16..dah cukup manis bagi buah tu..

    ReplyDelete
  16. salam ibu sayang..buah anggurnya manis..taj jumpa yang masam sangat la..
    yang ini usahawan punya..kalau mardi tu memang buat R&D..selagi tak puas hati..akan buat aje la..keje nya..

    ReplyDelete
  17. nmpak fresh le anggur tu, rasa nak mngunyah anggur lak ni..

    ReplyDelete
  18. salam zai..dekat je dengan pejabat saya ni..orang bolih melawat sambil membeli buah anggur..dengarnya kalau pelawat..nak masuk ladang tu..dia caj RM5.00 sorang...masa saya pergi dengan bos pert.tak de la caj..

    ReplyDelete
  19. Maiyah..memang fresh..atas pokok lagi..akak beli juga satu kg..yang warna merah tu..seedles punya..jenoh juga..basuh dan rendam dengan air garam..takut juga kan..baru petik..kita pun tak tau bila last dia orang guna racun kulat..

    ReplyDelete
  20. zar..tak perasan tadi..ooo..macam tu ye zar..poko gaharu tak de..harap kak pah dapat jawapan..dan baca apa yang zar tulis..ada dulu kawan ajak share tanam gaharu..jual mahal..katanya..akak tak mau..dia kata nak dapat gaharu..rosakkan kulit pokok..itulah dia rupanya..terima kasih zar..akak dah tau dah..nanti akak nak cerita ngan kawan tu..nasib akak tak terpedaya masa dia cerita tu...

    ReplyDelete
  21. Aslmkm.
    Erna, Pertanian mmg ada jual ke benih anggur tu utk org awam?

    ReplyDelete
  22. salam kak G..pert. n.sembilan tak ade..kedah rasanya ada..
    kat ns ni..tempat yang saya pergi baru ni..belum ada buat benih untuk dijual..tapi bos dah bagi tau dia..suroh sediakan anak pokok dalam polybeg untuk jualan..kalau ada yang datang melawat..bolih beli pokok sekali..

    ReplyDelete
  23. kak erna mantain je slim n awet muda! apa rahsianya kak?hihi..

    camna nak kasi pokok anggur tu berbuah?

    ReplyDelete