Pages

Monday, April 18, 2016

LEBAI TAK MALANG...

Assalamualaikum
Suatu hari dulu pasangan pencen ni 
konon nak makan diluar
letih kononnya tak mau masak.
belum jumpa kedai..
hujan turun....lebat,lansung tak jadi
pusing semula balik rumah.
ni la jadi hidangan nya..masak nasi.
goreng ikan masin..goreng telur
goreng ikan bilis
panaskan kuah kuning semalam nya lauk
Alhamdulillah.kenyang
mak makan ringkas
sekali hero bongsu tunjuk gambar masak rendang ayam
di rumah sewa dia.

sekejap je licin katanya.
tapi sejak masuk sem baru ni belum sekali pun
dia orang masak.
sibuk agaknya masing2.
masak nasi je beli lauk katanya.
ok lah..lama2 nanti habis lah gambar 
dalam draf acik ni kan he he
jumpa lagi in shaa Allah.

35 comments:

  1. Replies
    1. sila lah makan zul untuk hilangkan rasa lapar

      Delete
  2. Aduuhhh sedapnyaaa lauk. Bole tambah nasi berpinggan2 macam ne

    ReplyDelete
  3. Masak sendiri juga yg sedappp...

    ReplyDelete
  4. Sham sesekali teragak jugak mkn nasik dengan telor masak kicap.. licinnnnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. telur kicap letak cili hijau kan sham sedap sangat

      Delete
  5. Makanan yang ringkas macam tu lah yang sedap acik...nak2 makan dgn nasi panas,hmmm...sedap.
    Pandai sungguh hero bongsu acik buat rendang ya...kalau bujang saya sekadar goreng telor boleh lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul saniah makan masa nasi panas2 perut pulak lapar..memang sedap rasanya

      Delete
  6. Haha... hujan pun tahu pasangan dua sejoli ini sebenarnya lebih selera makan air tangan sendiri. Macam adik juga tapi itulah bila sem dua nak habis memang makin busylah dik... beli ajelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kakzakie..kena jugqak masak laju2 dah lapo..

      Delete
  7. Assalam achik..
    Sebenarnya lauk ringkas makan ngn nasi panas...sangat nikmat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tengok rendang si bongsu tu Acik Erna..
      Untung isterinya nanti..
      Teringat pula saya abg long saya..
      Masa duduk bujang dia pun rajin masak.. buat kuih lagi.. smpi kekawan abg long tanya.. mana ko belajar masak.. pastu abg long ckp dulu masa sekolah rajin tolong mak masak sebab masa tu mak berkedai..
      Skrg isterinya untung 😀

      Delete
    2. hero bongsu acik buat rendang tu dah siapkan pesnya yatie..tinggal santan ngan garam je..tu sebab dia rajin he he

      Delete
  8. tak malang lg tu kak sbb still ada lauk di rumah
    malang bila kebetulan lauk takde kt umah hehehhe... megi apa tah lagi...

    ReplyDelete
  9. Memang malang tak berbaulah, Acik. Kalau ada bau, tau hari nak hujan, dah siap-siap masak sedap-sedap kat dapurkan!

    Masak yang simple-simple ni yang jadi sedap, Acik. Bertambah sejoli gitu makan bersama. Eh, lupa nak tanya! Acik dah pencen rupanya ya!

    Pandai hero Acik masak rendang. Ni kalau ambil duit upah masak kat rumah sewa, kaya dah ni hero Acik ^_^

    ReplyDelete
  10. ringkas2 pun sedap je... kan jimat dr mkn kat luar... =)

    ReplyDelete
  11. Masak yang simple lagi sedap makan. Kadang2 masak macam2 tapi kurang selera.

    Bagus hero bongsu pandai masak nanti senang dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  12. Kak, tang hujan lobek tu...bilo zaman tu kak? Tanah dh koring kontang dh ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang tulis satu hari dulu cerita tertunggak he he dah 4 bulan

      Delete
  13. Owh suka singgah sini banyak sekali posting makanan yang sedap.Hehehe.Acik ni memang hebat la : )

    ReplyDelete
  14. jika tengah lapar..menu acik tu memang mengoda..
    pandai bujang tu masak rendang ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap betul makan masa lapar KY
      bujang tu masak rendang guna pes rendang bawak dari rumah..letak santan ngan garam je

      Delete
  15. Tak apa. esoknya jika tak hujan boleh pekena balik makan dikedai tu. Masak telur pun sedap sekali sekala. Ubah selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PMDR sekarang ni musim panas..tak teringin pulak nak keluar kan..sesekali ada hujan lebat disini..hujan dengan angin kuat

      Delete
  16. Makan ikan masin pun sedap masa hujan macam tu akak.

    ReplyDelete
  17. Kekadang makan simple simple gitu lagi sedap kan AE.... Habis tu kira terbantutlah keinginan nak makan tom yam tadi tu yek

    ReplyDelete
  18. tak jadi lansung ok..terbantut semuanya he e

    ReplyDelete
  19. SELAMAT BERHUJUNG MINGGU MESTI SEDAP MSKN HARINI

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berihat Paridah..hari ni buat bubur jagung durian je

      Delete