Assalamualaikum,
Alhamdulillah..25 Tahun dulu
selepas 5 tahun menanti lahirlah hero sulung acik.
Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah.
Alhamdulillah masih bersama sehingga kini
walaupun banyak masaalah kesihatan ketika kecil
kerana terlewat di bedah untuk melahirkannya.
acik masih ingat sehingga kini..3..4 kali
disorong kebilik bedah dan dibawak ke wad
alasan yang diberi
bilik bedah penuh..doktor oncall tak ramai
malam 31 ogos masa tu..xcident banyak dan doktor kata
orang nak bersalin boleh tunggu tapi yang xcident tak boleh tunggu kena diselamatkan dulu.
Hali lahir yang ke 3
Semoga Abang menjadi anak yang soleh
dan Allah sentiasa melindungi Abang.
semoga abang pandai menjaga diri dan berdikari
walaupun mak dah tiada didunia ni nanti.
Semoga abang dibawah lindungan yang Maha Esa
didunia dan akhirat.