Assalamualaikum..
Hari isnin lepas..26hb.april,2010..aku pi kursus kat PLPPAH..tajuk kursus... KURSUS ASAS TANAMAN HIASAN DAN BUNGA BUNGAAN.
Tak lama pun kursusnya..sehingga hari khamis tengahari sahaja..

Tajuk kursus pun asas kan..jadi yang diajar pun cuma buat cantuman bunga kertas dan pemasuan semula..orkid..juga diajar pembiakan secara keratan dan belahan..


Peserta kursus juga diajar pengurusan tanaman edible..yang ini banyak berkaitan dengan kerja aku..

Sebahagian peserta dari negeri 9..

Posing la sekejap..sebelum mula kelas lagi..
Semasa kursus tu juga..kami semua diberi MUTIARA KATA, sebagai selingan......aku tuliskan disini untuk renongan kita bersama.
Anda tidak bolih mencipta pengalaman.Anda mesti menghadapinya.....Albert camus....
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa,tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang....Cecil B.DeMille...
Hidup memerlukan pengorbanan...pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan,keyakinan pula menentukan kejayaan,kejayaan pula menentukan kebahagiaan..
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Pada malam mula kursus tu..aku sampai dah malam..selepas dapatkan kunci bilik..aku ke bilik..berehat sekejap, kemudian aku mula la menggosok baju..aku kalau pi kursus selalu macam tu..siap gosok baju..semua yang aku bawak tu, dan gantong dalam almari..
semasa aku sedang buat kerja tu..aku terasa macam baju aku ditarik..aku pusing keliling..mencarik..tersangkut kat mana..tertarik sebab apa...tapi aku tengok tak de apa2 pun..waaa...aku dah mula rasa takut...
kemudian..aku mandi dan sembahyang..selepas sembahyang..aku baca yassin...belum habis satu muka..aku terasa seram ya amat..tegak berdiri bulu roma..aku cuba beranikan diri..baca lagi..lagi terok aku rasa..
akhirnya..hampir kol 12 malam..aku talipon kawan..kawan datang kebilik aku..dan aku bagi tau dia..aku takut dan nak tumpang tidur..sudahnya..kami heret tilam yang berat tu..bersama....dan hingga akhir kursus..aku tidor kat bilik dia...