Pages

Wednesday, July 17, 2019

BERTEMU KAWAN SEKOLAH

Assalamualaikum
Bertemu rakan sekolah 
Seronok bila berjumpa.tapi tak dapat
Nak sembang panjang
Ye la kan bertemu pun di majlis
Kenduri..In Syaa Allah
Panjang umur kita jumpa lagi.

Sunday, July 14, 2019

KUTIP HASIL

Assalamualaikum
 Hero bongsu acik yang sangat suka makan buah mangga
2 orang lagi anak acik
Kalau buah tak kopek dan simpan peti ais
Memang tak makan la.
Puas la adik makan mangga
Adik rajin kupas sendiri

Thursday, July 11, 2019

SEDAP DAN MANIISS

Assalamualaikum


Nikmatnya bila dapat makan
Buah hasil dari pokok yang ditanam sendiri

Sunday, July 7, 2019

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum
Salah satu lauk untuk tengahari
semalam.sambal tempoyak daun kayu.
Biasa memang masak ni banyak
Boleh bagi jiran jiran
Dan fozenkan.

Sunday, June 30, 2019

PERCUBAAN MENULIS

Assalamualaikum



Saturday, September 8, 2018

MACAM BARU BELAJAR

Assalamualaikum
lama dah tak menulis
hari ni baru nak mula macam baru2 menulis blog pulak.
lupa dah semua..ni baru dapat guna laptop
bangah dah habis belajar..laptop tinggal dirumah
hero bongsu pun dah habis cuti
sunyi la tinggal dirumah tak de yang nak di panggil2.
ok la jenuh acik nak menulis ni
dulu guna telefon je.

Sunday, June 17, 2018

SALAM EDULFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin dari acik buat semua

Friday, May 18, 2018

MENU SAHUR

Alhamdulillah ada juga makanan untuk hero bongsu acik sahur.
Tapi tu la hati ibu kan..sedih tengok nya.
Lambat lagi dia cuti
4 hari lagi nak raya baru balik.
Anak ok je..mak yang tak lalu nak makan fikirkan dia.
Semalam berbuka di masjid.
Makan dalam talam..satu talam makan 4 orang.katanya.
Alhamdulillah..ada rezeki berbuka dan kenyang.

Saturday, April 28, 2018

KONVO

Bukan hero acik
In shaa Allah dia lagi 2 tahun.
Saja dia bagi gambar.
Hari ni hari pertama konvo UTM
katanya dia bertugas di gerai jualan bunga bunga tu.
Seronok sangat dapat bertugas.

Tuesday, April 10, 2018

KISAH NYA

Baru baru ni hero bongsu acik cuti midsem seminggu.dia bagi tau balik hari khamis.tiket dah ambik.nak jadi ceritanya.hari yang dia nak balik..nak pergi ke larkin..jalan jem.dalam grab dia mesej...jalan jem mak..tak tau sempat ke tidak..katanya.
Rupanya memang tak sempat.sampai bas dah jalan.dia tak mau balik ke asrama.telefon kawan di batu pahat mintak tengokkan tiket untuk ke Seremban..dan dia terus ambik bas ke Batu Pahat.lagi sekali dia telefon..tak sempat mak..katanya..bas baru sampai Parit Raja.bas lambat pulak katanya.adui risaunya hati mak tak terkata.tapi dah orang bujang kan..mak jangan risau katanya..dia tumpang tidur di.bilik kawan..pagi esok balik katanya.adui..tak senang hati acik..Alhamdulillah esoknya dia selamat sampai.
Dan dah pun selamat balik ke U..dan dah siap pun program dia bersama kanak2 Tadika.
Alhamdulillah

Friday, March 16, 2018

ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum
Hari ni 16.3.18 hari ulang tahun kelahiran hero bongsu acik
Sedih juga ni .maknya tak berapa sihat nak pergi ke JB sana untuk meraikannya.
Tunggu la dia balik cuti midsem nanti.
Selamat hari ulangtahun kelahiran adik.
Semoga panjang umur...murah rezeki...diberi kesihatan yang baik..dipermudahkan urusan menuntut ilmu sentiasa dalam rahmat Allah..cemerlang dunia akhirat dan jadi anak yang solleh.doa2 mak sentiasa mengiringi adik.

Tuesday, March 13, 2018

ALAHAI ANAK

Pagi lagi dah dapat wasap dari hero bongsu tunjuk gambar.maaakkk dah tak boleh guna katanya.
Kenapaaa..biasa la mak punya pertanyaan.
Jatuh katanya.tak dapat la mak nak tolong dik.jauh.cari balik conetnya tu cuba la sampai minyak wangi tu mau keluar ye dik.sayang dik oiii.

Friday, February 23, 2018

SARAPAN

Assalamualaikum

Gambar sarapan hero bongsu acik.rindu dah dengan budak sorang ni.
Semoga anak2 acik sihat2 saja di tempat mencari ilmu.
Dua2 di Johor.adik di JB.bangah di Keluang.

