Thursday, February 12, 2015

KISAH NYA..

Assalamualaikum

Tadi kan waktu makan tengahari
dah tak sempat dah nak ke kedai kegemaran
sebab dah terlama lak sikit kat bank..ramai..
gaji kan awal..untuk selamat
tak terguna
kena pindahkan ke akaun lain dulu..
dah masa sepatutnya gaji nanti
baru ambik balik.
acik masuk je kedai yang ada disitu
dah lapar..dah 1.30 tengahari
nampak la ada dua orang duduk..elok je borak
sekali bila pekerja kedai tu bagi menu
dia macam terkejut pulak
haahh..menu? katanya..
saya nak duduk menunggu je dalam sejam
tak tau lah kenapa..bila nampak 
dia terkejut masa mula2 tu pun acik dah rasa kesian
en.suami acik kata..dia tak biasa agaknya
dia ingat kedai ni boleh duduk2 gitu je
tak perlu order apa2..
tapi kan sementara acik tengok2 buku menu tu
dah hilang dah orang tu.
tak tau la dia pi tunggu dimana.
ish dah tua2 ni teruk betul la..
sampai sekarang ni acik teringat ingat
kesian nya dia..
ok lah jumpa lagi,Insyaa Allah

20 comments:

  1. Salam kenal..alahai sedih plak kalau tengok...

    ReplyDelete
  2. Sedih lah pulak acik erna.. mungkin dia tak perasan kot boleh duduk menunggu kat situ :)

    ReplyDelete
  3. alahai....

    by the way, dah 33 tahun acik kawen? fuyyyooo...respek la...
    bak mai la tips acik...nak resepi kebahagiaan gitu...

    ReplyDelete
  4. As-salam acik..

    ala siannya.. kalau saya pun tak sampai hati tengok..

    ReplyDelete
  5. macam-macam kerenah manusia kan Acik...dunia, dunia :)

    ReplyDelete
  6. Acik, ini mesti cafe ala-ala high stended tu yer Acik?

    ReplyDelete
  7. Adeh...orang camtu pun hadi gak...pelik2 tul perangai org skrg ni

    ReplyDelete
  8. Memang kebanyakkan kedai dia tak bagi duduk saja. Order minuman saja pun tak apa. Kesian mungkin tak tahu atau tak cukup baget.

    ReplyDelete
  9. Biasanya kalau dah duduk mestilah nak kena order sesuatu. Ada tempat makan pun kalau dah selesai makan ke apa, kena cepat-cepat keluar juga. Kalau tidak, dapat jelingan aje baik dari staff mahupun pelanggan lain. Tak toleransi katanya :)

    ReplyDelete
  10. Biasalah acik dah duduk mestilah org tu ingat nak makan. tapi kalau tak makan pun rasanya boleh kata tumpang duduk aje boleh kot.. tapi kalau kakak rasa tak sedap hati menumpang tak order apa-apa.

    ReplyDelete
  11. org gov dpt gaji awal kan.. cam lya keje swasta, on time cukup bulan bru dapat.. lg pon company lya semua islam, xde chinese..jd..xdelah nk bg gaji awal ke..

    msti msuk tmpat makan y ala-ala SR ke mcm tu kan? ada tmpat mkn cam outdoor..igt leh rehat-rehat kot..

    ReplyDelete
  12. macam2 ragam orang ni acik..kita pun klu menunggu dikedai tak sedap hati tak order apa2..melainkanlah kedai sedara kita.tak order pun ada je air ke makanan free sampai.haha..

    tp kesian juga ye kt dia..:(

    ReplyDelete
  13. Kalau pelanggan tak ramai, kerusi banyak yang kosong, apa la salahnya bagi orang tu duduk sekejap.. Lainlah kalau pelanggan bersusun..

    ReplyDelete
  14. mungkin sebab ramai orang kot..kalau tak mesti takde masalah.

    ReplyDelete
  15. eemm.. nak suruh beredar macam kurang ajar.. sudahnya dia guna cara macam tu.. bagi menu dengan harapan orang tu order.. ;)

    ReplyDelete
  16. Nama pun bissnes kat bandar besar ni gitulah AE....yg penting untung!

    ReplyDelete