Thursday, March 20, 2014

DEBARAN..BERMULA..

Assalamualaikum
Hari yang ditunggu tunggu oleh semua
calon SPM dan ibubapa.
semoga keputusan cemerlang menjadi
milik anak2 kita semua.
doa kan kejayaan anak2 kita ye.
pagi lagi..balik dari masjid solat subuh
hero bongsu peluk acik ketat ketat
acik memahami perasaan dia..tapi
tiada kata yang terluah
Nampak sangat dia menahan tangisan
alahai adik..
adik kan dah berusaha..apa pun keputusan
terima dengan redho.
teringat acik malam tadi
dikelas mengaji
ada ibu yang sama2 anak tunggu SPM
menyatakan kerisauannya.
dan ada pulak ibu yang bercakap
nak risau apa..benda dah lepas.
ada juga yang tak sensitif rupanya kan
sebagai ibu rasanya semua risau kan
oklah..jumpa lagi..In Syaa Allah

16 comments:

  1. bukan anak saja yang berdebar malah rasanya ibu lebih2 lagi,apa pun moga beroleh kecemerlangan hendaknya......

    ReplyDelete
  2. betul tu Acik, tiap kali anak nak ambil keputusan periksa spt PMR dan SPM ni, kita sebagai ibu yang turut berdebar-debar, bila dah dapat tau barulah lega, apa pun keputusan kita tetap redha.

    ReplyDelete
  3. Aina pon tengah risau anak buah pon ambik keputusan hari ni.

    ReplyDelete
  4. sy dulu pon mcm tu jg..ms amik pmr..ms amik spm..xpeluk mama pun ;-)

    ReplyDelete
  5. Semoga Aimi mendapat keputusan yg cemerlang... jgn risau2 sgt acik... insyaAllah, si hero dah berusaha semampunya.... betul, apapun keputusannya terimalah dengan hati terbuka...

    Ramai ibu-ibu yg mcm tu acik! tapi itu mungkin yg keluar dari mulut mereka dalam hati siapa yang tahu...

    ReplyDelete
  6. Mesti dia pun berdebar dan kecut perut nak pergi ambil keputusan SPM. Semoga hero Acik pulang dari sekolah dengan berita gembira, ya!

    ReplyDelete
  7. doakan anak2 kita, moga berjaya yer !

    ReplyDelete
  8. apapun keputusannyer pastilah dia dah buat yang terbaik.. mungkin emak yang kata cam gitu cuma nak tenangkan hati sendiri...

    ReplyDelete
  9. Baru anak sedara pun, saya dah risau. Anak sendiri ntah camne rasanya.

    ReplyDelete
  10. Moga Aimi mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM kali ni. ;)

    ReplyDelete
  11. aimy anak yg baik semoga kejayaan jadi miliknya

    ReplyDelete
  12. tahniah adik...gembira hati emak...

    ReplyDelete
  13. debaran tu lumrah kan acik,yg penting kena terima dengan redha apa je keputusannya

    ReplyDelete