Thursday, December 28, 2017

YATIM PIATU

Tinggal tak berapa hari lagi sekolah akan dibuka.
Tentu ibubapa yang anak masih ada yang bersekolah sibuk kan.
Walau pun anak2 acik dah tiada bersekolah..tapi ada jugak yang acik fikirkan
Anak bongsu arwah abang yang masih bersekolah.
Semalam baru dia datang kerumah acik.selepas ayah nya meninggal dia tinggal dengan kakak sulong nya di Pasoh.
Dah tinggal beberapa hari lagi nak sekolah baru kakak dia hantar balik.
Acik tanya ngan dia..pak su dah beli baju dah kasut sekolah ke.kakak dia jawab kan..baju boleh pakai lagi.
Tapi acik tak senang hati..panggil anak kedua acik..
Bangah..tolong bawak pak su pi kedai..belikan kelengkapan sekolah dia..
Balik tu baru bangah cerita..sedih sangat mak tengok pak su pilih baju..aduhai remuk hati acik..sedih sangat2.
Semua barang dia tengok harga dulu mak..mahal dia letak balik kata bangah.kesian anak buah acik yang dah yatim piatu.pak su bagi tau bangah..sebenarnya baju dah tak muat.seluar sukan dah koyak..
Alhamdulillah..walaupun dah tak kerja..masih ada rezeki acik untuk dikongsi kan untuk menggembirakan anak buah sorang ni.berseri muka dia bila nak balik semalam.
Syukur Alhamdulillah.

Tuesday, December 12, 2017

GENAP SEBULAN

Al Fatihah genap sebulan abang acik pergi meninggalkan kami semua.semoga ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal solleh.

Wednesday, November 15, 2017

DARIPADANYA KITA DATANG....

Assallamualaikum
28.10.2017 acik dikejut dengan berita. Abang acik kemalangan..gas dirumahnya meletup.masa adik telefon bagi tahu..dah hampir zohor.acik tak terus pergi..tunggu jugak waktu melawat.
Bila tengok keadaan abang di hospital dari kepala muka dah hitam dan bengkak..tapi abang acik masih boleh bercerita..bagaimana kejadian.sempat lagi dia tarik dan padam kan api..halau keluar cucu2 dan baru padam kan api dibadan..kerana baju dan seluar juga habis terbakar.
Setiap hari acik tengok dia di hospital.bila hari adik off..adik pulak yang ulang tengok abang.hari isnin..selasa acik tak pergi juga kena ada appt.hari khamis anak abang telefon..bagitau..ayah dah keluar wad..along (anak abang yang sulung) bawa balik pasoh katanya.
Tapi...kita tak tahu apa yang Allah dah tentukan..dan perancangan Allah ada lah yang terbaik.
Pagi Ahad 12.11.17..anak sedara telefon..menangis bagi tahu.."ayah dah tak de".sungguh  acik sangat2 terkejut.apa yang diusik..apa yang di pegang..semua tak kena.sungguh tak disangka..abang acik telah pergi dahulu.anak bongsu abang baru berumur 14 tahun dah yatim piatu.
Ok la nanti lain masa sambung in shaa Allah..tak sanggup nak tulis lagi.

Sunday, November 5, 2017

HERO BONGSU

Assallamualaikum
Rasanya semua mak mak yang anak pi mencari ilmu..dok jauh ni macam acik kan.
Bila anak share gambar apa yang dia makan tu sedih sangat rasanya.
Hero acik ni pulak rajin share gambar apa yang dia makan.
Bila di tanya..makan tu je dik..nanti jawab nya..tu je la mak.nanti kalau order yang goreng2 dah la lama tunggu..bila makan tak sedap..alahai..cerewet tekak hero acik ni.macam la mak dia tu pandai masak..alahai anak.

Friday, October 27, 2017

BUKAN SENANG NAK SENANG

Assalamualaikum
Semalam hero bongsu acik hantar gambar.
Bila cuti..kedai makan yang dekat sikit ngan asrama tak buka katanya
Kena la jalan jauh naik tangga turun tangga.
Beli dan makan dibilik je katanya..kalau makan dikedai..balik nanti dah lapar balik.sabar ye dik susah sekarang tak pe..cari la ilmu belajar la..sabar..tu semua dugaan semasa bergelar pelajar

.in shaa Allah sem depan mak pos kan motor ye.senang nak pi kedai beli makanan dan barang keperluan.

Tuesday, October 24, 2017

ASSALAMUALAIKUM

Assallamualaikum
Apa khabar semua..dah lama acik tak kongsi apa2 ceritakan
Minat menulis masih ada cuma ketiadaan laptop dirumah membatas kan segalanya.hari ni cuba2 guna telefon..tak tau berjaya ke tidak.
Anak2 dah sambung belajar ni terasa sangat sunyi nya.lagi la hero bongsu peneman setia acik tu.hampir 8 bulan kemana pergi setia je dia mengikut.
Hero bongsu dah pun tamat pengajian diploma dan dah juga memulakan pengajian peringkat ijazahnya di UTM Skudai.jauh la jugak.dulu di BP dekat sikit acik nak ulang tengok..
Tak boleh nak tulis panjang2 percubaan pertama guna handphone kita tengok apa jadi
Acik masih tak pandai nak masukan gambar.
Ok la kalau berjaya kita boleh jumpa lagi..in shaa Allah

Tuesday, March 14, 2017

TIBA TIBA KU RASA TERINGIN..

Assalamualaikum
semalam lepas zohor..
tetiba teringin
sebab rasanya nampak
 sepintas lalu di iklan rancangan tv
terus buka almari didapur ada tepung pulut
ada juga pes pandan
inti memang dah sedia ada dalam peti ais
makanya jadi la kuih puteri mandi ni
inti memang biasa
acik letak sikit je
untuk kurangkan manis
inti kan manis.
terkejut hero bongsu acik
ingat tadi mak baring2 je
tiba2 dah ada kuih katanya.
rezeki la ni dik..jom kita makan.
oklah jumpa lagi in shaa Allah