Assalamualaikum
Award dari kak long..terima kasih banyak banyak kak long.
akak suka dan amat menghargainya.
Hari ni Rabu dah 3 hari anak sedara akak meninggal kan dunia ini.
dan 3 hari jugak akak cuba menerimanya dengan redha dan cuba menghilangkan rasa terkilan dihati.
akak tau..tak baik....
Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah hambamu ini
Ahad..Tengahari..abang akak ada talipun,menangis dia..bagi tau..arwah nak balik dari hospital..tak mau tinggal dihospital lagi..
tapi..masa tu.akak tiada dirumah..baru sampai dirumah kawan nun..jauh di sungai besar sana.
abang akak bagi tau..tak pe..jangan kelam kabut katanya..
dan akak berjanji akan kerumah abang
pagi isnin 14.2.2011 tu.
Hari tu jugak akak tak sihat..selepas pergi rumah kawan ,akak kerumah kak long yang juga disungai besar
solat dan merihatkan badan..selepas makan 2 biji paracetamol.
akak balik keseremban.
sampai diseremban..terus keklinik..doktor kata..panas sangat..
dan doktor bagi tau..selepas makan ubat nanti mengantuk.dan memang betul pun
akak terus tertidur sampailah jam 3.20am.. H/phone akak berbunyi..membawa berita
yang menyedihkan itu.
selalunya kalau akak nak pergi melawat..mesti abang akak bagi tau.boboy ada dirumah..katanya..
biasanya jumaat malam..abang akak ambil dan ahad malam..hantar semula kehospital.
cuma beberapa kali aje akak tengok dia dihospital..
diwaktu lain semuanya dirumah abang atau dia yang akan datang kerumah akak.
kalau tak berkesempatan..akan talipun dia
dia akan kata..boy tak apa2 boy sihat..enok jangan risau
Tak pernah sekali pun kata dia sakit.
Tak boleh nak tulis lagi dah..sedih sangat..
sama samalah kita mendoakan semoga roh anak sedara akak
dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan
orang yang beriman
arwah memang anak yang baik..
kalau kawan kawan pernah baca n3 akak tentang anak sedara
yang akak panggil alang.
arwah adalah adik alang.budak kecik yang arwah dokong
adalah anak sedaranya..anak alang.