Assalamualaikum
apa khabar semua
acik harap semua kawan2
anak2 dan adik2 baik2
semuanya ye.
lama acik tak baca khabar semua
minggu ni insyaa Allah acik nak
khatamkan semua
yang tertinggal tu
kali ni acik buat cerita bergambar je ye
semua sekali tak de episod ..hi hi.
cuti Tahun Baru Cina acik
memenuhi jemputan sedara acik
untuk sama ikut rombongan
menghantar anak ketiganya
nikah di Pontian
tapi acik ketinggalan..sebab
nak singgah Batu Pahat dulu
untuk daftar sem 2..hero bongsu acik
dah ambik kunci bilik asrama
dan tinggalkan barang2 dia baru
acik gerak ke Pontian.
Nasib baik la Abah Zino sedara acik tu
hantar gambar masjid ni
mudah la acik kan
acik singgah di masjid ni
untuk Solat.
rehat sekejap..tumpang bahu hero bongsu
Ni la dia bapak pengantin dan bapa sedara nya
malam selepas nikah
pengantin bersama kedua2 ibu dan ayah
dibawah gambar pengantin lelaki bersama keluarga.
Balik dari pontian..hantar hero bongsu ke asrama.
Ahad sampai rumah
bersiap2 pulak nak ke Langkawi
ada seminar teknikal
ni 6 orang punya barang ni ye
bukan acik sorang hi hi
sikit je kan..
masa makan di hotel penginapan ada menu laksa
Pertama kali acik makan laksa
yang halus laksa dia..sedap la pulak
Balik dari Langkawi
semasa di Kuala kedah
jumpa pulak kawan kastam yang sama2 kerja
di KLIA dulu
sekarang dah bertukar di Kedah
bila dia tengok acik update status
berada di Langkawi
siap bagi no.Telefon di fb
minta acik telefon dia bila sampai
di Kuala kedah
dia bawak la acik jalan2 dan dapat le
merasa makan ABC dalam kelapa gitu.
rombongan seminar ke langkawi
ada 6 orang.
tak terus balik
kami semua bermalam semalam di Alor Star
sebab kenderaan jabatan
pecah cermin nya
semasa ditinggalkan,,kena la diuruskan
dulu esok paginya tu..
dah selesai semua jam 12.15 tengahari
baru la kami semua dapat bertolak balik
Seremban.
hari Sabtu Ahad pulak
memenuhi jemputan kenduri
akhirnya..acik la melepek
makan macam2..apa lagi kan
perut pun tak boleh nak terima
kena juga keklinik selepas asik mengulang bilik air
terkejut jugak la acik..
tak pernah keklinik hari minggu
mak ai..sampai dekat 100 ringgit
biasa acik kena memang tak lebih dari 50 ringgit.
oklah..dah panjang rasannya
acik bebel ni..
jumpa lagi,Insyaa allah